Menangislah kerana
takut Allah
Oleh Detik Islam
Mengapa kadang-kadang kita
menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni
fitrah menangis?
Seorang bayi sejak lahir ke dunia
ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga
menangis. Maka menangis
adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan
orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya.
Akan tetapi terdapat beberapa
kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang orang jahil tersebut.
Dalam al-Quran
menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa
menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Beberapa pakar psikologi
melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"
Seperti dilaporkan dari laman
Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda
menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan
bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama,
hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas
menangis ).
Ahli psikologi dari University of
South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang
menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan
mereka.
Sebaliknya, tercatat bahawa
sekitar satu pertiga daripada 3,000 orang yang mengikuti kajian tersebut,
perasaan mereka tidak baik selepas menangis. Hasil kajian ini diterbitkan dalam
American Journal of Psychology - mengaitkan antara manfaat menangis dengan
tempat dan waktu menangis tersebut. Kajian ini melihat bahawa menangis
memberikan kesan menenangkan, seperti pernafasan yang menjadi lambat dan hal
ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan
bahawa hal inilah menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang positif
selepas menangis dan menghidari perasaan tegang.
Para penyelidik melakukan
penyelidikan mengenai tangisan di makmal dan mereka mendapati bahawa kebanyakan
hasilnya adalah perasaan yang buruk. Mereka merumuskan bahawa sebabnya adalah
keadaan tegang, imaginasi dan pemantauan. Hal-hal demikian akan menimbulkan
perasaan-perasaan negatif yang menghalang kebaikan yang positif berkaitan
dengan menangis.
Kajian ilmiah ini menguatkan apa
yang ada dalam kajian sebelum ini, tentang manfaat menangis yang dirasakan oleh
para penyelidik di bidang psikologi. Namun para penyelidik tersebut tidak
mengetahui cara menangis yang betul dan berkesan!
Menangis kadang-kadang boleh
menjadi ubat untuk banyak penyakit, tetapi dengan syarat bahawa tangisan
tersebut disebabkan rasa takut kepada Allah. Dan itulah yang dikhabarkan
al-Quran, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang beriman
yang khusyuk 'yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman Allah, apa reaksi
mereka? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang mereka:
dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Israa' : ayat 109)
Lihatlah bagaimana penjelasan
Ilahi ini mengaitkan antara menangis dengan khusyuk. Maka kedua-duanya adalah
cara yang terbaik untuk mengubati penyakit mental.
Menangis disebabkan rasa takut
kepada Allah menambah kekhusyukan dan ketakutan kepada Allah pada diri seorang
yang beriman, dan membuatnya lupa kepada kesedihan, dan kebimbangan-kebimbangan
lain.Mengapa hal ini terjadi? Orang yang dipengaruhi oleh firman Allah dan
membayangkan kegerian hari kiamat serta mengingat kebesaran Sang Pencipta,
nescaya akan dapat menghindari masalah dan kesedihan yang dihadapinya sehingga
dia lupa akan masalahnya.
Ini adalah langkah pertama dalam
proses menyelesaikan masalah apapun yang dihadapi iaitu dengan melihat masalah
ini sebagai sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan sehingga dengan demikian
dia akan mudah menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini telah ditegaskan
oleh pakar psikologi dan program neuro-linguistic tentang penyelesaian masalah
dan kesukarannya.
Oleh itu, Allah menyebutkan
berkaitan "menangis" pada beberapa ayat di dalam al-Quran. Dia menjadikannya
sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai indikasi
kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang Pencipta, Yang Maha Berkuasa.
Allah berfirman:
“Maka patutkah kamu merasa hairan
terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali
kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang
kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
Oleh hal yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah
menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh-penuh
tauhid).”(Surah An-Najm: ayat 59-62)
Maka dalam nas al-Quran ini,
Allah memerintahkan kita untuk menangis kerana takut kepada-Nya dan agar kita
menjauhi perkara sia-sia serta menjauhi banyak ketawa. Hal itu tidak menghalang
kita daripada tersenyum yang juga tergolong sebagai ubat (untuk mengubati
kesedihan dan masalah).
Sesungguhnya menangis,, khusyuk,
dan doa adalah resipi yang bagus untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon
kepada Allah agar menjadikan kita termasuk antara golongan yang Allah berfirman
tentang mereka:
"... Sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan)
perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan
cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. " (Surah
al-Anbiyaa : ayat 90)
Oleh itu, perlunya kita pada
zaman ini berdoa, khusyuk, dan tangisan yang disebabkan kerana rasa takut
kepada Allah.
Semoga Allah melepaskan kesedihan
kita dan memberikan kesabaran kepada kita kerana tidak ada pemberian daripada
Allah yang lebih luas berbanding kesabaran sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/12/menangislah-kerana-takut-allah.html#more
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2012 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.