Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz kerana Wagiman bukan Ustaz Suhaimi (PR Darul Ruqiyyah), Ustaz Sarhan atau Dato' Dr. Ustaz Amran Kasimin dan jauh sekali Ustaz Datok Haron Din Banyak email menyangkakan Wagiman ini adalah seperti 4 nama besar diatas. Sebenarnya Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari sudut agama atau berkebolehan merawat. Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dan sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email grenbara@gmail.com

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 March 2012

Index Perjalanan Rohani & Iktibar



Iktibar & Perjalanan Rohani
http://grenbara.bravejournal.com/entry/27172
sejak
25-11-2008



Iktibar: Hujan wangi di pengebumian

Hujan Wangi Iringi Pengebumian Mufti
Diceritakan oleh
Ustaz Abdullah Abdul Talib
 
 Gambar Hiasan

MENUNTUT ilmu adalah wajib kepada setiap umat Is­lam, tak kira lelaki atau perempuan. Malah kita disuruh menuntut ilmu bukan saja masa sihat dan muda, tapi sampailah kita menghembuskan nafas terakhir. Dan apabila sudah berilmu, hendaklah kita amalkannya dengan bersungguh-sungguh.
 
Cerita yang hendak saya pa pa r kan berkaitan dengan ilmu yang dituntut dan amalan daripada ilmu yang dituntut itu. Kisahnya ialah tentang kemuliaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang menuntut dan mengamalkan ilmu yang baik di sisi Islam.

Iktibar: Wajah mayat berubah


Wajah Mayat Tua Menjadi Muda
Diceritakan oleh
Uslaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim
 
 
 
SEBAIK sahaja selesai dimandi dan muka Allahyarham dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.
 
Dengan kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Allahyarham yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah orang muda yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Allahyarham meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok.
 

14 March 2012

Sihir membunuh dirinya sendiri


Sihir Membunuh Dirinya Sendiri
Dicerilakan oleh
Ustaz Nahrawi Marzoki
 
 
KIRA-KIRA empat lima tahun lepas, ada seorang lelaki datang berjumpa saya. Umumya dalam lingkungan 20-an dan saya memang kenal dia sebab rumahnya pun tak jauh dari rumah saya. Biarlah saya nam akan lelaki itu sebagai Mat. Ayahnya pula, Karim, pun saya kenal tapi tak rapat sangat. Namun kedatangan Mat pada hari itu bukan kedatangan biasa, tetapi bawa satu hajat yang kemudiannya membawa saya kepada satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya.
 
"Ustaz, saya datang ni ada hajat sikitlah ustaz. Nak minta pertolongan ustaz," katanya memulakan cerita. Suaranya perlahan. Daripada air mukanya saya tahu dia ada masalah.
 
"Boleh, apa salahnya. Tapi apa masalahnya tu?"
 
Dia pun ceritalah tentang ayahnya yang sudah bertahun-tahun sakit teruk. Kata Mat, ayahnya itu terbaring, tak mahu makan, sampai badan jadi kurus kering macam mayat. Dia dah bawa ayahnya itu ke hos­pital, tapi doktor tak dapat kesan apa penyakitnya. Melalui cakap Mat itu, tahulah saya bahawa ayahnya terkena aniaya seseorang yang dilakukan menggunakan cara 'halus'. Atau lebih tepat lagi, sihir atau tuju-tuju.
 
"Macam ni ajalah," kata saya, "Saya akan cuba apa yang terdaya. Yang penting kita minta tolong dengan Allah. Kita jangan fikir fasal orang yang aniaya ayah awak tu, tapi kita pertahankan diri dia dulu."
 
Saya bersiap dan terus pergi ke rumahnya. Pada masa itu saya masih tak tahu lagi cerita sebenar kenapa Karim tu sakit. Saya ingatkan cuma setakat sakit terkena buatan orang, itu memang cerita biasa, tapi rupa-rupanya ada cerita lain di sebaliknya. Itu akan saya cerita kemudian.
 
