Anekdot
Wali Allah
Bermimpikan
Nabi Muhammad
Bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. bukanlah perkara baharu. Bahkan para ulama, orang soleh dan
wali Allah telah lama bermimpi bertemu dengan baginda dalam situasi yang
berbeza-beza. Antaranya Imam as-Syafi'i, al-Junaid dan Abu Bakar Muhammad
al-Kattani.
1. Imam Syafi'i mimpi hirup air liur Nabi
Muhammad
IMAM as-Syafi'i berkata: "Aku telah bermimpi melihat junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia
tujuh tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Syafi'i,
adakah engkau tahu siapa aku?"
Lalu aku menjawab: "Aku
dari-padamu dan engkau daripadaku, ya Rasulullah!" Jawapan Imam Syafi'i
adalah berdasarkan beliau adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. daripada
datuknya Abdul Manaf.
"Kemudian junjungan
Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur
air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di
antara langit dan bumi yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas.
Ketika aku gementar, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah
jantungku dan terpancarlah ilmu daripada batinku!"
Sejak itulah Imam Syafi'i
kuat daya ingatannya dan cerdas akalnya. Semasa dewasa, sekali lagi Imam
Syafi'i bermimpi Nabi Muhammad.
"Aku telah bermimpi
berjumpa Rasulullah s.a.w. lantas aku bertanya: Wahai Rasulullah, ganjaran apa
yang seharusnya diberikan kepada Imam Syafi'i terhadap ucapan selawat dan
salamnya yang terdapat dalam kitab al-Risalah (Wa Solallahu'ala Muhammad
Kullama 'akarahul Zakirun. Waehafala'an Zikrhil Ghafilun)."
Rasulullah menjawab:
"Sebagai balasannya, dia dibebaskan dari hisab!"
2.
Al-Junaid mimpi Nabi Muhammad suruh bersyarah
SYEIKH Junaid al-Baghdad
se-orang ulama sufi yang paling awal menyusun kitab tasawuf berserta
ijtihadnya. Beliau seorang yang zuhud meskipun memiliki gedung perniagaan yang
besar di kota Baghdad. Ceramahnya menarik ribuan orang di masjid dan kuat
berpegang pada sunah Nabi. Dalam satu kisah, al-Junaid menceritakan bahawa
gurunya, al-Saqti memerintahkan al-Junaid menyampaikan syarahan.
"Jawabku, aku tidak
boleh menyampaikan syarahan jika guruku itu ada di sisiku! Pada malam itu aku
bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyuruh-ku menyampaikan
syarahan.
"Esoknya semasa aku
bersiap hendak berjumpa guruku bagi menceritakan mimpiku itu, guruku telah
berada di pintu rumahku.
"Hingga sekarang kamu
mahu seseorang menyuruhmu memberikan syarahan, jika tidak kamu tidak akan
berbuat demikian!" soal guru al-Junaid.
"Aku hairan dan bertanya
kepada guruku, bagaimana dia tahu aku bermimpi Nabi Muhammad s.a.w. Jawab guruku:
Allah memberitahuku yang Dia (yakni Allah) telah mengutus Nabi-Nya untuk
meminta al-Junaid menyampaikan syarahan di khalayak ramai.
"Sejak itu mulalah aku
bersyarah dengan tidak kurang empat puluh orang dalam majlis syarahan itu.
Saban hari syarahanku kian berkesan sehingga dalam satu syarahan, lapan belas
orang telah mati mendengar syarahanku. Oleh itu aku telah berhenti daripada
memberikan syarahan kerana aku juga akan mati kelak!"
3.
Abu Bakar al-Kattani bermimpi Rasulullah mendamaikannya dengan Sayidina Ali
ABU Bakar Muhammad al-Kattani
lahir di Baghdad. Beliau
merupakan salah seorang murid
al-Junaid. Abu Bakar menunaikan haji di Mekah dan menetap di sana sehingga
wafat pada tahun 322 Hijrah bersamaan dengan 934 Masihi. Abu Bakar ada menulis
catatan tentang pengalamannya berjumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w.
"Aku cemburu kepada
Sayidina Ali. Nabi mengangkat Ali sebagai pahlawan sejati!"
Kecemburuan Abu Bakar
al-Kattani ini tidaklah menghairankan kerana Ali juga dikatakan sebagai pintu
ilmu dan kotanya adalah Rasulullah sendiri. Abu Bakar al Kattani mempunyai
sebuah rumah di antara Safa dan Marwah. Di rumah itulah Abu Bakar al-Kattani
bermimpi melihat Nabi bersama-sama para sahabat yang dikasihinya.
Apabila melihatkan Abu Ba-kar
al-Kattani hadir, Nabi lantas mendapatkan beliau lalu memeluknya. Kemudian
sambil baginda menunjuk ke arah Abu Bakar, Rasulullah bertanya: "Siapakah
dia?"
Abu Bakar al-Kattani
menjawab: "Dialah Abu Bakar as-Siddiq!"
Kemudian Nabi menunjuk
ke-pada Umar. Abu Bakar al-Kattani menjawab: "Umar al-Khattab!"
Seterusnya Nabi menunjuk pula kepada Usman. Abu Bakar al-Kattani berkata:
"Usman bin Affan!"
Akhir sekali Nabi menunjuk
kepada Ali. Abu Bakar al-Kattani merasa sangat malu untuk menjawab kerana
selama ini dia menaruh perasaan cemburu kepada Sayidina Ali. Kemudian Nabi
Muhammad s.a.w. mendamaikan antara Abu Bakar al-Kattani dan Sayidina Ali
sehingga mereka saling berpelukan. Setelah itu semuanya meninggalkan tempat itu
melainkan Abu Bakar al-Kattani dan Sayidina Ali.
"Mari kita pergi ke
Gunung Abu Qubais!" ajak Sayidina Ali.
Abu Bakar al-Kattani dan Ali
pun pergilah ke sana, sampai ke puncak Gunung Abu Qubais. Di sana Abu Bakar
al-Kattani dan Ali dapat melihat Kaabah. Kemudian tiba-tiba Abu Bakar
al-Kattani terjaga dari mimpinya dan ternyata beliau telah berada di puncak
gunung tersebut. Mulai hari itu, Abu Bakar al-Kattani mencintai kesemua sahabat
Rasulullah s.a.w. termasuk Sayidina Ali.
Artikel berkaitan: