Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

29 May 2014

Dr. MAZA: AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM

AMALAN BERKABUNG 40 HARI
BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Disiarkan pada April 11, 2011

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

Soal Jawab Agama: Hukum memakan ikan jerung

Kuliah Oxford
Hukum  Memakan Ikan Jerung Yang Makan Manusia


Soalan:

Saya telah bertemu ramai orang Melayu bermazhab Syafi' yang enggan makan ikan jerung dengan hujah ia merupakan pemangsa yang memakan manusia. Apakah hukum memakannya? Adakah ia makruh, haram atau hanya harus?

Jawapan:
Bahagian ikan jerung yang biasanya dimakan di sesetengah tempat pada hari ini ialah siripnya, bukan dagingnya. Namun, pendapat asahh (lebih tepat) dalam mazhab Syafi'i ialah semua bahagian yang boleh dimakan pada ikan jerung termasuk dagingnya. Walaupun ia telah memakan manusia hukumnya halal dimakan oleh manusia.

02 May 2014