Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 March 2016

Soal Jawab Solat : Solat Sambil Berdiri

Solat Sambil Bersandar
Soal Jawab Solat bersama
Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
 
Apakah hukum solat sambil bersandar pada tiang atau dinding?

Jawapan:

Mukum solat sambil bersandar di tiang atau dinding tanpa sebab adalah makruh. Jika solat sambil bersandar pada tiang atau dinding dengan sebab untuk membolehkan dia berdiri walaupun seketika pada awal solat, maka perbuatan itu wajib. Kerana berdiri adalah perkara rukun dalam solat, walaupun hanya seketika.

Suasana masyarakat hari ini kebanyakan di masjid dan surau apabila hendak melakukan solat, mereka (orang uzur) terus duduk untuk melakukan solat fardu tanpa berdiri walaupun hanya seketika. Maka, solatnya ini tidak sah kerana mereka berupaya berdiri malah boleh berjalan untuk pergi ke masjid. Sedangkan "solat hanya me­merlukan sedikit masa sahaja untuk berdiri.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Kemungkinan tidak berilmu dan kurangnya mengikut! pengajian di masjid atau surau, menyebabkan masyarakat kita pada hari ini tidak mengetahui hukumnya. Selain itu, malu untuk bertanya kepada ustaz yang mengajar menyebabkan kita terus berada dalam kejahilan.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua, janganlah kita malu untuk bertanya jika mempunyai sebarang kemusykilan mengenai ibadah dan apa-apa jua masalah dalam kehidupan seharian kita.

Tetapi, berbeza pula dengan solat sunat. Solat sunat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu dilakukan dengan berdiri penuh, duduk dan mengiring. Jika dilakukan dengan berdiri penuh, maka akan mendapat pahala penuh. Jika dilakukan dengan duduk, maka akan mendapat pahala separuh daripada berdiri penuh. Jika dilakukan dengan mengiring, maka akan mendapat pahala separuh daripada duduk.

Kesimpulannya di sini, solat fardu wajib dilakukan secara berdiri melainkan sakit yang tidak dapat berdiri walaupun seketika dan masalah-masalah lain yang menyebabkan sese­orang itu tidak dapat berdiri. Contohnya, berada di atas perahu, kapal, sedang diikat atau seumpamanya.  SOLUSI NO.37


Ustaz Syed Mohd. Fadzti al-Yamani. Dilahirkan di Kedah. mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, melanjutkan pelajaran di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Menjadi guru di Madrasah Tahtiz. Shah Alam. dan kini sebagai Mudir/Pengasas Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur Sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekttar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019­3838730