Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

12 August 2011

Islam dan Sains: Hawking anggap syurga dongeng

Umum
Hawking anggap syurga cerita dongeng!!
 
Stephen Hawking
 
Kenyataan pakar kosmologi, Stephen Hawking bahawa syurga  adalah  ‘sebuah cerita dongeng’ mencetuskan peprbincangan hangat diantara penganut agama dan bukan penganut agama, termasuk respons lantang daripada actor Kirk Cameron, penganut Kristian yang warak.
 
“Saya menganggap otak adalah sebuah computer yang berhenti berfungsi apabila komponen komponennya gagal. 
 
“Tidak ada syurga atau kehidupan selepas mati untuk computer computer yang rosak: ia adalah satu cerita dongeng untuk orang yang takut pada kgelapan,” kata Hawking kepada akhbar The Gurdian pada Mei lalu.
 
Hawking, 69, saintis yang pernah menerima anugerah, didiagnosis menghidap penyakit motor neoron apabila dia berumur 21 tahun.  The Guardian menyatakkan, “penyakit yang tidak boleh diubati itu telah dijangka akan membunuh Hawking dalam masa beberapa tahun apabila symptom simptomnya muncul, satu gambaran yang merubah saintis muda itu kepada Wagner, tetapi akhirnya dia akhirnya mendorongnya untuk lebih menikmati hidupnya sekalipun katanya, walaupun ada  awan hitam yang menyelubungi masa depannya.”
 
“Saya telah hidup dengan prospek kematian awal sejak 49 tahun yang lalu.  Saya tidak takut pada kematian, tapi saya tidaklah tergesa gesa untuk mati.  Saya masih ada banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu,” ujar Hawking mengenai penyakit yang dihidapi.
 
Apa pun, Cameron mempersoalkan saintis berkenaan dalam respons  pedas  yang  dipetik  oleh beberapa jenis saluran media, termasuk puluhan blog dan akhbar, agensi  agensi berita dan pelbagai lagi. Sebahagiannya boleh disaksikan dalan Fox News dan E! Online.
 
“Profesor Hawking diuar uarkan sebagai ‘genius dari Britain,’ namun dia percaya kepada kemustahilan saintifik bahawa yang kosong mewujudkan semuanya dan kehidupan bermula dari bukan hidup.”
 
“Kenapa orang perlu percaya apa yang Hawking tulis jika dia tidak boleh memberi bukti pada kepercayaan tidak saintifiknya bahawa dari kosong, datang segala galanya?” soal Cameron yang tidak bersetuju dengan pandangan Hawking.
 
Pandangan Hawking bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh kebanyakan rakyat Amerika. Mengikut satu undian pada 2007 yang dilakukan oleh forum Pew Research Center mengenai  Agama dan Kehidupan Umum mendapati, 92  peratus menyatakan mereka percaya kepada Tuhan  atau  roh sejagat  dan 74 peratus  menyatakan  mereka percaya pada kewujudan syurga. Hanya  59 peratus daripada rakyat Amerika yang percaya pada neraka.  Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh Pew pada 2010, 58 peratus rakyat Amerika menyatakan agama adalah sesuatu ‘yang amat penting’ kepada mereka.
 
Kirk Cameron
 
Perkara ini selari dengan undian yang dilakukan oleh USA Today pada Mei lalu sebagai respons kepada kenyataan Hawking.  Ditanya sekiranya pandangan Hawking betul mengenai syurga, 42 peratus bersetuju dengannya manakala 58 peratus lagi menolaknya.
 
KONTROVERSI YANG KE SEKIAN  KALI
 
Isu menyatakan bahawa syurga itu cerita dongeng bukan kontroversi pertama kali yang disebarkan oleh Hawking. Bahkan sebelum ini, dalam bukunya bertajuk  Grand Design, Hawking telah mencetuskan bantahan apabila dia menyatakan Big Bang mewujudkan dunia dan menepis kewujudan Tuhan. Hal ini dinyatakan oleh, Marina Wagner Peleaz dalam majalah Time keluaran Mei.
 
“Merujuk pada hasil beberapa kajian, yang mengesyorkan bahawa emosi dan pemikiran kita adalah berdasarkan neorosains, pendapat pendapatnya boleh diterima akal, tapi itu bukanlah  bermaksud tidak ada ruang untuk spekulasi  seterusnya,” ujar Wagner.
 