Sampai di rumah Karim, saya lihat dia terbaring macam mayat. Saya jumpa isterinya, biar saya namakan dia sebagai Kak Rafeah, dan minta dia ceritakan apa sebenamya yang telah berlaku.
 
Menurut Kak Rafeah, suaminya itu sudah hampir tujuh tahun menderita. Entah apa sebabnya, Karim tiba-tiba saja rasa badannya lemah tak bermaya dan sakit-sakit. Dekat setahun dia menghidap sakit itu, dan dah puas mereka jumpa doktor serta berubat cara kampung, tapi tak juga sembuh. Selepas beberapa lama, badannya makin lama makin lemah, tak lalu makan.
 
Apa yang merisaukan mereka, apabila masuk saja maghrib, Karim mula rasa seram sejuk. Lepas tu dia mula meracau yang bukan-bukan, tetapi racaunya yang paling selalu dan yang paling pelik ialah dalam bahasa Siam dan Orang Asli. Itulah yang diracaunya riap-tiap malam.
 
Saya pun ada dengar dia meracau, tapi saya tak tahulah maknanya. Berterusanlah dia macam itu hingga ke subuh. Apabila masuk saja waktu subuh, dia elok semula.
'Tak apalah kak. Sabar ajalah," kata saya kepada Kak Rafeah. "Saya akan cuba tolong. Kita gunakan cara yang dibenarkan oleh Allah. Kita bukan nak balas dendam."
 
Mula-mula saya minta keluarga Karim berikan sedekah pada anak yatim. Alhamdulillah mereka buat sekadar yang mampu. Kedua, saya minta Karim buat sembahyang tahajud setiap malam. Dalam sembahyang tu saya minta dia baca surah tiga qui, wirid asma ul husna dan ayat Qursi serta baca doa. Alhamdulillah, Karim buat semuanya, tapi dengan pertolongan ke-luarganya sebab dia ni dah terbaring macam mayat.
 
Selain itu, kami buat majlis bacaan surah Yasin secara bera ma i - ramai sola ma tujuh kali Jumaat. Apabila sampai kepada ayat ke-58 yang berbunyi, salamun qaulam mirrabbirrahim yang maksudnya ucapan salam sejahtera daripada Tuhan yang Maha Mtngasihani, saya suruh mereka ulangi beberapa kali. Di samping itu ada doa lain yang dibaca minta sakit Karim disembuhkan. Dan tiap-tiap kali nak tidur, saya minta Karim minum air Yasin itu.
 
Allah itu Maha Mengasihani. Pada malam Jumaat yang ketujuh, rawatan itu mula tunjukkan kemujarab-annya. Apabila Karim minum saja air Yasin itu, masa itu kira-kira pukul 1.30 pagi, terkeluarlah muntah dari mulutnya. Dia bangun semula, tetapi terus pengsan. Dalam kelam-kabut itu, keluarga Karim telefon saya.
 
Selepas tersedar daripada pengsannya, Karim termuntah sekali lagi. Saya sampai ke rumah mereka dan tak lama kemudian kami hantar Karim ke hospital. Tapi sebelum itu, saya tengok-tengok muntah Karim, manalah kalau-kalau ada 'sesuatu' yang boleh jadi petunjuk.
 
Dari muntahnya yang busuk itu, saya What banyak nanah dan kotoran. Hanyir, busuk. Itu saja, saya tak jumpa benda-benda lain yang pelik. Di hospital Karim muntah sekali lagi. Alhamdulillah, sejak itu kesihatannya mula baik. Dia dah mula makan dan mula kenal orang, tapi ingatannya tidaklah baik betul lagi.
 
