Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
22 July 2020
Fiqah Amali: Wanita Membotakkan Kepala
Fiqah Amali
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Wanita Membotakkan
Kepala
Bolehkah
wanita membotakkan kepala?
Jawapan:
Hukum wanita membotakkan kepala adalah makruh tanpa ada sebarang keperluan. Terdapat riwayat hadis yang menyatakan bahawa Nabi melarang wanita
mencukur kepalanya. Manakala untuk lelaki hukum
mencukur kepala adalah harus bagi
orang yang ingin membersihkan
kepala atau atas Tujuan lain.
Harus diingat, tidak
disunatkan mencukur kepala melainkan
untuk beberapa perkara:
1.Menunaikan haji.
2.Orang kafir memeluk Islam.
3.Akikah kanak-kanak.
Rambutnya ditimbang untuk ditimbang dan disedekahkan dengan
nilaian emas.
Solusi
ISU#62
Fiqah Amali : Pakaian daripada Kulit
Fiqah Amali
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Pakaian
daripada Kulit
Apakah
hukum memakai pakaian yang
diperbuat daripada kulit binatang?
Jawapan:
Pakaian yang diperbuat daripada
kulit binatang selain khinzir dan
anjing adalah harus dipakai setelah
dilakukan proses dibagh.
Hukum ini berdasarkan hadis:
”Setiap kulit yang disamak maka ia menjadi bersih." (Riwayat Abu
Dawud)
Kesimpulannya, pakaian yang
diperbuat daripada kulit binatang adalah
harus.
Solusi ISU#62
Fiqah Amali: Cuci pakaian dgn dry cleaning
Fiqah Amali
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Cuci
pakaian dengan Dry Cleaning
Bagaimana
dengan baju yang terkena najis yang dibasuh menggunakan mesin basuh mencuci
kering (dry cleaning)?
Jawapan:
Subscribe to:
Posts (Atom)