KEMUSYKILAN
MUALAF
Oleh:
Muhd. Ridhwan Abdul Jalil@Erwanz
Soalan:
SAYA selalu
mengikuti ruangan Kemusykilan Mualaf yang mana persoalannya dijawab oleh Ustaz
dan saya dapat memahaminya dengan jelas. Untuk pengetahuan Ustaz, saya kini
bekerja dengan sebuah syarikat Insurans Islam di Kuala Lumpur dan berkelulusan
dari Universiti Malaya. Saya mempunyai satu persoalan yang telah lama terbuku
di hati. Saya difahamkan Islam membenarkan seseorang itu mengekalkan nama
asal-nya (nama sebelum Islam). Saya juga masih mengekalkan nama asal saya
sehingga kini.
gambar hiasan
Soalan saya,
adakah mengekalkan nama asal itu dibolehkan tanpa syarat? Jika saya ingin
mengekalkan nama asal saya di dalam kad pengenalan, adakah dibolehkan? Tan Yong
Wei, Kuala Lumpur.
Jawapan:
Oleh
Muhammad Asri Hj. Azmi Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA)
Maktab
PDRM Kuala Lumpur. maha_1400@yahoo.com.my
Islam tidak
melarang umatnya yang baru memeluk agama Islam mengekalkan nama asalnya. Akan tetapi, jika nama asal seseorang itu mempunyai maksud
yang tidak baik seperti nama berhala atau nama-nama yang keji maka sebaiknya
nama itu ditukar kepada nama yang lebih baik dan indah kerana Islam menyuruh
umatnya memberi nama yang baik-baik. Nama yang baik akan menjadi doa
pada diri sendiri kerana nama yang dipanggil pada seseorang itu merupakan doa
baginya.
Dalam
undang-undang, dibolehkan MyKad. Jika saudara tidak menukarkan nama kepada nama
yang Islam, hal ini mungkin akan menimbulkan fitnah atau mengelirukan orang
ramai. Sebagai contoh, jika saudara mempunyai anak yang bernama Muhammad Fahmi
bin Tan Yong Wei, bukankah ia akan mengelirukan orang ramai kerana masyarakat
akan mengatakan ayah Muhammad Fahmi, bukan Islam. Di sini akan mula timbulnya
fitnah.
Oleh yang
demikian, saya mencadangkan agar saudara
menukar nama kepada nama Islam dan juga menukarkan status agama di dalam
MyKad kepada agama Islam untuk mcmudahkan sebarang urusan. Sekiranya saudara
ingin juga mengekalkan nama asal maka tidak mengapa tetapi saudara mesti
fikirkan untuk jangka masa panjang atau masa akan datang. Moga Allah memberkati
dan merahmati Saudara Tan Yong Wei. Teruskan mcmbaca Al Islam kerana banyak
ilmu dan manfaat yang akan saudara peroleh di dalamnya. O
AL ISLAM April 2010