Tapi nak dijadikan cerita, sedang Karim mula beran-sur baik, rupa-rupanya ada orang lain yang tengah menderita. Dia adalah Jais, sahabat baik Karim tetapi dialah orangnya yang menganiaya Karim dengan menggunakan sihir tuju-tuju. Allah itu Maha Besar. Apabila Karim mula sembuh, sihir tuju-tuju yang yang dibuat oleh Jais tu balik semula kepada dirinya sendiri. Bagaimana ia berlaku cuma Allah saja yang tahu. Kami tidak melakukannya, malah tak pernah bemiat pun untuk membalas dendam.
 
Kesan pertama yang diterima oleh Jais ialah rambutnya gugur. Sikat saja rambut, nah ... segumpal terlekat pada sikat, berterabur atas lantai. Dekat lantai tu asyik terjumpa rambut dia saja. Lama-kelamaan semua rambut dan bulu yang ada pada badannya, di kepala, di kening, di ketiak mahupun di kaki semuanya gugur. Badannya sihat, tapi licin berkilat, tak ada sehelai rambut pun yang tinggal pada badan. Bukan nak meng-hina, tapi sebagai perumpamaannya, badan Jais tu dah jadi licin macam ikan keli.
Bunyinya macam lucu, tapi kalau kita tengok sendiri keadaannya memang ngeri.
Bayangkanlah bagaimana rupa orang yang tidak ada bulu kening. Belumpun berjaya mengubat penyakitnya itu, badan Jais berubah pula semacam bersisik, kemudian susut macam mayat. Nak kata dia sakit tak pula sebab hospital kata dia sihat. Saya tahu keadaan Jais ini sebab saya ada tengok dan menziarahinya di rumah beliau. Lagipun saya memang kenal dengan Jais. Tapi masa itu saya masih belum tahu lagi apa punca dia jadi begitu.
 
Rahsia mula terbongkar selepas dua tiga tahun Jais menderita sakit. Pada ketika itu kulitnya mengecut, kurus, badarmya sejuk macam badan mayat. Terbaring saja, tak boleh berjalan. Mata pula terbonjol keluar, agak-nya sebab tak tahan menanggung sakit. Dia tak makan, tak minum selama hampir dua tahun.
 
Seperti Karim, apabila masuk saja waktu maghrib, Jais mula meracau. Selain meracau dalam bahasa Siam dan Orang Asli, Jais juga meracau dalam bahasa Melayu, namun apa yang diucapkannya cukup untuk mendedah-kan apa yang sebenarnya telah berlaku.
 
"Karim ... ampunkan aku Karim. Aku sakit Karim. Macam mana engkau sakit macam itulah aku sakit. Karim... ampunkanlah aku Karim."
 
Itulah antara lain yang sering keluar dari mulut Jais semasa dia meracau. Daripada racaunya itu tahulah kami bahawa semua itu terjadi kerana tuju-tuju yang dihantamya kepada Karim telah berpatah balik kepada dirinya sendiri. Kini Jais pula menanggung seksaan yang asalnya ditujukan kepada sahabatnya itu.
 
"Macam mana ni ustaz. Nak ampunkan ke ustaz?" tanya Karim kepada saya.
"Pergilah. Jumpa dia dan maafkanlah dia," jawab saya.
 
Walaupun Karim sudah memaafkannya, namun Jais terus juga menderita beberapa tahun lagi. Akhirnya selepas menderita selama lebih enam tahun, Jais mening­gal dunia, dalam keadaan kurus kering, mata yang terbonjol dan menyedihkan.
 
Jais meninggal dunia di ambang maghrib, waktu langit tengah remang-rcmang. Seperti yang kita tahu, syaitan ni memang hebat masa asar hingga maghrib. Orang yang kena sihir pun akan mula menderita apabila masuk maghrib.
 
Yang menyedihkan, Jais menghembuskan nafas terakhir seorang diri sebab semua anaknya tak ada di rumah. Semua ada urusan di luar hingga anak yang sepatu tnva jaga dia pada hari itu pun ada urusan di luar. Kematian Jais cuma disedari apabila anaknya itu balik selepas maghrib. Kasihan. Sebagai sahabat, Karim menziarahi mayat Jais dan menyembahyangkannya.
 
Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, namun sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa Jais ter-gamak menganiaya Karim. Mereka ni asalnya berkawan baik, rumah pun tak jauh, cuma kampung saja lain. Tapi sebab perselisihan faham dan dengki, iri hati dengan Karim, Jais pun gunakanlah cara 'halus'. Dia jumpa bomoh Asli dan bomoh Siam.
 
Pengalaman itu memberi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup saya. Sedih apabila difikirkan kita orang Melayu, Islam, masih terus amalkan budaya Ph. D, Perangai Hasad Dengki. Kalau kawan kita dapat rezeki lebih sikit, kita mula dengki, nak sihir. Kenapalah busuk sangat hati perut kita. Patutnya kita berusaha supaya kita juga berjaya macam kawan kita tu, bukan menganiayanya.
 
Satu lagi nasihat saya, kalau sakit, nak berubat, carilah doktor atau perawat yang gunakan ayat-ayat al-Quran. Yang pergi jumpa bomoh asli, bomoh Siam nak buat apa. Quran itukan ada penawar penyakit, cuma kena sabarlah. Sesungguhnya kemenangan itu dengan sabar.
 
Inilah hikmah ayat-ayat Allah. Surah an-Nisa, ayat 78-79 bermaksud, kebaikan apa pun yang kamu peroleh datangnya daripada Allah, bencana apa pun yang menimpa, asalnya daripada dirimu sendiri. Sesungguh­nya kebaikan itu datangnya daripada Allah, keburukan datangnya daripada manusia.
 
Koleksi cerita mayat.  Pedoman dan ikhtibar
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

16 December 2011

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUANTAN



PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUANTAN
NO H78, TAMAN GURU
25150 KUANTAN


perkhidmatan:membantu mereka/anda yang menghadapi/menghidapi
masalah gangguan rohani dan jasmani.

Waktu rawatan:
Ahad 
dan 
Selasa    
9.30am - 5.00pm
Malam 
hanya temujanji shj

Hubungi perawat bertugas 017- 9151970
untuk keterangan lanjut berkenaan rawatan.

Ustaz. Shahrizan
darussyifaktn11@yahoo.com
017- 9151970

23 November 2011

Mencari Rahsia 40: usia maksimum

40 yang maksimum
Mencari Rahsia 40
 
 
Empat puluh bukan sekadar pada usia tetapi banyak yang dikaitkan dengan nombor itu disebut dalam al-Quran dan hadis.  Apa rahsia nombor itu maka ia banyak disebut oleh Allah? Bagi Dr. Faizal Ahmad Shah, nombor 40 ada signifikan di dalam Islam, banyak hadis yang menyebut tentang angka itu dan ia juga di sebut oleh al-Quran.  Di dalam al-Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40, yang mana ia tidak terhad pada usia saja tetapi meliputi soal hukuman, ganjaran, tempoh masa dan perkara yang lain.
 
Misalnya di dalam surah al-Baqarah ayat 51,
 
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam.  Kemudian, setelah ia pergi kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang orang zalim (terhadap diri sendiri)”.
 
Pada surah  yang lain pula, ada disebutkan tentang 40 yang bermaksud, Allah berfirman,
 
“Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan binggungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai): maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.” – Surah al-Maidah ayat 26.
 
DI dalam ayat itu Allah perintahkan kepada bani Israil untuk memasuki Palestin tetapi mereka menolaknnya.  Maka keingkaran itu, Allah membalasnya dengan sesat di padang pasir selama 40 tahun.  Kemudia ada beberapa ayat lain juga menyebut  tentang 40 iaitu di dalam  surah al-A’raaf ayat 142 bermaksud,
 
“Dan Kami telah janjikan kepada Nabi Musa  (untuk memberikan Taurat)  selama tiga puluh malam, serta  Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam  lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam.  Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat):  gantikanlah aku (dalam urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang orang yag melakukan kerosakan.”
 
