Amanah ketika marah,
bolehkah dilaksanakan?
Ruangan ini dikendalikan oleh:
MOHD. ZAIDI RAMLI
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga
Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama,
sila kemukakan soalan-soalan ke alamat
zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my
SOALAN:
Assalamualaikum, SEORANG ibu mengamanahkan kepada anak
perempuannya supaya tidak memberikan harta kepada anak lelakinya apabila dia
mati kelak. Arahan tersebut dibuat ketika si ibu sedang marah kerana anak
lelakinya tidak pernah ambil tahu keadaan dirinya apatah lagi ketika dia jatuh
sakit. Dan sebelum mati, ibu tersebut memberi pesan sedemikian dan hak harta
untuk anak lelakinya itu diberikan kepada anak perempuan yang menjaganya.
Si ibu tidak pula membuat tukaran nama ke
atas harta tersebut dan tidak pula mewasiatkannya. Apakah dalam hal ini, harta
yang diberikan kepada anak perempuan tersebut boleh dianggap sebagai hibah? Ini
kerana tiada perjanjian hitam putih yang dibuat. Dan sekiranya bukan, apakah
harta yang ditinggalkan itu perlu dibahagikan mengikut hukum faraid? Mohon
jawapan daripada ustaz.