22 July 2020

Fiqah Amali: Cuci pakaian dgn dry cleaning


Fiqah Amali
Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil



Cuci pakaian dengan Dry Cleaning

Bagaimana dengan baju  yang terkena najis yang  dibasuh menggunakan mesin basuh mencuci kering  (dry cleaning)?

Jawapan:

Utama mazhab  Syafi‘i berpendapat penggunaan kaedah dry cleaning untuk  mencuci najis pada pakaian  adalah tidak bersih kerana ia  adalah proses pembersihan secara kimia.

Mazhab  Syafi‘i mensyaratkan air mutlak untuk membasuh  najis sepertimana syarat untuk  mengangkat hadas. Adapun  mengikut pendapat mazhab Hanafi dan ulama  Iain, pembersihan secara dry  cleaning dibolehkan kerana ia  bersifat penghilang. Mereka  tidak mensyaratkan pembersihan  najis  menggunakan air mutlak atau cecair yang boleh  menghilangkan najis.
Pendapat ini lebih mudah  diamalkan pada zaman penggunaan bahan kimia dan  boleh memudahkan orang  ramai.  Bahkan  tidak salah bagi penganut mazhab Syafi‘i  menggunakan pendapat ini  kerana kita perlu membersihkan pakaian seperti kot dan  sebagainya.


Solusi  ISU#62