<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
22 August 2011
Puasa ikut ikut atau kerana agama ...
19 August 2011
Soal Jawab Agama: Ramadan: Mencium suami atau isteri
Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
13. Mencium suami atau isteri ketika berpuasa
Majority ulama berpendapat mencium suami atau isteri ketika berpuasa tidak batal puasa. Pendapat itu bersandarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “Nabi s.a.w. mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda seorang yang menguasai diri dan nafsunya.” Namun begitu ciuman akan tidak harus apabila boleh menaikkan nafsu dan membawa persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Soal Jawab Agama: Ramadan: guna gas bagi penyakit asma
Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
12. Penderita asma memerlukan gas untuk melegakan penderitaanya, bagaimana pula?
Di dalam hal ini, Ibn Bazz mengatakan pesakit asma dibolehkan untuk mendapatkan rawatan melalui semburan gas ke dalam mulut jika keadaan amat memerlukan dan puasanya tidak terbatal. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Anam ayat 19 yang bermaksud:
“Padahal sesunguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu
apa yang diharamkan-Nya atas mu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.”
Hal ini tidak menyerupai makan dan minum, ia mirip dengan situasi mengambil contoh darah untuk tujuan ujian makmal dan suntikan untuk merawat penyakit, bukanlah alat untuk menyuap makanana ke dalam badan.
Manakala bagi Zaharuddin Abd. Rahman pula, ulama seluruh dunia berbeza pendapat tentang hal tersebut, ada yang menolak dan ada yang mengatakan puasa terbatal. Bersandarkan pada kajian terperinci yang dibuat oleh doctor perubatan, mendapati gas semburan itu mempunyai jisim jisim putih yang jelas kelihatan jika disemburkan keatas kertas. Hampir 90 peratus daripada gas itu akan terus masuk dan melekat di esophagus serta terus ke perut.
Dari kajian itu, Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang pada Julai 2007 telah membuat ketetapan, semburan gas penyakit asma, membatalkan puasa. Keputusan itu, kemudiannya ditarik balik untuk dibincangkan dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr. Muhd. Uqlah, berpendapat, puasa tidak batal kerana gas itu hanya berhenti setakat di paru paru saja dan tidak masuk ke dalam perut. Hal ini berlainan pula hukumnya bagi ubat asma yang dihidu melalui hidung, ia akan membatalkan puasa kerana ia akan masuk terus ke kepala (fatwa Dr. Md.Uqlah)
Di dalam hal ini ulama terlalu berhati hati untuk mengeluarkan pendapat kerana menggunakan gas inhaler bukan dibuat kerana suka suka atau terdorong oleh nafsu lapar. Penggunaan ubat itu adalah atas dasar keperluan yang mendesak.
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
18 August 2011
Soal Jawab Agama: Ramadan: ubat titis mata, memasukkan alat dlm kemaluan atau dubur
Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
11. Bagaimana pula dengan ubat titis mata dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka serta dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan seumpamanya di bahagian kepala?
Ibn Bazz berpendapat, menggunakan ubat titis mata, tidak membatalkan puasa walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Sebahagian ulama mengatakan, “Apabila rasanya sampai ke tekak maka akan membatalkan puasa.”
Pun begitu pendapat yang paling sahih adalah tidak membatalkan puasa secara mutlak. Ulama sepakat mengatakan, mata bukanlah jalan untuk menyuap makanan ke dalam badan. Namun tidak menjadi kesalahan jika tidak mahu berpegang kepada pendapat bahawa ubat titis mata tidak membatalkan puasa kerana terlalu berhati hati dan cermat di dalam soal ibadat puasa.
Pada asasnya ubat titis yang digunakan untuk mata mahupun telinga adalah tidak membatalkan puasa.
Ada juga pendapat lain tentang memasukkan sesuatu ke rongga terbuka, ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Menurut para ulanma seperti dinyatakan Dr. Muhd. Uqlah, tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiarkan tinggal di dalam kemaluan tadi kerana factor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu benda yang nampak nyata di perut.
Keadaan ini terkecuali, jika wanita atau lelaki memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluan dengan tujuan nafsu maka ia membatalkan puasa. Berlain jika tujuannya adalah untuk beristinjak maka menurut pendapat ulama hukumnya tidak batal puasa.
Pendapat itu juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. Namun tidak dinafikan terdapat juga fatwa yang mengatakan batal puasanya. Justeru, lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)