Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 May 2013

Soal Jawab Agama: Fiqah Amali - Jurujual arak


Juruwang di Kedai Menjual Arak
Fiqah Amali
Ustaz Fadzli Al Yamani
 
Soalan:
 
Apakah hukum bekerja sebagai juruwang di kedai yang menjual minuman arak?
 
 
Jawapan:
 

Jika jualan dilakukan secara langsung iaitu kedai tersebut hanya menjual arak, maka hukumnya haram. Walau bagaimanapun, makruh hukumnya jika jualan arak hanya sampingan dan dijual kepada orang bukan Islam.
 
Namun demikian, lebih elok untuk seseorang mengelakkan dirinya daripada melibatkan diri dengan arak kerana terdapat banyak tegahan dan larangan Allah s.w.t. mengenai arak.
Hadis daripada Anas bin Malik, mafhumnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasil-nya, pembayarnya dan pembelinya." (Riwayat al-Tirmizi)
 
Firman Allah s.w.t., mak-sudnya:
 
"Wahai
orang yang beriman,
sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah
perbuatan keji yang termasuk dalam per­buatan syaitan.
Maka, jauhilah (perbuatan-perbuatan) tersebut agar kamu berjaya."
(Surah al-Ma'idah 5: 90)
 
Tidak dinafikan kedapatan ramai orang Islam di negara kita yang bekerja di tempat-tempat yang menjual arak, tetapi carilah cara atau jalan keluar untuk mengelak diri daripada terjebak dengan masalah ini. Justeru, disarankan agar mencari pekerjaan lain yang hasilnya benar-benar halal seratus peratus. Janganlah kita memandang remeh tentang perkara ini.
Di samping itu, jangan terlalu memilih pekerjaan semata-mata untuk kehidupan di dunia yang sementara ini. Bekerjalah dalam apa-apa bidang sekalipun, yang penting hasilnya seratus peratus halal tanpa keraguan.
 
Kita boleh lihat terdapat ada orang yang bekerja sebagai pengutip barangan kitar semula seperti kertas, botol plastik, tin dan besi. Biarpun umum melihat pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan yang kotor, tetapi ia bersih dan halal di sisi Allah s.w.t. S
 
SOLUSI ISU 45
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.