Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

13 January 2015

Murtad: Pengalaman Cikgu Adnan

Pengalaman pahit Cikgu Adnan

EMPAT kisah yang dibawa kepada pembaca oleh AL ISLAM di dalam artikel sebelum ini, mengiakan apa yang pernah dialami oleh pendakwah bebas yang bertugas sebagai sukarelawan membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengislahkan akidah mereka yang memohon keluar Islam.



Cikgu Adnan atau nama sebenarnya Mohd. Adnan Abdullah, tidak menafikan, sikap alpa terhadap saudara baru antara punca yang mendorong mereka kembali kepada agama asal. Lebih merumitkan lagi usaha memujuk golongan terbabit untuk kembali kepada agama Islam ialah sikap tidak endah umat terhadap mereka, umpama berkata, "lantaklah kau nak buat apa," seusai majlis pengislaman.

Apa pun jelas Cikgu Adnan, itu bukanlah satu-satunya faktor yang mengakibatkan ramai saudara baru memohon untuk murtad. Banyak lagi faktor yang perlu diberi perhatian. Antaranya, kegagalan dalam perkahwinan, dan anak diserahkan kepada orang yang bukan beragama Islam.

Namun terkini perkahwinan di antara warga Pakistan yang datang sebagai peniaga permaidani dengan wanita-wanita bukan Islam yang kemudiannya memeluk Islam, juga dilihat faktor yang menyumbang.

Jelas Cikgu Adnan, kebanyakan mereka mengahwini wanita-wanita berkenaan dengan tujuan mendapat-kan visa murah, dan apabila tiba masa mereka pulang ke negara asal, wanita-wanita ini akan ditinggalkan. Akibat-nya, anak-anak yang dihasilkan melalui ikatan perkahwinan. tersebut akan diserahkan kepada keluarga wanita yang bukan beragama Islam itu, dan mereka dibesarkan dalam suasana ajaran keluarga asal. Selalunya tindakan tersebut diambil kerana wanita tersebut tidak mampu menyara anak-anak tersebut ekoran ditinggalkan suami.

Malangnya, apabila masyarakat Islam, dan jabatan atau institusi Islam tidak prihatin terhadap masalah ini, atau tidak ambil endah mengenainya, wanita dan anak-anak tersebut tidak teragak-agak untuk kembali ke agama asalnya.

"Kebanyakan mereka yang memohon keluar Islam bukan untuk mencari kebenaran. Sebaliknya faktor-faktor inilah yang membuatkan mereka nekad untuk kembali mengamalkan ajaran asal keluarga mereka," kata Cikgu Adnan.

Cerita Cikgu Adnan, pengalaman dirinya sudah cukup untuk dijadikan iktibar. Sebagai saudara baru, dia tidak terkecuali menerima nasib tidak dipedulikan, baik oleh institusi agama mahupun masyarakat Islam.

Katanya, "Ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam, begitulah keadaan saya. Namun mujur saya mempunyai kawan-kawan yang beragama Islam di sekeliling saya. Bagi yang kuat, mereka akan meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Tapi bagi yang lemah, kembali kepada ajaran asal adalah penyelesaiannya."

Dalam hubungan ini, ujar Cikgu Adnan, masyarakat atau institusi harus peka terhadap keperluan saudara baru. Katanya, tidak semua yang masuk Islam itu kerana mengharapkan bantuan. Mungkin ia hanya melibatkan 10 ke 20 peratus sahaja. Tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan mereka dipantau sekerap yang mungkin.

"Mereka telah melakukan pengorbanan yang besar sehingga sanggup meninggalkan keluarga, mak dan ayah serta agama mereka untuk memeluk Islam. Tetapi sejauh mana kita sebagai umat Islam boleh menggantikan mak dan ayah mereka?

"Hubungan kemanusiaan, rasa kekeluargaan, pembinaan kasih sayang dan pemantapan akidah perlu diberi perhatian serius. Jangan kita hanya meraikan saudara baru hanya ketika mereka mengucapkan syahadah dan kemudiannya, pandai-pandailah mereka membawa diri," ujarnya kesal.

Apa pun Cikgu Adnan juga tidak menafikan, prejudis umat Islam yang melihat saudara baru yang memeluk Islam hanya untuk mendapatkan bantuan, membuatkan golongan ini tidak diterima secara terbuka. Sebaliknya mereka akan disisihkan.

Justeru dalam hal ini, Cikgu Adnan melihat peranan dan kerjasama masyarakat Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan institusi agama, mampu menangani masalah ini. ©

Artikel berkaitan




Al Islam Februari 2009