Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

30 June 2015

Bolehkah tangguh qadha puasa?

Qadha Puasa - Bolehkah ditangguh?

Muhammad Shaiffudin Abu Bakar

Editor Syariah

Ramadan datang lagi dan kita pun menyambutnya.  Ada yang membuat persiapan ataupun persediaan dan ada yang melalui bulan yang penuh keberjatan ini sebagaimana melalui bulan bulan yang lain juga.  Tidak terfikir untuk menghiasi bulan Ramadhan tahun ini kea rah yang lebih baik, berbanding bulan Ramadhan yang lepas.


Kita memohon semoga Allah menerima segala kebaikan dan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan dan sepanjang tahun yang telah lepas dan akan datang. Mari kita teliti ibadat yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadan yang lepas. Sekiranya kita telah berpuas hati dengannya, maka pada Ramadan kali ini kita gariskan matlamat dan sama-sama mengejar untuk mencapai matlamat tersebut.

Berbincang tentang Ramadan ini, ada satu perkara yang sangat penting berkaitan dengannya iaitu qadha puasa Ramadan, sama ada bagi yang meninggalkan puasa dengan keuzuran atau tanpa ada keuzuran. Sungguh mendukacitakan apabila persoalan ini kadang-kadang dipandang remeh oleh sesetengah orang; meninggalkan puasa tanpa menggantinya semula.

Bilakah waktu  yang sesuai untuk qadha puasa Ramadan?

Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan sama ada secara uzur atau tidak, wajib baginya menggantikan semula puasa tersebut. Bermula waktu untuk qadha puasa ialah setelah tamat bulan Ramadan dan berlalunya hari raya yang pertama.

Sangat dituntut kepada yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran (dengan sengaja) segera melakukan puasa qadha tersebut. Bahkan dia juga hendaklah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah terhadap kesalahan meninggalkan puasa itu. Dia perlu benar-benar menyedari bahawa perbuatannya itu adalah berdosa.

Jika meninggalkan puasa dengan keuzuran, bagaimana pula?

Ada kelonggaran syarak bagi orang yang meninggalkan puasa dengan keuzuran seperti sakit atau bermusafir. Maksudnya, dia boleh menangguhkan qadha puasa itu, sehingga pada hari yang sesuai dia mengerjakan puasa qadha tersebut.

Perbezaan bagi kedua-dua situasi ini iaitu yang sengaja meninggalkan puasa dengan yang meninggalkan puasa disebabkan keuzuran tertentu; kategori yang pertama itu hukumnya adalah berdosa. Manakala kategori kedua pula tidak berdosa kerana dia 'terpaksa' tidak berpuasa, bukan sengaja tidak berpuasa.

Walaupun berbeza di sudut hukum berdosa dan tidak berdosa, di sudut tuntutan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan, hukumnya adalah sama iaitu wajib. Tidak boleh tidak, mesti mengqadhakan semula puasa mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.

Allah berfirman, mafhumnya: "Maka, (wajib baginya bepuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain." (Al-Baqarah 2: 185)

Bolehkah menangguhkan qadha puasa sehingga menjelang bulan Ramadan tahun yang berikutnya?

Mengikut mazhab Syafi'i, Hanbali dan Maliki, jika tiada keuzuran maka haram hukumnya menangguhkan puasa yang wajib diqadha pada tahun ini sehingga menjelang bulan Ramadan tahun hadapan. Sekiranya dia berbuat demikian, baginya kaffarah yang perlu dijelaskan iaitu memberi makan kepada fakir miskin bagi setiap hari yang perlu diqadha olehnya. Sekiranya penangguhannya itu disebabkan keuzuran, maka tiada apa-apa hukuman terhadapnya.

Ini berdasarkan pendapat Abu Hurairah, Ibnu Abbas, 'Ato ibn Abi Rabah dan Iain-Iain. Ini juga adalah berdasarkan hadis Sayidatina Aisyah r.anha yang bermaksud: "Pernah suatu ketika aku berpuasa pada bulan Ramadan, dan aku tidak mampu untuk menggantikan puasa tersebut pada bulan-bulan yang lain kecuali Syaaban." (Riwayat Bukhari)

Adakah diwajibkan qadha puasa secara berterusan sehingga tamat bilangan yang perlu diqadha?

Mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali) sepakat mengatakan sesiapa yang luput puasanya sama ada disebabkan keuzuran atau tidak, terlebih utama baginya qadha kembali puasanya itu secara berterusan. Walau bagaimanapun, memisahkan atau tidak melaksanakan secara berterusan juga dibolehkan.

Merujuk kepada firman Allah Surah (al-Baqarah ayat 185) yang dikemukakan dalam jawapan terdahulu, ayat tersebut memberi maksud umum, sama ada berterusan atau tidak. Manakala dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Qadha bagi puasa Ramadan dibolehkan secara berterusan atau tidak." [Sunan Darul Qutni]

Berkata Imam Bukhari, berkata Ibnu Abbas r.anhuma: "Dibolehkan memisahkan antara puasa-puasa yang perlu diqadha, berdasarkan firman Allah Maka, (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain."



Q&A Isu 31