Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

04 April 2016

Luahan anak tak sah taraf yg jadi free thinker

Aku Anak Haram!
Jadi free thinker, hampir murtad

IRA-KIRA 30 tahun dulu, seorang gadis sunti berusia 17 tahun secara senyap-senyap telah melangsungkan pernikahan dengan seorang pemuda yang berlainan agama, di sebuah gereja. Perkahwinan yang dilakukan atas dasar cinta itu, turut membuatkan si gadis akhirnya akur untuk menukar agamanya.


"Bagaimanapun, pernikahannya tidak digembar-gemburkan. Ibu bapa si gadis langsung tidak tahu tindakan anak perempuan mereka. Si gadis pula berlagak seperti biasa.


"Pagi si gadis ini ke sekolah, tengah hari balik ke rumah. Kemudiannya, pada waktu petang, dia akan ke sekolah jika ada sebarang aktiviti sukan atau kokurikulum. Jika tidak, dia hanya akan duduk di rumah. Tidak ada langsung
tanda-tanda si gadis telah berkahwin dan bertukar agama.

"Untuk beberapa ketika, dia berjaya menyembunyikan perkahwinannya. Namun, pada suatu hari, ibu kepada gadis ini mula perasan perubahan terhadap anak daranya itu. Susuk tubuhnya seperti orang sedang mengandung. Lama-kelamaan, perubahan itu semakin ketara.

"Akhirnya, rahsia pun terbongkar. Gadis ini mengaku sudah berkahwin, malah, turut mengakui sudah murtad. Menyinga kedua-dua ibu bapa si gadis.

"Bapa si gadis, Murad namanya, mengambil langkah membubarkan perkahawinan tersebut. Lantaran anaknya masih lagi di bawah umur, perkahwinan tersebut akhirnya berjaya dibubarkan.

"Bagi menutup malu, dia menghantar gadis itu dan empat adiknya dari Sabah ke sebuah negeri di utara Semenan-jung Malaysia. Genap sembilan bulan, seorang bayi perempuan pun dilahirkan. Bagaimanapun, si gadis tidak mahu membela bayi itu. Dia mahu memberikan bayi tersebut kepada orang lain.

"Namun, ibu bapanya berfikiran sebaliknya. Mereka mahu menjaga cucu mereka. Untuk merahsiakan perkara ini, mereka mendaftarkan nama bayi tersebut dan dibinkan kepada nama Murad.

"Bayi itu sudah besar, dan kini beru-sia 29 tahun. Bayi tersebut adalah saya... Shikin."

CERITA di atas, adalah sebuah kisah melalui e-mel yang diterima oleh Mastika baru-baru ini. Gadis tersebut tinggal di utara tanah air dan mahu bertemu Mastika untuk berkongsi pengalaman, bagaimana perasaan serta tekanan yang dihadapinya.

Kami bertemu di sebuah pejabat di utara Semenanjung, baru-baru ini. Gadis bernama Shikin itu berkulit putih, tubuhnya sederhana tinggi.

"Dah lama saya nak kongsikan pengalaman saya ini, supaya masyarakat tahu betapa peritnya jadi anak yang... yang saya sendiri tak tahu apa statusnya," kata Shikin ikhlas.

Shikin pun memulakan ceritanya. Setelah segala urusan penukaran nama diselesaikan, datuk dan nenek Shikin membawanya kembali ke Sabah. Rahsia bahawa dia adalah anak luar nikah daripada anak perempuan sulung keluarga itu, terus dipendamkan oleh datuk dan neneknya, sehingga-lah dia meningkat dewasa.

"Ketika tinggal di Sabah, saya tidak tahu baha¬a dua orang insan yang saya anggap sebagai ibu bapa itu, sebenarnya adalah datuk dan nenek saya. Perkara ini berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan sehinggalah saya berumur 15 tahun," ujar Shikin.

Ketika tinggal di Sabah, kata Shikin, hidupnya bagaikan seorang puteri.

"Saya membesar dalam keadaan mewah. Apa saja yang saya mahu, semuanya dapat. Bapa atau sebenarnya atuk, terlalu manjakan saya.

"Saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh datuk. Tetapi, nenek tidak bersikap seperti atuk. Nenek agak keras dan serius terhadap saya. Kami jarang bercakap. Jika bercakap pun, hanya perkara-perkara penting sahaja," jelas-nya.

Biarpun dilimpahi kemewahan selama tinggal di Sabah, namun Shikin berasa sunyi. Hanya datuknya sahaja yang mengambil berat dan memanjakan Shikin.
"Sudahlah tidak ada adik-beradik, saya juga tidak ramai kawan. Di sekolah, saya lebih suka menyendiri. Keadaan sekeliling ketika membesar menjadikan saya seorang yang pendiam," beritahu Shikin pada Mastika.

