Fiqah Amali
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Cuci
pakaian dengan Dry Cleaning
Bagaimana
dengan baju yang terkena najis yang dibasuh menggunakan mesin basuh mencuci
kering (dry cleaning)?
Jawapan:
Utama mazhab Syafi‘i berpendapat penggunaan kaedah dry
cleaning untuk mencuci najis pada
pakaian adalah tidak bersih kerana ia adalah proses pembersihan secara kimia.
Mazhab Syafi‘i mensyaratkan air mutlak untuk
membasuh najis sepertimana syarat
untuk mengangkat hadas. Adapun mengikut pendapat mazhab Hanafi dan ulama Iain, pembersihan secara dry cleaning dibolehkan kerana ia bersifat penghilang. Mereka tidak mensyaratkan pembersihan najis
menggunakan air mutlak atau cecair yang boleh menghilangkan najis.
Pendapat ini lebih mudah diamalkan pada zaman penggunaan bahan kimia
dan boleh memudahkan orang ramai.
Bahkan tidak salah bagi penganut
mazhab Syafi‘i menggunakan pendapat
ini kerana kita perlu membersihkan
pakaian seperti kot dan sebagainya.
Solusi
ISU#62