07 January 2020

PU SALMAN Menjawab: anak kesayangan sahaja dpt harta pusaka


PU SALMAN Menjawab

Ustaz Salman Maskuri
Mudir Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur



Q-Apa hukum memberi  sebahagian harta  kepada sesetengah  anak sahaja?



A-Islam menegah ibu bapa berlaku tidak  adil kepada anak-anak dalam pemberian.  Jumhur utama berkata haram  berdasarkan hadis Nabi  kepada Basyir. Basyir memberi
hamba kepada seorang daripada  anak-anaknya, sedangkan yang lain tidak. Kata  Nabi  mafhumnya: “Bertaqwalah kamu  dan berlaku adil kepada anak-anakmu.” Riwayat Bukhari


Q&A ISU #28