Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 January 2018

Syeikh Ahmad Deedat: Kemilau Sang Da'i




Julai 1918 mungkin merupakan tarikh yang paling  menggernbirakan bagi Hussein Kazirn Deedat, seorang tukang jahit dan isternya, Fatimah. Merekalah insan yang paling gembira di pekan Tadkeshwar, Surat, yang terletak di negen Bombay India dengan kelahiran seorang cahaya mata lelaki, penyeri hidup berkeluarga.

 Namun langit tidak selamanya cerah. Anak yang bernama Ahmed Hussein Deedat ini terpaksa berpisah dengan ayah  tercinta. Keputusan telah dibuat. Dia akan merantau dan berhijrah ke Kwazulu-Natal, Afrika Selatan. 



Sembilan tahun kemudian, dalam usia yang masih muda, si anak pula bertekad untuk menuruti jejak Iangkah ayahnya.  Namun tanpa diduga pertemuan dengan si ibu sebelum berangkat menjadi pertemuan terakhir mereka. Beberapa bulan selepas beliau pergi merantau, bonda tercinta pula telah meninggalkan dunia buat se|ama lamanya. 

Menyemai Jiwa Dakwah

Bermulalah kembara hidup Ahmad Deedat di bumi Durban, Afrika Selatan. Pusat Islam menjadi tempat menimba ilmu agama dan belajar al-Quran. Perbezaan bahasa ternyata bukan penghalang kejayaan. Kepintaran dan  kecemerlangan akademik menjadi batu  Ioncatan. Pembiayaan pengajian diterima.  Akhirnya pengajian sehingga tahun ke- enam beljaya ditamatkan.

 Namun kemilau sinaran itu hampir- hampir terpadam dek kesempitan hidup. Dalam usia semuda 16 tahun, dia terpaksa berhenti belajar. Dia perlu bekerja demi menampung keperluan hidup.  Suatu hari, pada tahun 1936, Ahmed Deedat telah bertemu dengan sekumpulan pendakwah Kristian. Mereka sedang menjalani latihan di sebuah sekolah Kristian di Pantai Selatan Natal. Ketika itu Ahmed Deedat bekerja sebagai seorang penjual perabot.  Dalam usaha mengkristiankan orang Islam, beberapa tuduhan dibuat terhadap Islam. Antaranya ialah Nabi Muhammad menggunakan pedang untuk mengislamkan orang ramai. 



Kenyataan tersebut benar benar menyinggung hati Ahmed Deedat. Dia  bertekad; kebenaran Islam mesti ditegakkan! Segala tuduhan mesti dijawab. Ilmu perbandingan agama perlu didalami untuk melaksanakan misi penting ini! 

Pada hari yang Iain, ketika sedang sibuk mencari bahan bacaan di bilik bawah tanah majikannya, dia menemui sebuah buku bejudul Izhar aIHaq (Kebenaran yang Tersingkap). Karya seorang ulama India, Rahmatullah al-Kairanawi.

Ia menjawab tuduhan tuduhan yang dilemparkan oleh Kristian terhadap Islam. Di samping itu, ia turut memuatkan kesilapan serta pertentangan yang ter kandung dalam Bible.  Jiwa Ahmed Deedat benar benar terkesan dengan Izhar al-Haq. Kitab Bible dibeli dan dikaji. Perbincangan dan perdebatan dengan pendakwah muda Kristian bermula. Menjawab persoalan persoalan yang dahulunya tidak dapat dijawab. 

Berguru dengan buku sahaja tidak memadai. Ahmed Deedat turut berguru dengan para ilmuwan. Antaranya seorang saudara baharu. Namanya Fairfox. Si guru mengesan potensi dalam diri anak murid nya ini. Lalu sesi pengajian tambahan ditawarkan. 

Sesi pengajian tersebut menumpukan kepada Bible dan cara cara berdakwah orang Kristian kepada Islam. Akhirnya, apabila masa bersara untuk si guru tiba, Ahmed Deedat mengambil alih tugas mengajar. 

Kemilau Sang Dai 

Pada tahun 1942 bertempat di Panggung Avalon, Durban, buat pertama kalinya bergema dengan suara dakwah Syeikh Ahmed Deedat. Beliau menyampaikan pidato berjudul “Muhammad: Rasul Keamanan”. Acara tersebut hanya dihadiri 15 orang pendengar.

