Pelihara Burung di dalam Sangkar Soalan: Apakah hukum memelihara burung dengan meletakkannya di dalam sangkar? Bukankah perbuatan tersebut menzalimi burung yang sepatutnya terbang bebas di udara? Jawapan: Hukum memelihara burung di dalam sangkar adalah harus. Perbuatan tersebut tidak dikira menzalimi burung kecuali jika makan dan minum burung tersebut tidak dijaga dengan baik. Burung tidak semestinya perlu dilepaskan untuk terbang bebas kerana burung merupakan ciptaan Allah s.w.t. untuk manusia. Manusia boleh mengambil faedah daripada burung contohnya dengan suaranya yang merdu, kecantikan fizikal serta bulunya dan Iain-Iain. Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah untuk manusia. Jika di-katakan memeliharanya dengan meletakkan di dalam sangkar adalah zalim, maka menyembelihnya juga zalim. Begitu juga dengan mengurung ayam di dalam reban serta menambat lembu, kambing, unta dan binatang lain di tiang atau pokok. Jika ada yang menyatakan burung sepatutnya terbang bebas, begitu juga halnya dengan binatang lain seperti ayam, kambing, lembu, kuda dan Iain-Iain yang sepatutnya dibiarkan hidup bebas. Kesimpulannya, memelihara burung di dalam sangkar tidak zalim jika dijaga keperluan makan minum haiwan tersebut dengan sempurna. SOLUSI ISU 45
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.