Sambung Shikin, dia tinggal di Sabah sehingga berumur 12 tahun, dan kemudiannya berpindah balik ke utara Semenanjung Malaysia, setelah datuk dan neneknya pencen.

"Saya terkejut, apabila pulang ke Semenanjung tiba-tiba saya ada lima adik-beradik yang lain. Saya ada abang dan kakak! Setelah 12 tahun duduk seorang, dan percaya saya adalah anak tunggal, tiba-tiba saya terpaksa berhadapan dengan lima orang adik-beradik yang saya tidak pernah kenal!" ujarnya sungguh-sungguh.

Shikin bertanyakan hal itu pada kedua-dua orang tuanya. Jawapan datuknya, "Memang mereka semua ni abang dan kakak kamu. Masa tinggal di Sabah, mereka sudah besar-besar semua-nya. Jadi ayah suruh mereka tinggal di sini. Masa tu kamu belum lahir lagi," demikian jelas datuknya.

Jadi kata Shikin, hubungan dengan adik-beradiknya yang lain tidak begitu rapat. Dia jarang sekali berbual dengan abang dan kakaknya yang lain. Apatah lagi, jarak perbezaan umur yang ketara. Ketika itu umurnya baru 12 tahun, manakala abang dan kakaknya sudah ada yang berumah tangga.

"Saya terpaksa tinggal serumah dengan mereka, dan pada masa yang sama, saya terpaksa menghadapi konflik dalaman sebab adik-beradik lain ma-cam tidak berapa senang dengan kehadiran saya," luah Shikin sayu.

Pada suatu hari, Kak Long dan Kak Ngah bergaduh besar. Tiba-tiba, Kak Ngah masuk ke dalam bilik Shikin, kemudian duduk di sebelahnya yang sedang khusyuk membaca.

Kak Ngah bertanyakan pada Shikin, "Nak dengar cerita tak?"
"Cerita apa?" tanya Shikin kembali.
"Kalau hang nak tau, hang bukannya adik-beradik betul kami. Hang sebenaq-nya anak Kak Long!"
"Hah!! Apa ni? Saya terperanjat. Kenapa Kak Ngah cakap macam tu? Betul ke? Macam mana boleh jadi macam itu? Bertalu-talu soalan yang
yang keluar  dari mulut saya," beritahunya pada Mastika.
"Sebab Kak Long dulu sebelum kahwin, pemah buat benda tak elok. Murtad. Kahwin tak ikut Islam. Mengandung kat tempat lain, lepas tu, beranak mai tang sini. Anak tu, hang la," itulah jawapan Kak Ngah sebagai menjawab pertanyaannya, kata Shikin.

Jawapan Kak Ngah membuat Shikin terdiam. Fikirannya ketika itu jadi ko-song. Beberapa hari selepas Kak Ngah membocorkan rahsia itu, Shikin pemah bertanya kepada atuk dan nenek, tapi mereka menafikannya.

"Hang tok sah dok dengaq la cakap depa. Kalau dah bergaduh, lagu tu la fiil depa," kata datuk. Datuk dan nenek tetap tidak akan mengaku.

Tetapi, tidak lama selepas itu, kata Shikin, jiwanya mula rasa gundah. Satu demi satu kenangan mula datang mengganggu fikirannya membuatkan dia mula yakin dengan kata-kata kakaknya itu.

"Ketika duduk seorang diri, fikiran saya mula terkenangkan peristiwa semasa kecil. Barulah saya sedar, kenapa saya sentiasa terasa keseorangan. Patutlah, nenek bersikap dingin terhadap saya. Begitu juga dengan kejutan mempunyai abang dan kakak yang sebelum ini tidak pernah saya kenali dan ketahui tentang kewujudan mereka," tegas Shikin.

Ketika itu, Shikin tidak tahu hendak ke mana. Di rumah, dia rasa terpinggir. Tidak ada yang mahu bersembang atau bertanya khabar, kecuali datuknya.
Ketika waktu makan, jarang sekali dia  adik-beradiknya yang lain. Jika Shikin makan awal, apabila dia sudah selesai, barulah mereka mahu makan. Begitulah sebaliknya.

"Bayangkan... saya masih muda. Baru 15 tahun. Tingkatan tiga. Panjang manalah sangat akal masa tu. Itu yang kadang-kadang saya memberontak. Di sekolah, saya memang sudah dicap pelajar bermasalah," terang Shikin membayangkan bagaimana tekanan yang dihadapinya ketika itu.

Apatah lagi, ibu kandungnya, yang selama ini dianggap sebagai kakak sulungnya, langsung tidak mahu bertemu atau berbual dengannya. Ibu kandungnya sudah berkahwin lain dan tidak lagi tinggal bersama mereka.

