Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

08 July 2015

Anda Musykil? PU Salam Menjawab: Batalkan puasa tertelan kahak?

Batalkah Puasa Tertelan Kahak?

Soalan:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Jawapan:
Allah s.a.w. menjadikan terbit fajar sadiq sebagai masa bermulanya berpuasa. Firman Allah s.a.w  yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga jelas bagimu fajar sadiq selepas kegelapan malam ..." (al-Baqarah 2: 187)


Sekiranya azan tersebut menepati masuk waktu subuh maka tidak sah puasa jika masih makan ketika azan itu. Sekiranya makanan masih berbaki di dalam mulut ketika azan, wajib keluarkan sisa tersebut.

Soalan:
Apakah hukum orang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Jawapan:
Sah puasanya walaupun seorang itu makan banyak disebabkan terlupa. Nabi s.a.w
bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang makan kerana terlupa sedangkan dia berpuasa hendaklah dia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Soalan:
Adakah sah niat puasa pada malam 29 Syaaban sedangkan di dalam hati tidak berat sangkaan (ragu) bahawa esoknya masuk Ramadan?

Jawapan:
Di sini ada dua perkara yang perlu dijelaskan. Pertamanya hukum berpuasa selepas 15 Syaaban. Hukumnya haram dalam mazhab Syafi'i kerana hadis yang bermaksud: "Apabila sudah melepasi 15 Syaaban janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Sekiranya yang dimaksudkan malam 29 ialah malam yang keesokannya ialah 30 Syaaban, ia boleh termasuk dalam hukum puasa hari syak. Hah syak ialah hari ke-30 iaitu hari yang manusia ragu-ragu, adakah pada hari itu Syaaban atau sudah masuk Ramadan kerana cuaca yang mendung. Nabi     bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang berpuasa pada hari syak dia telah menentang Nabi Muhammad mi " (Riwayat Bukhari)

Maka hukumnya haram puasa pada hari syak, kecuali untuk puasa qadha, nazar dan puasa sunat yang dia selalu lazimi (untuk puasa lepas 15 Syaaban).

Soalan:
Ketika solat, saya terbatuk dan terasa ada sedikit kahak di dalam kerongkong. Oleh kerana tidak tahu bagaimana hendak meludah keluar lalu saya menelannya. Adakah batal puasa saya?

Jawapan:
Dalam mazhab Syafi'i, menelan kahak adalah perkara yang membatal puasa. Namun sekiranya sukar untuk dikeluarkan dan tertelan tidak mengapa. Imam Nawawi berkata dalam kitab Minhajut Talibin: "Sekiranya turun kahak dari otak ke luar halqum hendaklah putuskan yang keluar dan ludahkan. Kalau dia biarkan di situ sedangkan dia mampu untuk ludahkan kemudian tertelan, batal puasanya."

 Soalan:
Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka apabila tiba waktunya?

Jawapan:
Berbuka puasa setelah tiba waktu berbuka adalah sunat. Ini kerana Nabi bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka mempercepatkan berbuka." (Riwayat Tirmizi)

Haram sekiranya dia dengan sengaja hendak menyambung puasanya sehingga keesokan harinya. Dalam sebuah hadis yang lain, mafhumnya: "Rasulullah     melarang puasa terus- menerus tanpa ada berbuka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Soalan:
Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Jawapan:
Tidak batal kerana perkara itu tidak disengajakan. Imam Nawawi berkata dalam kitab Minhajut Talibin: "Dan hendaklah sesuatu yang masuk yang membatalkan puasa itu dengan niat. Sekiranya masuk lalat, nyamuk, debu jalan atau tepung yang diayak dalam rongga terbukanya tidak batal."

Soalan:
Apakah hukumnya orang yang berpuasa melakukan dosa mengumpat, bercakap bohong dan melihat wanita ajnabi dengan syahwat. Adakah sah puasanya?

Jawapan:
Sah puasa orang yang melakukan dosa semasa puasa seperti mengumpat tetapi mengurangkan nilai puasanya. Nabi bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang jahat, Allah tidak memerlukan puasanya yang meninggalkan makanan dan minuman." (Riwayat Bukhari)

Soalan:
Siapakah yang diwajibkan qadha puasa serta membayar fidyah jika dia tidak berpuasa?

Jawapan:
Ada dua golongan yang wajib qadha puasa beserta fidyah:
1.       Orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga sampai bulan Ramadan akan datang sedangkan dia mampu untuk berpuasa.

2.       Wanita yang hamil atau menyusukan anaknya, berbuka kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anaknya. Daripada ibnu Abbas r.anhuma.: "Allah  berfirman: 'Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu member! makan orang miskin (al-Baqarah: 184').

Ayat ini adalah kemudahan kepada orang lelaki tua dan perempuan tua yang tidak mampu untuk berpuasa tetapi mereka berbuka dan memberi makan (fidyah) kepada orang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. Wanita yang mengandung dan menyusukan anak bila takut sesuatu yang tidak diingini terhadap anaknya dia boleh berbuka dan wajib memberi makan." (Riwayat Abu Daud)

Soalan:
Adakah pahala membaca al-Quran dan bersedekah pada bulan Ramadan berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain?

Jawapan:
Pahala amalan-amalan dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain berdasarkan hadis, mafhumnya: "Sesiapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan yang sunat seperti mendapat pahala fardu, sesiapa yang melakukan perkara yang fardu dia seperti melakukan tujuh puluh kali fardu di bulan yang lain." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Soalan:
Siapakah yang tidak diwajibkan qadha puasa tetapi wajib membayar fidyah jika dia tidak berpuasa?

Jawapan:
Mereka ialah orang yang tua dan uzur yang tidak mampu untuk berpuasa. Dia boleh berbuka dan hanya perlu bayar fidyah. Dalam sebuah hadis daripada 'Ata: "Beliau mendengar Ibnu Abbas membaca ay at 184 surah al-Baqarah. Ibnu Abbas berkata: Ayat ini tidak dimansukhkan. Ayat ini untuk orang lelaki dan wanita yang tua tidak mampu untuk puasa maka dia perlu membayar fidyahnya iaitu memberi makan setiap hah satu cupak." (Riwayat Bukhari)

Soalan:
Siapakah yang diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Wajib berpuasa kepada orang Islam, berakal, baligh, dan suci daripada penghalang puasa seperti haid dan nifas. Nabi  bersabda yang bermaksud:
"Tidak dikira berdosa suatu m kesalahan sekiranya dilakukan ^ oleh tiga golongan:
1.       Orang yang tidur sampai dia jaga.
2.       Budak kecil sampai dia baligh.
3.       Orang gila sampai waras." (Riwayat Abu Daud dan Iain-Iain)

Soalan:
Adakah diterima puasa orang yang meninggalkan solat? Adakah sesuatu ibadat itu ada kaitannya dengan ibadat yang lain sehinggakan jika ditinggal sebahagiannya, tidak diterima ibadat yang lain?

Jawapan:
Sah puasa orang yang meninggalkan solat tetapi tujuan puasa adalah untuk membersihkan hati dan diri. Sekiranya puasa itu Allah terima tentulah akan membuahkan hasil yang baik, antaranya ialah solat.

Soalan:
 Bagaimana dengan orang yang tidak berdaya berpuasa?

Jawapan:
Bagi orang yang tidak berdaya untuk berpuasa harus baginya berbuka dan wajib mengganti puasanya. Firman Allah , mafhumnya:
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajib ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang  dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (Al-Baqarah 2: 184)


 Q&A Isu 31