Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

28 November 2013

Soal Jawab Agama: Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?

Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?

Soalan:
 
 
Sama ada seseorang akan ke syurga atau neraka adalah ketentuan Allah, tctapi boleh kita membuat perkiraan mengikut ciri-ciri ahli syurga dan neraka yang dijclaskan dalam al-Quran dan hadis?
 
Jawapan:
 
Memang benar bahawa memasuki syurga atau terhumbannya seseorang di dalam neraka merupakan keten­tuan Allah, tetapi Allah melalui rahmat, kebijaksanaan dan keadilanNya, telah menentukan jalan-jalan yang boleh membawa seseorang ke syurgaNya, iaitu dengan mclakukan amalan-amalan soleh. Begitu juga jalan-jalan yang boleh mengheret seseorang ke nerakaNya, iaitu kerana melakukan amalan amalan yang dimurkai Allah.
 
Kerana itu, sccara prinsipnya, seseorang itu diwajibkan berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan-amal­an yang akan melayakkan dirinya untuk menjadi calon ahli syurga. Kita perlu bersungguh-sungguh melakukan amalan-amalan soleh yang disebut oleh al-Quran sebagai amalan-amalan yang akan membawa seseorang ke syurga. Inilah batasan usaha dan ikhtiar yang perlu dilakukan oleh kita sebagai hamba Allah di dalam kesempatan hidup yang diberikan ini, dan tidak sekali-kali berserah pada takdir dan berputus asa walau scbesar mana pun dosa atau kesilapan yang pcrnah dilakukan.
 
Bagaimanapun, menurut mazhab Ahli Sunah Waljamaah, apabila seseorang itu memiliki ciri-ciri sebagai seorang ahli syurga, iaitu dengan melihat kepada amalan-amalan lahiriahnya (yang menepati sifat-sifat murni yang dianjurkan oleh al-Quran), maka kita tidak menyatakan secara pasti (membuat jaminan) bahawa dia pasti memasuki syurga.
 
Ini adalah kerana hanya Allah yang tahu nilai scbenar amal-amal soleh yang dilakukan oleh seseorang di mana mungkin apa yang dilihat oleh mata kasar kita adalah berbeza dengan apa yang tersembunyi di dalam dada orang tersebut (seperti wujudnya perasaan riak, ujub dan takbur dan sifat-sifat terccla lain, yang akan mengundang kemurkaan Allah kepada dirinya).
 
Sungguhpun begitu, di dalam hal ini, kita akan scntiasa mendoakan kebaikan untuk orang tersebut (sremoga amalannya akan diterima ALLAH), dan mcngharapkan dengan penuh keikhlasan agar dia tergolong daripada kalangan ahli syurga di akhirat kelak.
 
Di dalam hal ini, menurut para ulama Ahli Sunah Waljamaah, hanya mereka yang diberi jaminan secara jelas oleh Nabi s.a.w. sebagai 'bakal penghuni syurga' sahaja yang kita dapat menyatakan secara pasti (tanpa keraguan) bahawa mereka adalah ahli syurga. Contohnya, sepuluh para sahabat yang diberi jaminan oleh Nabi s.a.w. sebagai ahli syurga dan juga secara umumnya, kesemua sahabat-sahabat Nabi s.a.w. lain, yang merupakan golongan al-muqarrabun (yang dihampirkan kepada Allah kerana ketinggian ketakwaan mereka).
 
Imam al-Tahawi menyatakan, "...yang jelasnya ialah kita menyaksikan (memperakukan) sebagai ahli syurga terhadap setiap orang mukmin yang terdapatnya nas (dalil al-Quran atau al-sunah) yang menyatakan, bahawa dia adalah ahli syurga. Dan perkara seperti ini (jaminan sebagai alili syurga), hanya terbatas kepada para sahabat Nabi s.a.w. sahaja (kerana jaminan tersebut hanya boleh dibuat oleh Nabi s.a.w.). Adapun orang-orang mukmin yang datang selepas mereka maka tidak dapat dinyatakan secara pasti bahawa dia adalah ahli syurga. Bagaimanapun, kita sentiasa berdoa agar mereka (kesemua umat Islam yang beramal soleh termasuk diri kita sendiri) termasuk daripada kalang­an ahli syurga, dan kita mengharapkan yang demikian untuk mereka..." Wallahualam. Q
 
AL ISLAM   Mac 2009
<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul

bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.