 
Beberapa orang blogger, termasuk Rob Kerby, editor kanan BeliefNet menulis, “Ini bukanlah kali pertama Hawking tersilap. Tidak lama dahulu ahli fizik Universiti Stanford, Leonard Susskind telah menyangkal dakwaan tegar Hawking, apabila ‘black hole’ lenyap, ia akan membawa bersama segala maklumat yang wujud di dalamnya.  Pada 22 Julai 2004, Hawking terpaksa mengakui di hadapan berates  ratus rakan sekerjanya di Persidangan Antarabangsa ke 17 mengenai Relativiti Umum dan Gravitasi di Dublin bahawa Susskind betul,” ujar Kerby
 
Tatkala Hawking menggunakan sains untuk menyangkal pendapat  mengenai  syurga, pihak lain pula menggunakan sains untuk menghubungkan system kepercayaan  agama kepada kesihatan.  Sebagai contoh, Universiti Duke  menpunyai Pusat Kerohanian, Teologi dan Kesihatan yang menumpukan penyelidikan mengenai hubungan antara iman dan kesejahteraan.  Dan, hubungan itu dikatakan wujud dalam beberapa tempat yang amat luar biasa.  Baru baru ini Kelly George dari Atlanta Health Trends Examiner, menulis mengenai ‘diet berasaskan iman’ dan kuasa doa untuk penyembuhan.
 
Dalam kolumnya The Jersey Journal, Danny Tyree secara sinis mengakui, Hawking adalah sumber inspirasi, menunjukkan bagaimana seseorang boleh mengatasi kecacatan fizikal yang teruk untuk merosakkan perancangan orang lain.
 
Kontroversi bukanlah sesuatu yang baru kepada Hawking.  Dalam bukunya The Grand Design pada 2010, Hawking menganjurkan bahawa alam semesta boleh tercipta secara spontan, tanpa Pencipta.  Bukunya yang seterusnya memperbaiki kenyataan tersebut serba sedikit.
 
 
Beberapa orang membuat spekulasi, Hawking membuat kenyataan lancang itu semata mata  kerana dia berasa cemburu terhadap ahli astronomi, mendiang Carl Sagan.
 
Tyree merasakan kenyataan Hawking itu tidak akan merubah banyak fikiran. Ujar Tyree dalam tulisannya, rakyat Amerika terutamanya, terlalu bijak untuk dipengaruhi oleh satu koleksi anugerah akademik.  Namun jika pendapat pendapatnya diterima, perubahan dalam masyarakat adalah sukar untuk dibayangkan.
 
“Banyak yang melihat niat jahat atau keangkuhan dalam kenyataan Hawking itu.  Mungkin dia secara jujurnya melihat dirinya sebagai rakan sejawat kepada orang asing yang baik hati memberitahu anda, sebelum anda menyampaikan ucapan penting, ada tahi hidung yang tersembul keluar.
 
“Hawking menganggap otak sebagai sebuah computer yang akan berhenti berfungsi apabila komponennya rosak, dan kesedaran adalah sesuatu yang akan lenyap tanpa kesan.  Saya ingin menganggap komponen komponen tersebut akan dikitarkan semula untuk tujuan yang lebih besar yang Hawking sendiri pun   tidak mampu memikirkannya,” ujar Tyree.
 
AL ISLAM Julai 2011
 
Link berkaitan
Kirk Cameron criticizes Stephen Hawking over 'heaven' comments
Professor Stephen W. Hawking
Stephen Hawking: 'There is no heaven; it's a fairy story'
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

11 August 2011

Tarbiah: Wang Zakat ... kemana perginya yg berjuta rm tu ...???


'Ke mana perginya wang zakat kita?'
oleh
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
2:56pm
 
 
ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.
 
Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.
 
NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.
 
Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
 
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
 
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?
 
2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.
 
Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.
 
Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
 
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
 
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.
 
Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
 
5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.
 
Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.
 
Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.
 
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.
 
Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
 
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
 
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
 
http://www.malaysiakini.com/news/172234
 
link berkaitan
Dimana Tony berada sekarang

 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

Iwan Syahman - Segalanya Allah (ALBUM - SEGALANYA ALLAH)


Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah

Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid

You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah

Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Aaha Dari Segala-galanya

Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin

Subahanallah Maha Suci Allah

Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai... 


