Bacaan
Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan ...
Mantan Mufti Perlis Prof Dato' Dr Maza.
Saya
ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan
pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan
orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba
mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang
patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan
mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1.
Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain
dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu
orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam
Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian
tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2.
Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa
orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri,
atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak
kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid
atau bukan muslim dan lain-lain.
3.
Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang
dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah
azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang
harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan
yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4.
Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran
dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu
Sa’id al-Khudri:
“Ketika
Nabi s.a.w
beriktikaf
(beribadah
dalam masjid), baginda
mendengar
mereka mengangkat suara
bacaan
(al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w
berada di
tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat
langsir dan
bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada
tuhannya,
jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain.
Jangan kamu
angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat
Abu Daud
dengan
Sanad
Yang
sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w
melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain
yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada
dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk
diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin
untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka
yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan
seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini,
Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti
hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat
mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar
suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling
mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih
afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan
mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..
dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam
masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu
tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh
jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil
terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa
sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka
dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh
al-Salihin:
http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini
dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang
penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara
tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan,
tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para
ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang
bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu
menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud.
Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini
adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya
tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara
pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.
Salin &
tempek dari Omakkau