TANDA TANDA ANDA
DISIHIR
Susunan: NOR MAZIAH
MAHMOOD
TANDA KETIKA JAGA
*admin: bacaan yang
baik untuk dijadikan panduan. Admin telah mengahadapi ‘first hand’ spt apa yang
ditulis dlm artikel ini. Boleh bersilat, bercakap bahasa cina & inggeris dgn lancar, bercakap dgn suara garau, nampak lintasan,
badan terasa gatal xhenti, rasa seperti ada benda bergerak dlm tubuh, keadaan
emosi yg tak menentu dan banyak lagi. Paling utama jangan berhenti berusaha
mencari kesembuhan. Yang paling utama semangat hendak sembuh perlu tinggi
kerana perawat terbaik adalah diri sendiri bukan ustaz yg merawat. Perawat cuma
perantara tetapi pesakit adalah doktor terbaik.
Gangguan
sihir bukan sahaja berlaku semasa tidur, tetapi ia juga boleh terjadi semasa
seseorang itu jaga.
Walaupun
manusia pada asasnya tidak boleh melihat jin, tetapi tidak mustahil berlaku sekiranya seseorang mempelajari ilmu
sihir. Malah mereka yang mengamalkan
sihir boleh melihat dan berkomunikasi dengan jin.
Kalaupun manusia dapat melihat jin, ia berlaku begitu pantas kerana
dipercayai makhluk ini takut kepada manusia terutama mereka yang warak. Lagipun ia dapat dilihat sekali imbas sahaja
menyebabkan seseorang itu tidak perasan benda sebenar yang dilihatnya.
Jin
dipercayai berupaya menjelma sebagai manusia, ular, jengking, burung dan
sebagainya. Jin tidak dapat dilihat
dalam bentuk asal kerana jasadnya ringan dan halus seperti angin. Sebab itu orang orang tua sering berpesan
jangan bunuh ular yang masuk ke dalam rumah. Dikhuatiri ia jelmaan jin.
Ganguan
sihir boleh berlaku semasa anda bersendirian di rumah seperti terdengar pintu
dibuka dan ditutup, suis lampu, air paip, bunyi orang naik tangga dan
sebagainya. Ada kalanya lampu mentol meletup sendiri.
Gangguan
bukan saja berlaku di rumah, ia boleh berlaku di pejabat, sekolah dan lain lain
tempat. Pesakit akan terasa benci untuk ke pejabat atau malas ke sekolah selain
menjadi pelupa. Seseorang yang terkena gangguan ada yang tercium bau kemenyan,
bangkai atau bau wangi tanpa diketahui dari mana datangnya.
Ada
mengalami sakit dibadan seperti dicucuk jarum ditengkuk, kepala atau
lengan. Seluruh badan terasa sakit terutama
bila mendengar laungan azan atau bacaan al-Quran.
Seseorang
yang terkena gangguan terasa gelisah, sedih atau terlampau gembira tanpa sebab yang
jelas. Dia sentiasa mengelamun, menyendiri dan lupa makan minum. Pesakit akan
berjaga waktu malam, meracau dan bercakap sendirian. Selain itu dia juga akan
memaki hamun, bersikap agresif dengan
menendang atau membaling barang.
Tidak
mengawal diri pada masa masa tertentu seperti mengantuk teramat sangat hingga
tidak sedarkan diri tetapi kembali normal tidak lama kemudiannya juga tanda
tanda adanya gangguan jin.
Kadang
kala pesakit terasa rendah diri, seakan dirinya diejek oleh orang lain atau
terasa semua orang merenungnya dengan pandangan yang buruk. Hidupnya terasa terpulau, dibenci oleh adik
beradik dan saudara mara.
Bagi
mereka yang memiliki kedai makan, kadangkala ada perasaan dengki dan khianat
dari pemilik kedai lain. Mereka akan
mengenakan sihir menyebabkan kedai yang maju dan ramai pelanggan ternampak
ulat, lalat atau binatang lain mengerumuni makanan. Padahal semua itu shir
untuk mengaburi mata pelanggan.
Selain
itu, mereka yang terkena gangguan sihir bila dibaca doa kepadanya akan
menunjukkan tidak balas atau reaksi seperti tangan mengeletar, menjerit,
menangis. Rasa sayu, mengadu sakit, hendak muntah, terasa benda bergerak dalam
tubuh dan sebagainya.
Pesakit
yang terkena gangguan sihir akan mengeluarkan suara yang lain dari suaranya
sebenar apabila bercakap. Malah pesakit tidak ingat apa yang dikatakannya dan apa
yang telah berlaku ke atasnya. Kadangkala Bahasa yang digunakan langsung tidak
difahami olehnya semasa dia dalam keadaan sedar.
Gangguan
sihir boleh terjadi bermacam macam cara. Orang yang tidak pandai bersilat boleh
bersilat dengan baik dengan bantuan jin. Orang yang baik boleh menjadi pembunuh
akibat diorongan jin dan syaitan, melakukan sesuatu di luar kehendak diri
sepeerti menghisap dadah, berzina dan meliwat.
Orang
Islam yang terkena sihir adakalanya tidak dapat menyebut dan membaca ayat ayat
al-Quran atau azan walaupu dia seorang bilal.
Biasanya pesakit menjadi lupa atau terasa sukar menyebutnya.
Selain
itu, pesakit akan merasa gelisah berpanjangan, semua yang dibuat rasa tidak
kena, badan rasa letih, berdebar debar, sedih silih berganti tanpa sebab.
Wawancara – Mei 2002
m/s
76-77