Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

31 December 2014

DITTO - Selamat Hari Lahir



“DITTO”
It must have been love
But it's over now
It was all that I wanted
Now I'm living without
It must have been love
But it's over now
It's where the water flows
It's where the wind blows.
1 Jan
Selamat Hari Lahir

Walau dimana kau  berada

23 December 2014

Kisah Penterjemah Al-Quran yg mati kesepian

Abdullah Yusuf Ali
Kisah sedih penterjemah Al-Quran yang mati kesepian
Oleh
Norimanah Seman

MUSIM sejuk pada 9 Di-sember 1953 amat dingin sekali. Cuaca buruk mem-buat seorang lelaki tua yang duduk sendirian di tangga luar rumah-nya di  Westminster, London, menggigil kesejukan. Dia keli-hatan sakit. Wajah-nya kelihatan kebingungan dan sekali imbas, persis seorang yang hidup di jalanan; sepi dan sedih.

Abdullah Yusuf Ali, CBE, FRSL was an Indian Islamic scholar
who translated the Qur'an into English. His translation of the Qur'an
is one of the most widely known and used in the English-speaking world.

18 December 2014

Hidup & mati ketentuanNYA: Akhirnya Saya Mengerti ... Nyawa itu Milik ALLAH

Oleh
Norimanah Seman

SELAMA sembilan hari pemuda yang bernama Saifol itu berkelana di Kuala Lumpur mencari ketenangan. Tandas awam diJalanTuanku Abdul Rahman berhadapan panggung wayang lama menjadi tempat tidurnya, dan beristirahat siang dan malam. Rambutnya kusut seperti fikirannya, badan pula tidak terurus, dan pakaiannya compang-camping.

Sejak keluar dari rumah sembilan hari lalu, kemeja-T biru bergambar monyet korek hidung itulah yang melekat di badan-nya. Baju dan seluarnya tidak pernah berganti, selepas mandi, baju itu disarung kembali. Baunya jangan ceritalah masam, hapak, meloyakan bercampur aduk dengan arak yang tumpah ke baju-nya.

10 December 2014

Ustaz Abd. Majid -AKRINE - The Last Episode Jin Hindu

Misteri Alam Jin oleh Ustaz Abdul Majid - AKRINE

Bolehkah Bercakap Dengan Jin?
Mistri Alam Jin
Oleh
Ustaz Abdul Majid

Ibnu Taimiyah menegaskan bahawa jumhur ulama sependapat bahawa jin boleh merasuki jiwa manusia, dan kemudian manusia tersebut tidak dapat mengawal lidahnya daripada memperkatakan sesuatu. Fenomena ini dinamakan kerasukan. Jin yang menguasai atau yang merasuk seseorng manusia itu membolehkan manusia tersebut bercakap dalam bahasa yang bukan loghat ibundanya.


09 December 2014

Soal Jawab Agama: Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid??

Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid?
Soal Jawab Agama
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Penulis & Pendakwah

Ilmu tauhid dan ilmu akidah merupakan antara inti pati risalah Islam yang disampaikan oleh Allah  kepada para rasul, agar mereka menyampaikannya kepada umat mereka. Maka, Allah sendiri merupakan penyampai utama yang menyampaikan pedoman ajaran tauhid kepada umat manusia.

Bahkan, Allah-lah yang mula-mula menyeru ke arah Ilmu Tauhid melalui para rasul-Nya yang mulia. Allah berfirman mafhumnya: "Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Hah (Tuhan yang sebenar) selain Allah ..." (Muhammad 47: 19)

05 December 2014

Celak Mata: Hukum mengulangi Solat Fardu - seorang ke berjemaah

Celak Mata
Hukum Ulang Kembali Solat Fardu
Ustaz Salman Maskuri

Apa hukum budak  yang mumayyiz menjadi imam?

UIama telah berselisih pendapat tentang hukum budak yang belum baligh dan sudah mumayyiz (lebih kurang 7 tahun) menjadi imam. Ada tiga pendapat utama dalam masalah ini.


Pendapat pertama: Kanak-kanak yang sudah mumayyiz diharuskan menjadi imam sama ada untuk solat fardu atau solat sunat. Ini adalah pendapat mazhab Syafi'i.