Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 January 2015

MURTAD: Salah ibu bapa atau ...........??

"Saya tidak mahu hidup sebagai seorang Islam "
ISU MURTAD
Oleh:
Nor Shamsinor Baharin

“ Saya tidak mahu hidup sebagai seorang Islam. Saya  akan   memperjuangkannya sampai saya mati. Biar bertahun saya terpaksa menunggu, saya tidak mahu kubur saya dan anak sulung perempuan saya, terpisah hanya kerana nama saya dan anak saya Islam.


"Dari kecil sampailah saya telah berkahwin, saya tidak pernah mengamal-kan Islam. Bagaimana saya nak hidup sebagai seorang Islam? Tolonglah, saya tidak pernah kenal apa itu Islam," kata wanita berketurunan India itu, sambil merayu.

Rintihan Normala (bukan nama sebenar) diluahkan tatkala wartawan AL ISLAM mendekatinya dan bertanya mengapa dia membuat permohonan untuk keluar daripada Islam. Sambil menyifatkan ia sebagai satu ketidakadilan terhadap dirinya, serta anak sulungnya, Normala bercerita, nama Islam yang tertera di dalam surat beranaknya dan anak perempuannya, menyebabkan hidup mereka dirundung kekeliruan dan kepayahan berterusan.

Normala yang kini menetap di Negeri Sembilan mengakui, dia seme-mangnya dilahirkan sebagai seorang Muslim. Ibunya, seorang penganut Hindu, telah memeluk Islam ketika berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim. Bagaimanapun, setelah dia dan kakaknya dilahirkan, berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka; Normala ditinggalkan bersama keluarga India yang menganut agama Hindu, konon-nya untuk seketika. Namun sehingga kini, kelibat ibu bapa serta kakaknya tidak muncul muncul, menyebabkan Normala tidak pernah mengenal Islam.

Lebih menyedihkan, kesempitan hidup keluarga yang mempunyai anak seramai 10 orang itu menyebabkan Normala tidak dapat bersekolah, dan terpaksa berkahwin awal. Berkahwin adalah salah satu cara untuk meringankan beban keluarga angkatnya. Jodoh-nya pula, seorang pemuda India, dan majlis perkahwinan mereka berlangsung mengikut istiadat masyarakat Hindu.

Sehingga artikel ini ditulis, Normala tidak dapat mendaftarkan perkahwinannya ekoran status namanya sebagai seorang Muslim dan beragama Islam. Sungguhpun begitu, hasil perkahwinan tersebut, Normala dikurniakan tiga orang cahaya mata, di mana anak sulungnya didaftarkan atas nama Islam, manakala dua lagi mendapat pengiktirafan sebagai beragama Hindu.

Atas dasar memperjuangkan 'hak-nya' yang mengamalkan ajaran Hindu sepenuhnya, dan tidak mahu ‘berpisah’ kubur dengan suami serta dua anaknya Normala nekad membuat permohonan untuk 'keluar Islam' di Mahkamah Tinggi Syariah.

Bagi Normala dan anak sulungnya, nama Islam yang tercatat di sijil kelahiran dan kad pengenalan mereka merumitkan pelbagai urusan. Anaknya, Siti Hasanah, 10, hidup dalam keadaan tertekan kerana menggunakan nama seorang Muslim. Pernah dia dimarahi oleh guru sekolah kerana enggan mengikuti kelas agama. Sekalipun menyatakan bahawa dia bukan beragama Islam, namun tiada siapa yang mempercayainya ekoran nama di surat beranak tertera Siti Hasanah binti Abdullah, dan ibunya dicatat berstatus 'beragama Islam'. Manakala di bahagian nama bapa tercatat 'tidak diperoleh'.

Normala dan anaknya mempunyai sebab untuk membuat permohonan keluar daripada Islam. Namun kedua-duanya akur, permohonan perlu dibuat kerana itulah yang diperuntukkan undang-undang.

Melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan), tertera bahawa hanya Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai hak untuk melakukan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam.

Dalam Seksyen 119 enakmen tersebut dinyatakan, seseorang itu tidak boleh keluar daripada agama Islam, atau disifatkan meninggalkan agama Islam melainkan jika, dan sehingga dia memperoleh satu pengisytiharan bagi maksud itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru, dalam hubungan ini, bagi setiap permohonan, selagi mana ia tidak diisytiharkan, maka individu terbabit masih dianggap seorang Muslim.

Sungguhpun begitu, setiap permohonan keluar Islam harus melalui beberapa prosedur sebagaimana tertakluk di dalam seksyen yang sama. Penolong Mufti Negeri Sembilan, Ahmad Zaki Hamzah, menjelaskan, Mahkamah Tinggi Syariah akan menangguhkan permohonan tersebut, dan bagi setiap permohonan individu terbabit akan dirujukkan ke JabatanMufti sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Ujarnya, tertera melalui Seksyen 119, seseorang itu tidak boleh keluar daripada agama Islam, atau disifatkan meninggalkan agama Islam melainkan jika dan sehingga dia memperoleh satu pengisytiharaan bagi maksud itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru, bagi setiap permohonan, selagi mana ia tidak diisytiharkan, maka individu terbabit masih seorang Muslim.

Jabatan Mufti diberi tugas untuk mengenal pasti permasalahan bagi setiap permohonan yang dibuat, dan menjalankan beberapa prosedur sehingga sesuatu permohonan boleh diluluskan.

"Dengan adanya prosedur ini, maka usaha 'pengislahan' boleh dilakukan kerana tempoh yang diberikan, memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh individu terbabit," katanya.

Zaki mengakui, melalui prosedur yang diperuntukkan di bawah Seksyen 119, sebanyak 7.5 peratus daripada permohonan yang dibuat berjaya dipulihkan akidahnya, sekali gus menarik balik permohonan untuk murtad.

"Saya tidak dapat menyatakan angka yang membuat permohonan tersebut kerana ia sulit. Cukuplah jika saya nyatakan, 7.5 peratus daripadanya berjaya 'dipulihkan'. Dan kita bersyukur, dengan adanya Seksyen 119 ini, kita dapat membantu memulihkan akidah mereka.

"Mereka sebenarnya masih menjadi hak kita kerana beragama Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memulihkan akidah, dan melaksanakan dakwah secara wajib kepada mereka," katanya.

Ahmad Zaki juga mengakui, kebanyakan permohonan murtad yang diterima berpunca daripada keruntuhan institusi rumah tangga. Katanya, ia berlaku apabila berlaku perceraian, dan anak-anak yang dibela sama ada oleh isteri atau suami, diserahkan kepada keluarga, atau keluarga angkat yang tidak beragama Islam.

Misalnya, dalam kes Normala, wanita itu tidak boleh dipersalahkan kerana 30 tahun dia hidup dan dibesarkan di dalam keluarga yang tidak beragama Islam. Bagaimanapun katanya, "Apabila dia membuat permohonan, menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka. Kita berusaha, kerana kita yakin bahawa hidayah itu adalah hak dan kerja Allah.

"Saya yakin, kerja-kerja dakwah ini bukan hanya terletak kepada pundak mereka yang bekerja di jabatan agama Islam. Sebaliknya menjadi tanggung¬jawab semua yang beragama Islam. Oleh itu, sekiranya kita dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), yang kebanyakannya berhadapan dengan kekangan kewangan, tetapi mempunyai jiwa dakwah, kita dapat membantu mengurangkan permohonan untuk murtad," katanya. ©


Al Islam Februari 2009