Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

05 February 2013

Alam Yang Dua: Hipnosis bukan kembara alam ghaib

FOKUS:
Interaksi Alam Ghaib
Hipnosis bukan kembara ke alam ghaib!
 
 
PEJAMKAN mata anda. Fokuskan minda anda. Bayangkan anda berada dalam satu terowong yang amat terang. Teruskan  perjalanan  anda sehingga anda menemui cahaya di hujung terowong. Pergilah ke sana kerana anda mungkin dapat menemui jawapannya!
 
Anda mungkin salah seorang yang menghadapinya. Kalau tidak anda, kawan, saudara mara, adik-beradik atau sesiapa sahaja di sekeliling anda mungkin pernah menceritakan keadaan yang serupa. Apa sebenarnya? Adakah ia realiti atau fantasi? Atau mungkinkah juga ia satu permainan minda untuk melepaskan anda dari belenggu tekanan yang anda hadapi. Apa pun kaedah rawatan yang anda terima, persoalan utamanya, mampukah manusia menjelajah ke satu alam lain yang cukup asing. Bagaimana pula dengan kaedah hipnosis yang dikatakan agak mirip dengan kaedah penjelajahan alam ghaib? Dengan erti kata lain, membawa seseorang ke suatu alam lain untuk mencari jawapan pada permasalahan yang dihadapi. Benarkah?
 
"Itu tidak pernah berlaku," begitu ujar Presiden Akademi Hipnosis Malaysia, Dr. Hilminiry Had Sabtu ketika diutarakan persoalan tersebut. Dr. Hilminiry tidak menafikan, ramai yang salah faham terhadap kaedah rawatan tersebut. Katanya, hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya atau pun menghipnotisnya ketika itu.
 
Tambahnya lagi, hipnosis juga ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan mengadaptasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua-dua pihak. Selalunya digunakan untuk tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
 
"Jangan salah faham atau terkeliru. Hipnosis bukan rawatan yang boleh membawa seseorang itu berada ke alam lain atau alam ghaib. Sebabnya hipnosis bermain dengan minda separa sedar seseorang melalui kaedah pusingan gelombang otak (CTS)," katanya. Jelas Dr. Hilminiry, hipnosis, berurusan terus dengan penyebab sesuatu masalah, Kaedahnya, dengan menghilangkan penyebabnya maka secara automatik masalah yang timbul akan hilang atau disembuhkan.
 
 Gambar Hiasan
 
Justeru, dalam rawatan hipnosis, apa yang difokuskan ialah minda seseorang. Secara saintifik, minda manusia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu minda sedar (conscious mind), minda separa sedar (subconscious mind) dan minda di luar sedar (unconscious mind).
 
Menurut Dr. Hilminiry, untuk menentukannya, ia diukur melalui bacaan CTS. Dalam minda manusia katanya, terdapat empat gelombang iaitu beta, alpha, theta, dan juga delta. Bacaan CTS bagi gelombang beta ialah 14-40 pusingan sesaat. Manakaia alpha 8-134 CTS, theta, 4-7 CTS dan delta 1-3.5 CTS. Untuk mencapai bacaan geiombang-geiombang tersebut pula, maka teknik pernafasan digunakan.
 
"Hipnosis suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi. Hipnosis juga adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesedarannya, yang dcapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari beta menjadi alpha dan theta.
 
"Di sinilah masa yang paling sesuai untuk diungkapkan saranan-saranan positif Saranan-saranan positif inilah akhirnya akan membentuk karakter manusia. Apabila kembali sedar, maka 88 peratus dari saranan positif itu akan dapat menguasai diri seseorang manakaia 12 peratus hanya bersandarkan pada pengetahuannya pada minda sedar mereka. Minda separa sedar menguasai emosi dan naluri seseorang," ujarnya.
 
Berbalik kisah pengamalan zikir oleh ibu malang yang kehilangan tiga anak sekali gus dalam tragedi 'kepala air' di hutan rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan, Dr. Hilminiry tidak menafikan, kaedah zikir yang diamal-kan boleh membawa seseorang itu berada dalam keadaan minda separa sedar. Dan apabila seseorang berada pada tahap tersebut, maka dia akan lebih memfokuskan perhatiannya.
 
Zikir ujarnya adalah alat untuk mendorong seseorang itu untuk memusatkan perhatiannya atau mindanya. Oleh itu apabila seseorang itu sudah memusatkan perhatiannya pada bacaan lafaz zikir tersebut, maka dengan mudah seseorang itu mengawal emosinya.
 
"Dengan berzikir ia mampu menurunkan gelombang beta ke alpha dan theta. Ketika itu seseorang akan merasa cukup tenang dan fokus. Dan inilah masa terbaik untuk memberikan saranan-saranan positif yang akan terbentuk dalam naluri dan emosi seseorang," ujarnya.
 
Al Islam Ogos 2011
 
Link Tambahan
http://hipnosismalaysia.blogspot.com
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.