Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

04 March 2013

Soal Jawab Solat: Ganti Solat Sunat Masjid dengan Tasbih

Mengantikan Sunat Tahiyat dengan Tasbih
Soal Jawab SOLAT
Bersama
 USTAZ FADZLI AL YAMANI

Menggantikan Solat Sunat Tahiyat al-Masjid dengan Tasbih
 
Soalan:
 
Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa menggantikan solat sunat tahiyat al masjid dengan tasbih? Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat tahiyat al masjid lagi setelah dia duduk?
 
 
Jawapan:
 
Solat sunat tahiyat al-masjid dianjurkan sendiri oleh Baginda s.a.w. setelah memasuki masjid. Ia dilaksanakan sebanyak dua rakaat ataupun lebih. Sekiranya seseorang itu tidak melakukan solat tersebut, maka dia boleh membaca zikir albaqiyat al-sai'i'hat sebanyak empat kali. Bacaannya seperti yang dikatakan oleh pengarang kitab Safwah al-Zubad'.
 
Jika seorang itu masuk ke dalam masjid dan terus duduk sama ada sengaja atau lupa dalam kadar yang lama (iaitu melebihi dua rakaat solat), maka terluputlah dia daripada solat tahiyat al-masjid. Tetapi jika duduk kerana lupa dengan kadar yang sebentar, maka dia boleh bangun dan menunaikan solat tahiyat al-masjid selepas dia ingat.
 
Tidak dikira sebagai solat tahiyat al-masjid bagi solat satu rakaat, solat jenazah, sujud syukur dan sujud tilawah. Solat tahiyat al-masjid tetap boleh dilaksanakan walaupun setelah seseorang itu melakukan sujud syukur dan sujud tilawah. Solat tahiyat al-masjid juga boleh dilaksanakan sama ada pada solat fardu atau solat sunat.
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.