26 May 2020

Anda Musykil: bolehkan terima hibah dlm bentuk tanah

Anda Musykil

Oleh: Muhd. Zaidi Ramli


Bolehkah saya terima hadiah itu?

Assalamualaikum ustaz,

Baru baru ini, secara tiba tiba saya mendapat harta dalam bentuk sebidang tanah daripada seorang hartawan.  Apabila saya menghubunginya, beliau memaklumkan apa yang saya miliki ini adalah tanah beliau dan menghibahkan untuk saya.  Persoalannya bolehkah saya menerima harta hibah ini sedangkan saya bukanlah orang di dalam kategori miskin atau fakir?


JAWAPAN:

Hibah adalah satu kaedah agihan harta yang sah di sisi Islam. Hibah adalah pemberian harta kepada orang lain ketika masih hidup sama ada terhadap waris sendiri atau kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan balik iaitu dalam bentuk bayaran.

Islam meraikan kecenderungan sesetengah manusia untuk memberikan hartanya kepada orang lain mungkin di sebabkan hubungan persahabatan, jasa yang diberikan atau sebagainya.  Hibah bukanlah agihan untuk orang fakir atau miskin sahaja tetapi hibah boleh diterima oleh orang yang kaya juga.  Namun Islam menggariskan supaya jika ingin menghibahkan harta janganlah melampaui lebih daripada sepertiga keseluruhan harta kerana bimbing akan memberikan kemudaratan kepada waris sendiri.

Hibah mempunyai rukun rukunya, antaranya ialah ijab dan Kabul. Justeru hibah tidak sah jika penerima hibah tidak bersetuju untuk menerimanya. Pendek kata hibah tidak boleh berlaku dalama keadaan sehala tetapi memerlukan ijab dan Kabul.  Oleh itu hibah yang dibuat secara senyap senyap tanpa pengetahuan orang yang bakal menerimanya adalah tidak sah.

Al Islam Oktober 2010
m/s 74-75
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my