28 March 2020

Studio Iman: Apakah jatuh derhaka anak yg membayar hutang arwah ayahnya?


Studio Iman
Soal Jawab Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi: editor@siasah,com.my

Apakah jatuh hukum derhaka?


SOALAN:
1.  Apakah jatuh hukum derhaka kepada anak jika si anak menunaikan semua hutang si bapa, tetapi perbuatan tersebut dicerca oleh si ibu yang menganggap si anak tadi makan duit arwah suaminya padahal tidak berlaku sedemikian.

2. Apakah ada acara paling baik untuk menegur perbuatan si ibu yang jelas bertentangan dengan syarak? Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak dituduh menjadi derhaka.

JAWAB:

1. Hutang yang dipinjam adalah wajib dibayar lebih-lebih lagi jika siberhutang tersebut telah meninggal atau mati.  Dalam sebuah hadis baginda s.a.w telah bersabda bermaksud:

“ Roh mukmin tidak akan diangkat ke loh mahfuz sehingga hutang tersebut dilunaskan atau dibayar atau dilangsaikan.”

Cuba anda bayangkan jika ayah telah meninggal dunia sekian lama, sedangkan ruh yang sepatutnya telah disimpan di luh mahfuz belum dilaksanakan. Ini disebabkan keluarga masih lagi bertelagah untuk membayar hutangnya menyebabkan ruh ayah anda terawang awang diangkasa.

Kadangkala wajah atau rupa ayah anda akan muncul di ruang rumah, disebabkan keluarga anda gagal tunaikan hutang atau bayar hutang. Oleh itu perlu ada sesuatu usaha untuk membayar hutang ayah dengan kadar segera, menggunakan wang peninggalannya ataupun dicari wang selain daripada wang peninggalan ayah bagi tujuan untuk jelaskan hutang ayah anda.

Perlu ditegaskan bahawa perbuatan anda itu tidak sekali-kali dikira sebagai anak derhaka, tetapi bertujuan bagi membolehkan ruh ayah anda ditempatkan di luh mahfuz.

 2. Bagi tujuan menegur perbuatan ibu anda, dicadangkan anda mohon khidmat orang yang paling disegani oleh ibu, seperti datuk atau nenek anda atau rakan-rakan ibu yang beliau paling segani ataupun minta kerjasama imam atau ketua kampong atau ketua ditaman perumahan bagi tujuan menasihati perangai dan perbuatan ibu anda.

Di samping itu juga anda jangan lupa untuk melaksanakan solat hajat bagi memohon petunjuk, supaya Allah swt melembutkan hati ibu anda. Saya yakin dan percaya, lambat laun ibu anda akan insaf dengan syarat anda jangan mudah berputus asa daripada meminta pertolongan kepada Allah swt

Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36