Fiqh An-Nisa’
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Q-Selepas
bertengkar dengan suaminya, si isteri menceritakan tentang pertengkaran itu kpd
anak-anaknya. Secara tidak langsung telah memburuk burukkan si suami yang juga
bapa kpd anak anaknya. Apakah pandangan
Islam terhadap tindakan si isteri itu? Juga tindakan suami dan sikap anak anak.
A-Allah
berfirman mafhumnya: “Allah tidak suka
perkataan perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk
mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiaya. Dan (ingatlah)
Allah sentiasa Mendengar lagi maha Mengetahui.” (An-Nisa’ 4:148)
Berdasarkan
ayat ini, tidak harus sama ada isteri atau suami menceritakan hal pertengkaran
mereka kepada anak anak dengan tujuan untuk memburukkan ayah atau ibu mereka.
Pihak
yang berasa dizalimi sama ada suami atau isteri hanya boleh mengadu kpd pihak
yang boleh membantu menyelesaikan masalah atau membelanya seperti seorang
kaunselor, imam, mahkamah, orang tengah dan seumpamanya.
Namun,
sekiranya anak telah dewasa dan dikira boleh menjadi orang tengah yang berkesan
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapanya, tidak salah
berbincang dengan mereka dalam suasana dan semangat kekeluargaan, bukan
bertujuan mencari kesalahan atau keburukan mana mana pihak. Allahu A’lam
Q&A ISU #28