07 April 2020

Soal Jawab Solat: Kemuskilan & hukum solat


Soal Jawab Solat
Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani

SOALAN:
Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan salam dalam solat. Apakah hukum dalam beberapa situasi berikut?

i. Makmun yang memberi salam secara serentak dengan imam
ii. Memberi salam tetapi tidak berpaling ke kanan dan kiri
iii. Makmum memberi salam terlebih dahulu sebelum imam
iv. Makmum masbuk berdiri sebelum imam selesai memberi salam kedua.

JAWAPAN


Memberi salam adalah salah satu rukun solat.  Batal solat seseorang jika meninggalkannya. Salam petama adalah wajib, manakala salam kedua hukumnya sunat.

i. Solat sah, namun makruh bagi makmum yang memberi salam serentak dengan imam.  Makmum disunatkan memberi salam petama setelah imam selesai memberi salam kedua.

ii. Solat sah kerana memalingkan wajah ke kanan dan kiri semasa memmberi salam adalah sunat.  Wajib untuk melafaskan salam pertama, manakala sunat bagi salam kedua.

iii. Makmum yang memberi salam terlebih dahulu daripada imam, maka solatnya batal.

iv. Jika makmum yang masbuk berdiri untuk menyempurnakan rakaatnya yang berbaki seselum selesai salam imam yang kedua adalah sah kerana makmum sudah boleh berdiri setelah imam selesai memberi salam pertama.

Majalah Siasah Isu48

07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 38