03 August 2011

Tarbiah: Panduan di hutan: ada pantang larangnya ...


RENCANA UTAMA
Disakat penunggu hutan
Oleh
SITI NOR AFZAN KASIMAN

PESAN Azfar, elakkan daripada melalui kawasan yang mempunyai kesan tapak kaki harimau. Binatang ini mempunyai bau hamis seakan kambing.

AZFAR kaki hutan. Gelaran yang melekat pada lelaki berusia 35 tahun ini diberi oleh rakan-rakan dan keluarganya yang faham tentang obsesi anak kelahiran Pekan, Pahang, ini terhadap penerokaan hutan.  Minat Azfar terhadap hutan terbit sejak usianya tujuh tahun. Bapa kepada tiga anak ini mengaku hubungannya dengan alam mulai rapat apabila bapanya, Abdullah Isa, 67, seorang guru, ditugaskan mengajar di Belaga, Sarawak, sekitar tahun 1980-an.Berpengalaman meneroka hampir kesemua hutan tebal di Malaysia, terutamanya di Sarawak, Azfar turut mahir berburu. Jelasnya, teknik berburu yang diamalkannya kini banyak dipelajari daripada rakan-rakan Penan sewaktu menetap di Belaga dahulu.

“Saya masih minat berburu sampai sekarang. Cuma sekarang, saya tidak lagi memburu dengan anak panah, buluh atau senapang patah, sebaliknya memburu menggunakan kamera untuk mendekatkan lagi pelancong hutan dengan haiwan-haiwan di dalamnya,” katanya.

Biarpun mahir dengan selok-belok hutan, Azfar tidak mendabik dada dengan isi alam. Pemuda ini sedar, hutan bukan sahaja dihuni makhluk nyata tetapi juga makhluk ghaib.

“Kalau nak masuk hutan, ingatan supaya menjaga percakapan dan perbuatan memang tidak pernah saya lupakan.

“Walaupun bunyinya klise, namun itu ialah peraturan hutan yang perlu dipatuhi kerana ketika berada di dalam hutan, bukan hanya kita, pokok dan haiwan sahaja yang mendiami hutan, tetapi ada juga makhluk halus yang menjadikan hutan sebagai tempat tinggal,” katanya.

Menceritakan sedikit pengalamannya membawa pelancong meredah hutan pada waktu malam, Azfar akui dia pernah berdepan dengan pelbagai peristiwa mistik.

“Dulu, semasa saya masih baru dengan hutan, beberapa kali juga kumpulan yang saya bawa menerima gangguan. Ada yang kaki bengkak sampai tidak boleh jalan dan pernah juga ada yang hilang berjam-jam.

Pokok ara
“Kalau terlihat kelibat atau lintasan hitam itu dan kena sakat juga sudah biasa,” katanya yang nekad berguru dengan rakan-rakannya yang pandai hutan.
Menurut Azfar, sebelum masuk hutan, niat atau tujuan perlu baik. Katanya, jangan sekali-kali berfikir hendak buat maksiat atau merosakkannya.

“Cakap orang-orang lama ada betulnya. Jangan buang air dan buat khemah sembarangan.
“Sebagai pemandu arah, saya juga perlu pastikan tempat berhenti rehat betul-betul selamat dari ancaman binatang buas dan gangguan makhluk halus.

“Kalau kawasan itu lapang, tiada kesan tapak kaki Tok Penghulu (harimau) bukan bermakna tempat itu cukup selamat. Mungkin itu perkampungan orang bunian.

“Kalau nampak ada pokok yang besar seperti pokok ara, dongak ke langit dan perhatikan pokok dari pucuk hingga ke pangkal pokok.

“Jika nampak seperti ada ruang antara daun pokok besar dengan pokok-pokok kecil, cari kesan tapak kaki bintang di sekitar kawasan tersebut.

“Andainya ada, maknanya tempat itu selamat. Jika tidak ada, laluan tersebut adalah laluan jin dan seeloknya jangan berhenti atau berkhemah di situ,” katanya.

Sungguhpun mahir dengan hutan, Azfar akui, ilmu alam memang tidak pernah habis untuk dikaji. Berkongsi cerita tentang pengalaman sesat selama lebih 12 jam di dalam hutan di Temenggor, Perak bersama empat rakan tiga tahun lalu, dia semakin ghairah untuk mengkaji tentang isi alam.

