29 June 2020

25 June 2020

Ustaz Ahmad Fauwaz: Fiqah Amali- beza najis khinzir, anjing, rokok & dadah

Fiqah Amali
Oleh

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

Khinzir dan Anjing

Adakah khinzir termasuk  hukum yang sama seperti  anjing?

Jawapan:
Pendapat  terkuat mazhab Syaffie seperti  yang dinyatakan  oleh imam al-Nawawi, khinzir hukumnya  sama dengan anjing bahkan ia  lebih jijik. Apabila terkena najis khinzir  maka  wajib  dibasuh tujuh kali dan salah satunya dengan air  tanah.

Rokok dan Dadah
Adakah rokok atau  dadah yang dihisap adalah najis?

Jawapan:
Pendapat dalam  mazhab Syafi‘i berpandangan  rokok atau dadah bukan najis  walaupun ulama mengharamkannya kerana kedua-duanya  benda yang kering, bukannya  cecair  seperti arak.



Solusi  ISU#62

Ustaz Ahmad Fauwaz: Fiqah Amali - Apa itu hadas?


Fiqah Amali
Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil



Hadas
Apakah yang dimaksudkan dengan hadas?

Jawapan:
Hadas bererti sesuatu perkara yang tidak Nampak tetapi ada pada anggota badan. Hadas menghalang sahnya solat seseorang. Ia terbahagi kepada tiga bahagian: