Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
28 November 2013
Soal Jawab Agama: ....... hanya orang Islam masuk Syurga??
Soalan
Benarkah hanya orang Islam yang
masuk syurga?
Jawapan:
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih adalah jelas
bahawa hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh berdasarkan ajaran
Islam yang dibawa oleh para rasul Allah yang berhak memasuki syurga di akhirat kelak,
dengan izin dan rahmat Allah.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya
Allab akan memasukkan
orang-orang yang
beriman dan
mengerjakan
amalan-amalan soleh
ke dalam syurga-syurga
yang mengalir
dibawahnyasungai-sungai..."
(surah al-Hajj, ayat 14).
Dalam konteks ini juga perlu dijelaskan bahawa dengan terutusnya Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai rasul Allah yang terakhir kepada umat manusia sehingga
hari kiamat maka hanya syariat Islam yang dibawa oleh baginda s.a.w. dianggap
sebagai ajaran Islam yang diperakui sah dan benar di sisi Allah, bukannya
ajaran rasul-rasul terdahulu. Menurut para ulama, pengingkaran terhadap risalah
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pengingkaran terhadap
ajaran Islam (agama Allah) secara keseluruhannya.
Hakikat ini dapat difahami melalui firman Allah yang bermaksud,
"Dan
sesiapa
yang mencari
selain daripada
Islam sebagai agama,
maka tidak akan
diterima
darinya dan dia di
akhirat kelak
termasuk kalangan
merekayang rugi."
(Surah Ali Imran, ayat
85).
Dan begitu juga hakikat yang sama dapat difahami daripada sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud,
"Demi Allah yang nyawa Muhammad di dalam
tangan-Nya, tidak ada seorang pun daripada umat ini yang telah mendengar
mengenai aku (kedudukan aku sebagai rasul Allab), dan tidak juga daripada
kalangan Yahudi mahupun Nasrani, lain dia mati dalam keadaan tidak beriman
dengan risalah yang aku bawa (Islam dan al-Quran), melainkan dia adalah penghuni
neraka." (Hadis riwayat Muslim).
Justru, berdasarkan keterangan yang jelas di dalam al-Quran dan
al-sunah, kenyataan bahawa 'hanya orang Islam yang akan memasuki syurga' adalah
benar dan tidak tersasar. Bagaimanapun, semua ini akan hanya berlaku dan terlaksana
melalui limpahan kasih dan rahmat Allah semata-mata.Wallahualam. ©
AL ISLAM April 2009
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi
kredit line kepada mereka .
Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya