Tertelan Sisa Makanan
Soal Jawab Solat bersama
Adakah batal solat jika
menelan sisa makanan dalam mulut tanpa sengaja?
Jawapan:
Hukumnya tidak batal, jikalau
sedikit dan tidak sengaja dalam keadaan jahil, baru memeluk Islam atau jauh
untuk mengikuti pengajian daripada alim ulama. Jika berlaku sebaliknya, maka
hukumnya batal.
Perkara yang sering berlaku
dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah tidak berkumur dengan
sempurna selepas berbuka puasa atau selepas bersahur. Kebanyakan masyarakat
kita pada hari ini terus melaksanakan solat selepas berbuka puasa.
Jadi, akan ada sedikit sisa
makanan yang masih berbaki di dalam mulut. Jika tertelan sisa makanan yang
berbaki di dalam mulut, maka solatnya akan batal.
Antara langkah berjaga-jaga yang perlu kita lakukan; kita
mesti berkumur dengan sempurna dan pastikan sisa makanan tidak berbaki lagi di
dalam mulut sebelum melaksanakan solat. Seeloknya kita bersugi sebelum
memulakan solat. SOLUSI NO.37