Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
25 November 2016
Wanita Memakai MInyak Wangi :- UAI
Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi?
Sumber : Facebook
ustad Azhar Idrus
Di masakini kita memang tidak
dapat lari daripada wangi-wangian. Pergi dan balik kerja pakai wangian demi
atas faktor keselesaan kita agar aroma yang sedap dihidu oleh manusia lain.
Tidak kira samada aroma atau haruman itu dihidu oleh mahram atau bukan
mahramnya . Manusia mana yang tidak suka kepada wangian yang dapat mencipta
suasana yang romantik dan damai. Dengan wangian juga membuatkan manusia dapat
menghilangkan segala stress dan permasalahan yang dihadapi buat seketika
waktu.
Kajian juga membuktikan bahawa wangian 'lavender' maupun wangian yang lainnya dapat mengurangkan stress dan mendamaikan perasaan bagi mereka yang menghadapi masalah. Sehingga mana kebenaran bahawa wangian ini dapat menghilangkan stress atau tekanan seharian bekerja tiada siapa yang tahu. Apa yang nyata perkara telah diulas dan dibincangkan terlebih dahulu oleh zaman para sahabat tentang wanita yang memakai wangian ketika keluar rumah.
Kemudian barulah terciptanya minyak-minyak wangi yang kononnya 'wangian syurgawi' demi untuk mendapatkan sokongan umat islam khasnya dan sokongan dunia amnya.
Dalam kehidupan harian kita yang dikatakan 'wangian syurgawi' ini dapat juga 'mencetuskan' dosa tanpa kita sedari. Masalah wanita memakai wangian ini ada beberapa hukum. Wangian yang apabila dipakai tidak kuat baunya dan tidak dapat dihhidu oleh orang ramai hukumnya harus.
Wangian yang kuat baunya sehingga orang keliling dapat menghidu baunya apabila lalu di hadapan maka hukumnya adalah haram. Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Sekiranya suami yang menyuruh , maka wajib si isteri memakai wangian itu.
Hukum wanita pakai wangian adalah sama saja dia berzina (dosa besar) . Ini berdasarkan dalil:
Daripada sahabat al-asy'ari dia menegaskan bahawa rasullulah saw pernah bersabda:
Maksudnya : "seseorang wanita memakai wangi-wangian , lalu dia melewati satu kaum, kemudian kaum itu mencium baunya wangi wanita itu. Maka wanita itu telah berzina".
(Riwayat An-Nasai fii kitabuzinah(Hasan Sahih)
Sumber : Facebook ustad Azhar Idrus
Subscribe to:
Posts (Atom)