Masa berlalu. Gemeresik suara dai ini mula melebarkan alunannya ke luar Durban. Sedekad kemudian, gema dakwah Ahmed Deedat turut memenuhi dewan di bandar bandar lain di Afrika Selatan, seperti Johannesburg dan Cape Town.  Masjid Jumma yang tersergam indah ialah salah satu daripada tarikan yang terdapat di bandar Durban yang mesra pelancong. Syeikh Ahmed Deedat memanfaatkan anugerah ini untuk menyampaikan “rahmat Islam” kepada para pelancong. 

Beliau sendiri menjadi salah seorang pemandu pelancong. Sambil melayan dan menyambut para tetamu ini, beliau turut memperkenalkan Islam serta menjelaskan hubungan Islam dengan Kristian.  Bagi memberikan persepsi awal yang baik para pelancong antarabangsa terhadap Islam, program-program seperti jamuan makan tengah hari, pidato dan edaran risalah ringkas turut dijalankan. 

Hasilnya, minat orang awam di Afrika Selatan terhadap Islam mengalami peningkatan yang memberangsangkan. 

Sahabat memainkan peranan yang penting dalam perjuangan insan. Syeikh Ahmed Deedat juga tidak terkecuali daripada realiti ini. Ghulam Hussein Vanker dan Taahir Rasool. Dua insan penting di sebalik tabir pejuangan beliau.  Bermula dengan usrah berkaitan ajaran-ajaran al~Quran, akhirnya mereka bertiga berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan, Islamic Propagation Centre _ International (IPCI). 

IPCI ditubuhkan pada tahun 1957.  IPCI mencetak pelbagai bahan bacaan berkaitan Islam untuk sebaran umum. Ia juga menganjurkan kelas kelas pengajian bagi saudara-saudara baharu yang baru memeluk Islam. 
Beliau turut menubuhkan Institut Pendidikan As-Salaam pada 1958. la di- tubuhkan di atas sebidang tanah wakaf yang berkeluasan 75 ekar. Institut ini terIetak di Braemar, Selatan Natal. 

Pada tahun 1973, pengurusan As- Salaam telah diambil alih oleh Muslim Youth Movement. Ini disebabkan oleh kekangan tenaga dan kewangan yang dialami IPCI. 



Gemersik dakwah Syeikh Ahmed Deedat mula kedengaran di luar Afrika Selatan bermula awal 80an.
 Kemuncak populariti beliau di arena antarabangsa bermula selepas menerima Anugerah Raja Faisal (King Faisal Award) pada tahun 1986. Anugerah ini dikurniakan bagi menghargai khidmat beliau, terutamanya dalam bidang dakwah Islamiah.

 Pada usia 66 tahun, Syeikh mula berpidato mengelilingi dunia. Antara tempat yang pernah beliau jejaki ialah Arab Saudi, Mesir, United Kingdom, Switzerland, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Kepulauan Maldives, Sweden, Denmark, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

 Detik Akhir Kilauan 

Mukmin dan ujian, berpisah tiada. Menjelang akhir hayat, Syeikh Ahmed Deedat diuji dengan penyakit angin ahmar. Tubuhnya lumpuh daripada bahagian leher ke bawah. Beliau tidak mampu menelan. Apalagi berkata-kata. 

Saat saat akhir hidup diharungi di terataknya yang terletak di Jalan Trevennen, Verulam. Sembilan tahun terakhir kehidupan beliau jalani di pembaringan. 

Namun jiwa dakwah beliau tidak pernah padam. Beliau sentiasa memberi kan galakan kepada orang ramai agar terus berdakwah.

 Saudara—saudara seakidah dari seantero dunia tidak putus putus menziarahi beliau. Beratus-ratus kiriman surat turut diterima. Semuanya membawa doa, soko ngan dan penghargaan. 


Tanggal 8 Ogos 2005, kemilau permata yang terbit di benua Hindi itu akhirnya terpadam. Beliau pergi untuk memenuhi tuntutan perjalanan fitrah seorang insan. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Verulam, KwaZulu Natal, Afrika Selatan. 

SOLUSI ISU #62