Angka 40 di dalam al-Quran menceritakan tempoh masa, hukuman kepada Bani Israel dan tempoh masa Allah janji untuk member Taurat kepada Nabi Musa.
 
Jika diperhatikan hadis pula, angka 40 banyak kali disebut antaranya; daripada Ibnu Abbas r.a Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Mana mana lelaki Muslim yang meninggal  dunia, kemudian jenazahnya diuruskan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu pun, melainkan Allah akan member syafaat.” HR Muslim dan Abu Daud.
 
Menurut Dr. Faizal, hadis itu menyebut 40, merujuk pada bilangan orang yang menguruskan jenazah dan jenazah tersebut akan diberi syafaat.  Kemudian ada  juga hadis yang menceritakan tentang dajal.  Rasulullah member tahu tentang dajal melakukan kerosakan di bumi iaitu selama empat puluh hari, satu hari sama dengan setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari hari berikutnya seperti hari hari kamu.
 
 
Di dalam hadis itu angka 40 digunakan untuk memberikan peringatan tentang dajal.  Kemudian bercerita tentang  balasan, 40 itu digunakan untuk menunjukkan balasan yang didatangkan oleh Allah.  Misalnya di dalam hadis daripada Abu Juhaym bin al-Harith berkata; “ Sekiranya seorang yang lalu dihadapan orang  yang sedang  bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu dihadapan orang solat) nescaya dia akan berhenti menunggu empat puluh lebih  baik dari lalu di hadapan orang solat ini.”
 
Menurut Dr. Faizal lagi, angka 40 yang disebut di dalam hadis itu tidak dikatakan ia merujuk kepada 40 hari atau bulan atau tahun , tapi kalau orang tahu tentang semua itu maka mereka tidak akan melakukannya.
 
Di dalam hadis daripada Abu Zar; Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “ Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak kedua diantaranya (tempoh dibina kedua duanya). Balas Rasulullah s.a.w: Empat puluh tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada kedua duanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada  kelebihan  (untk mereka yang bersolat di kedua dua masjid tersebut.)” HR sahih Bukhari.
 
Bukan itu saja, angka 40 juga disebut di dalam menceritakan tentang kejadina manusia yang diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadisnya.  Daripada Ibnu Mas’ud berkata, “Telah bersabda Rasulullah s.a.w dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. “Sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air mani) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh  padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara; pertama, ditentukan rezekinya. Kedua ajalnya (umurnya), ketiga amalannya (pekerjaanya) dan keempat takdirnya bahagia atau derita.”
 
APA ISTIMEWANYA 40?
 
Walaupun demikian banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang angka 40, namun tidak ada satu pun nas yang menyebutkan tentang keistimewaannya. Dr. Faisal menjelaskan, rahsia 40 tidak disebutkan di dalam al-Quran dan kelebihannya tidak ada, ia sama seperti nombor yang lain.
 
Apa yang pasti usia 40, melambangkan kematangan.  Manakala berdasarkan hadis yang menggambarkan hukuman iaitu 40 hari tidak diterima amalannya bagi orang yang berjumpa tukang tilik, ia boleh membawa  maksud, 40 hari adalah tahap yang paling maksimum dalam hukuman. Begitu juga 40 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan 40 ganjaran kebaikan adalah symbol pada satu jumlah yang cukup besar dan maksimum sama ada di dalam soal ganjaran atau hukuman.
 
“Memang benar banyak angka 40 disebutkan di dalam al-Quran namun tidak dinyatakan apa rahsianya.  Hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya, itu hanya rahsia Allah.  Jangan sampai diri kita jadi seprti masyarakat Barat dan orang Kristian yang percaya pada nombor yang boleh membawa untung serta rugi kerana ia tidak ada di dalam Islam. Kajian tentang nombor itu tidak dihalang di dalam Islam tapi bukan itu tujuannya nombor itu disebut di dalam al-Quran dan hadis,” tegasnya.
 
AL ISLAM  Julai 2011
<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.