Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengaruh niat dalam kehidupanOleh:Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
Gambar Hiasan
SEMEMANGNYA niatmempunyaipengaruhdan peranan yang besar dalam menentukan halatuju dan perjalanan hidup seseoiang Niat atau kehendak sebenarnya turut diperkatakan dalam Psikologi Barat. Ini dapat dibuktikan melalui teori 'The Hierarchy of Needs" yang dipopularkan oleh Abraham Maslow. Menurut teori tersebut, keperluanhidup manusia berasaskan kepada kehendak yang pelu dipenuhi dari masa ke semasa bermula dari keperluan untuk hidup sehinggalah pada kepuasan kendiri yang menentukan bahagia atau tidakseseorang itu. Ini menjelaskan niat atau kehendak dapat menentukan bahagia atau tidak bahagianya seseorang. Begitu kuat sekali pengaruh niat sehinggakan dapat menentukan arah perjalanan hidup seseorang.
Kuasa niat dalam kehidupanOleh:Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
NIAT. Sering kita terta-nya-tanya apa itu niat. Selalu kita berniat, tapi tidak pernah kita tahu bagaimana bentuk dan rupa niat tersebut, Namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan mampu memberikan tanda atau tafsiran niat yang tersirat. Adakah niat itu cuma ucapan di bibir atau sekadar apa yang terlintas di fikiran? Dan adakah ia berbentuk sepintas lalu atau keinginan kuat yang ditanam di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan?