Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

07 December 2012

Alam yg Dua: Fokus:- Usah terpedaya tipu daya syaitan



FOKUS
Interaksi Alam Ghaib:
Usah terpedaya dengan tipu daya syaitan
Lantas, menghilangkan sedikit rasa duka yang terpaksa diterima sebagai takdir yang telah ditentukan Allah untuknya, beberapa pengamal perubatan sedia membantunya. Dan di situlah bermulanya episod yang mendakwa anaknya ini 'disimpan' oleh makhluk di alam ghaib.
 
Apakah benar dakwaan itu atau ia sekadar untuk melegakan hati si ibu?
Menjelaskan perkara ini, Al Islam bertanyakan hal tersebut kepada pensyarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa Islam Pahang (IKIP) merangkap pengamal perubatan Islam, Dr. Mahyuddin Ismail. Jelas Dr. Mahyuddin, rawatan perubatan masuk ke alam ghaib ini ialah salah satu cabang perubatan yang melibatkan makhluk alam ghaib. Perkara ini bukan perkara baru malah turut berlaku dalam kebanyakan masyarakat di dunia ini sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, dalam kitab Injil, Samuel I : 18, kisah Raja Saul minta ahli sihir di Endor menyeru roh Nabi Samuel. Di Malaysia, upacara menurun, guna makhluk halus, masuk alam ghaib selalu berlaku.
 
Kaedah-kaedah sebegini bukan sahaja meragukan, bahkan boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat.
 
Imam Al-Razi dalam kitab Ahkam ai-Sihr wa as-Saharah, mengatakan, alam ghaib terbahagi kepada dua iaitu al-Ghaibat al-'Aliyah (perkara-perkara ghaib tinggi) dan al-Ghaibat as-Sufliyyah (perkara-perkara ghaib rendah).
 
Alam al-Ghaibat al-'Aliyah ialah alam ghaib yang berbentuk perkara-perkara ketuhanan yang mana tidak mungkin  akan dapat mencapainya kecuali para Nabi dan Rasul seperti malaikat, syurga neraka dan seumpamanya. Interaksi dengan alam ini sangat sukar.
 
Pun begitu, alam al-Ghaibat as-Sufliyyah pula berkaitan dengan sesuatu yang memang wujud di alam nyata tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sebagai contoh, kejadian jin, kuman, bakteria. dan angin. Menurut Imam Ar-Razi, alam ghaib ini mudah dihubungi. Di kalangan pengamal perubatan, ada yang menggunakan makhluk alam ghaib ini untuk menolong mereka dalam rawatan. Bagi menjadikannya lebih diyakini, mereka mendakwa makhluk yang digunakan ialah jin Islam yang beriman.
 
Dr. Mahyuddin menjelaskan, interaksi manusia dengan makhluk di alam ghaib boleh berlaku. Bagaimanapun, ujarnya, kita kena sedar, ada interaksi yang betul dan dibenarkan, dan ada yang batil yang tidak dibenarkan. Misalnya, interaksi antara Nabi dan Rasul dengan para malaikat atau makhluk alam ghaib dibenarkan dan wajib dipercayai kerana ia bertujuan menjadi panduan kepada umatnya. Ini merupakan satu pengkhususan dan mukjizat untuk mereka.
 
Manakala interaksi antara manusia yang bukan para nabi dan Rasul dengan makhluk alam ghaib ini, wajar dielakkan kerana menimbulkan keraguan dan boleh membawa kemudaratan. Sekiranya ia berupa karamah kepada wali Allah, ia tidak boleh didedahkan kerana akan menimbulkan fitnah.
 
Dalam Islam, jelas Dr. Mayhyuddin, alam ghaib tidak akan dapat dicapai oleh pancaindera yang lima. Ini berdasarkan dalil surah Al a'raf ayat ke 27, Allah berfirman: "Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka."
 
Imam Al-Qurthubi berkata, ayat ini menjadi dalil bahawa jin itu tidak dapat dilihat. Manakala Imam Syafi'i pula menyatakan dalam Manaqibnya, sesiapa mengaku dapat melihat jin maka kami membatalkan penyaksiannya terkecuali jika dia seorang nabi. Justeru, berinteraksi dengan alam ghaib tidak mustahil boleh berlaku. Namun perlu dipastikan sama ada ia bersifat benar atau batil.
 
Sementara itu tatkala mengulas dakwaan bahawa seseorang yang 'hilang' dari pandangan mata dunia, sebenarnya 'disimpan' di alam ghaib, Dr. Mahyuddin berkata, dakwaan sedemikian sangat berbahaya dan boleh mengundang pelbagai keraguan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, Tinggalkan apa yang meragukan kamu pada perkara yang tidak mmimbulkan keraguan."
 
Dr. Mahyuddin tidak menafikan, kes manusia tersesat masuk ke alam jin tetapi hal tersebut sangat jarang. Kalau berlaku sekali pun, ia dalam keadaan-keadaan tertentu. Antaranya, jika masuk ke hutan atau tempat-tempat tertentu, seseorang itu tiba-tiba hilang arah. Boleh jadi, ada makhluk jin yang sengaja berbuat demikian. Dan kemungkinan tersesat dalam alam jin.
 
Tetapi sekiranya hilang kerana lemas, lalu didakwa jasadnya disembunyikan, maka besar kemungkinan pemberitahuan oleh mereka yang menghubungi alam ghaib itu merupakan satu penipuan oleh jin. Manusia yang sudah meninggal akan ke alam ghaib yang dikenali sebagai alam kubur dan alam-barzakh, bukan di alam ghaib lain.
 
BERTAWASSUL
 
Berbalik pada kaedah rawatan untuk masuk ke alam ghaib tetapi memerlukan seseorang itu bertawassul dengan menyebut nama orang-orang tertentu yang selalunya dikenali sebagai para ulama atau wali, Dr. Mahyuddin menjelaskan, isu tawassul telah dibahaskan oleh para ulama terutamanya ulama-ulama salaf dan ia dibenarkan. Namun, ulama-ulama selepas kurun ke-6 Hijrah mula mengharamkannya kerana bimbang disalahgunakan. Tawassul ujar Dr. Mahyuddin, dibenarkan kerana ada dalil-dalil khusus, tetapi mestilah dengan cara yang betul.
 
Tawassul yang digunakan oleh pengamal perubatan bagi tujuan seperti di atas jelas tidak dibenarkan sekalipun dengan menggunakan nama Allah, nama Rasul atau wali-wali. Ada juga antara mereka yang bertawassul dengan jin~jin penjaga dan lain-lain. Cara tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Apa pun Dr. Mahyuddin tidak menafikan, kepercayaan tentang alam ghaib memang menjadi salah satu perkara naluri manusia. Katanya, Islam mewajibkan penganutnya beriman dengan perkara ghaib khususnya perkara al-Ghaibat al-Aliyah. Beriman maksudnya meyakini wujudnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, penggunaan makhluk alam ghaib untuk rawatan, tidak pernah Rasulullah s.a.w. tunjuk. Jadi ini adalah antara bidaah yang nyata lagi jelas dalam amalan pembatan.
 
Tentang interaksi dengan makhluk alam ghaib, Allah tegaskan, setiap makhluk ada cara berinteraksi antara mereka. Firman Allah s.w.t dalam surah An Nur ayat 41, "Tidakkah engkau mengetahui  babawasanya Allah (yang Maha Esa dan Maha kuasa) sentiasa bertasbih kepadanya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa?Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semula jadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji Nya; dan Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
 
"Interaksi antara manusia dengan makhluk lain secara langsung mungkin sukar untuk berlaku. Sebagai contoh, bahasa ikan, burung, lembu pun kita sukar untuk faham  Komunikasi dengan alam ghaib pun begitu juga. Namun, interaksi dengan alam al-Ghaibat al-Sufliyyah mudah dilakukan kerana ia selalu didalangi oleh syaitan dan jin yang bertujuan menyesat-kan manusia. Sekiranya dia mengaku Islam sekalipun, tidak boleh digunakan. Oleh itu umat Islam perlu berhati-hati dalam hal ini," katanya. ©
 
 
Al Islam  Ogos 2011
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.