Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan Batalkah puasaku hari ini?
4. Darah keluar dari tubuh sama ada kerana berbekam, menderma darah, tercedera dan mengambil contoh darah untuk tujuan analisa makmal. Mengenai hal ini pula Ibn Bazz berpendapat, keluarnya darah dari hidung dan darah istihadah (darah penyakit) tidak membatalkan puasa kecuali haid. Nifas dan berbekam. Adapun menderma darah, lebih baik dilakukan setelah berbuka puasa iaitu pada malam hari kerana darah yang keluar banyak hingga menyerupai bekam. Ada pun berbekam itu membatalkan puasa orang yang membekam dan yang dibekam menurut pendapat ulama yang paling sahih berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w “Batallah puasa orang yang membekam dan yang dibekam,:. Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Namun ada pula pendapat lain yang mengatakan, berbekam tidak batal puasa kerana yang membatalkan puasa adalah sesuatu yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka terus hingga keperut dan bukannya yang keluar dari tubuh (menurut pendapat Dr. Muhd. Uqlah) Manakala pandangan yang mengatakan puasa terbatal kerana berbekam, diambil dari hadis riwayat Abu Daud dan Ibn majah dengan sanad sahih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda dengan hadis dari Ibn Abbas yang menyebut bahawa Rasulullah berbeam ketika keadaan baginda berpuasa (HR-Bukhari). Alasannya hadis dari Ibn Abbas berlaku ketika Haji Wida dan terkemudian daripada hadia yang menyebut batal puasa kerena berbekam (menurut pendapat Al-Qaradawi) AL ISLAM Ogos 2011<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.