“Kami merancang untuk memburu kijang malam itu. Sejak petang lagi, kami sudah membuat ran di perdu pokok berhampiran pokok jerai. “Kami tunggu hingga tengah malam. Anehnya, kelibat seekor kijang pun kami tak jumpa sedangkan kami nampak banyak kesan tapak kaki kijang di kawasan tersebut. “Esok malamnya selepas Isyak, kawan-kawan ajak saya menyuluh kijang. Kira-kira setengah jam berjalan, pandangan kami terarah pada warna hijau kebiruan, tidak jauh dari tempat kami bersembunyi. Sah ada pelanduk di depan kami.

“Bila tembakan saya tidak kena, kawan saya pula tembak. Yang peliknya, walaupun leher sudah berasap, pelanduk tersebut tidak tumbang, masih berdiri. Yang saya dengar ketika itu suara orang mengeruh. Pada tembakan kali ketiga, baru pelanduk tersebut jatuh. “Selepas disembelih, kami terus masukkannya ke dalam guni. Sampai di khemah nanti, baru dilapah dan dibuang isi perutnya. “Lebih kurang 15 minit berjalan, kami tidak berjumpa dengan pelanduk atau kijang. Pelik juga kerana kesan tapak kaki yang kami jumpa bukan main banyak lagi. “Hampir sejam berjalan, kawan saya putuskan untuk kembali ke khemah kerana sudah letih. Bagaimanapun, kami tidak temui denai menuju ke khemah kami.

“Kami mencari ranting pokok yang kami patahkan untuk menanda jalan, tapi tidak jumpa. Laluan semakin semak, seperti tidak pernah dilalui orang sebelum ini,” katanya.

Berpusing
Enggan berputus asa, Azfar dan rakan-rakannya terus berjalan hinggalah menjelang Subuh.

“Kami bergilir pikul pelanduk. Boleh tahan juga beratnya. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kami terjumpa dengan kubang gajah. Sah kami sesat kerana kami tidak melaluinya sebelum ini. “Setengah jam kemudian berjalan, kami sampai ke kubang gajah semula. Rasanya kami berjalan lurus dan tidak melencong, tetapi rupa-rupanya kami berpusing di denai yang sama. “Kawan saya kata, kami mungkin diganggu dengan penunggu hutan. “Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami berjalan semula. Masing-masing mati akal, tak tahu nak buat apa. Pelanduk sudah perlu dilapah dan dibuang perutnya untuk elak busuk, tetapi kami semua sudah keletihan.

“Masa itu saya fikir, mungkin ada betulnya kami disakat makhluk yang menunggu di hutan ini. Kami akhirnya sepakat untuk tinggalkan sahaja pelanduk itu di situ. “Saya jerit dalam hutan, aku minta maaf. Ini pulangkan semula kawan kau. Tolong buka jalan, kami nak pulang. “Kami teruskan berjalan. Tak sampai 20 minit, kami terjumpa semula dengan ranting yang sengaja dipatahkan untuk menanda laluan. Tidak sampai setengah jam selepas itu, kami semua sudah sampai ke khemah,” cerita Azfar.

Walaupun berdepan dengan macam-macam perkara, Azfar tetap berpegang pada prinsip lagi jauh hutan itu diteroka, semakin indah pemandangan yang dapat dilihat dan pengalaman yang ditimba.


Harian Kosmo Online  31 Julai 2011
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
   2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

02 August 2011

RAWATAN DARUSSYIFA DI SOLOK GAUNG ,AIR MOLEK MELAKA.




Anda yang ingin mendapatkan rawatan Islam daripada Darussyifa Cawangan Melaka,bolehlah hadir di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka.

Rawatan akan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari setiap hari Ahad dimulai dengan bacaan Yasin dan zikir dan seterusnya rawatan.

Anda yang mempunya penyakit fizikal seperti gaut,angin pasang,angin ahmar dan lain-lain lagi  serta penyakit yang disebabkan gangguan makhlok halus seperti sihir dan sebagainya,bolehlah datang pada masa dan tempat tersebut.

Untuk keterangan dan bantuan maklumat hubungi
010 -4373706

<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.