Namun setiap kali datang ke rumah-nya, kata Shikin, ibu kandungnya langsung tidak mahu memandang mukanya. Ketika inilah Shikin terfikir tentang statusnya. Apakah aku ini anak haram atau anak pungut? Sampaikan ibu kandung sendiri sanggup membenci begitu sekali.

Jika mahu dikatakan anak haram, bukankah ibu sudah berkahwin dengan ayah? Tetapi mungkin juga dia dianggap sebagai anak luar nikah, kerana perkahwinan ibu bapanya itu tidak sah di sisi Islam. Apatah lagi ibunya ketika itu telah pun murtad.

Persoalan demi persoalan bertalu-talu mengasak fikirannya. Tetapi Shikin tidak ada sebarang jawapan bagi persoalan-persoalan itu. Kemudian, sambung Shikin lagi, hingga ke satu tahap, terlintas di fiki-rannya untuk membunuh diri. Ketika itu, katanya, dia sudah tekad. Namun mujurlah kemudian dia membatalkan-nya.

Shikin mula menyalahkan takdir. Dia sering tertanya-tanya kenapa Tuhan memilihnya sebagai mangsa? Kenapa tidak orang lain?

"Sampai satu tahap, saya berani memaki Tuhan. Ketika itu fikir saya, kalau Tuhan adil, kenapa Dia biarkan saya jadi macam ni? Ketika berumur 15 tahun, saya mula terfikir untuk bertukar agama. Saya rasakan Tuhan Islam itu tidak adil. Saya mahu masuk agama lain. Mungkin tuhan agama lain lebih adil pada saya," ucapnya kesal.

Ketika itu jiwa Shikin mula memberontak. Ustazah di sekolahnya cukup anti terhadap Shikin.  Apa tidaknya, bila ustazah kata Islam suruh buat macam ini, Shikin katakan sebaliknya. A kata ustazah, B pula kata Shikin. Di sekolah, apa saja yang tidak kena dengan pendapatnya, semua akan dilawan. Cikgu atau kawan, dia tidak peduli. Shikin rasakan, dengan berbuat begitu, hatinya jadi puas dan bebas.

"Ketika itu, saya tidak sabar-sabar untuk habis sekolah. Tidak sabar-sabar berumur 18 tahun. Untuk apa? Supaya saya boleh bertukar agama. Saya sudah putus harapan dengan Islam pada waktu itu," ucapnya.

Shikin memberitahu, selepas tamat persekolahan, dia membatalkan hasrat-nya untuk keluar Islam dan memeluk agama lain. Dia mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang freethinker (tidak beragama). Shikin mengamalkan gaya hidup free-thinker sehinggalah dia berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.
Kata Shikin, dia berkahwin dalam usia yang masih muda, 20 tahun, atas dasar cinta. Ketika itu, terbongkarlah segala rahsia tentang dirinya. Mahu tidak mahu, ibu bapa atau datuk nenek-nya itu, terpaksa mengakui bahawa Shikin bukanlah anak mereka yang sebenarnya.

Sesudah berkahwin, masih tetap ber-fahaman freethinker. Biarpun sudah bergelar isteri, Shikin hidup bebas dan tidak mahu mengikut ajaran Islam atau apa-apa agama sekalipun. Akibatnya, perhubungan Shikin dengan suaminya mula berantakan.

Akhirnya, mereka bercerai. Selepas bercerai, hidup ini makin terasa tidak ada maknanya buat Shikin. Mahu tidak mahu, Shikin terpaksa kuatkan hati. Dia cuba sedaya upaya untuk jadi seorang yang tabah dan tidak menyerah kalah pada takdir.

"Memang Tuhan menyayangi hamba-hamba-Nya. Saya keseorangan, di-beri-Nya petunjuk. Tidak ada ulama ataupun ustaz pada saat itu yang menasihati saya. Sebab itulah saya katakan, Allah s.w.t. Maha Penyayang.

"Dia tahu saya keseorangan, tidak ada tempat mengadu, lalu Dia berikan saya hidayah dan kesedaran," jelas Shikin menceritakan bagaimana terbuka semula hatinya untuk kembali kepada Islam. Cerita Shikin, pada suatu hari, seorang rakan sekerja memberikannya sebuah buku fardu ain. Rakan sepejabatnya itu tergerak untuk memberikan buku tersebut apabila Shikin mengaku tidak pemah bersolat, berpuasa atau mengamalkan sebarang ajaran Islam.

Shikin pun menerima buku tersebut atas dasar menjaga hati kawan. Tidak pemah dia temiat untuk membacanya. Entah macam mana, pada suatu hari, ketika sedang bosan di rumah, Shikin tergerak untuk membaca buku fardu ain yang diberikan oleh rakannya itu. Shikin pun mula membelek-belek-nya. Daripada membelek, dia mula membaca. Shikin membaca satu persatu penerangan yang diberikan tentang Islam dan syariatnya. Setiap helai dan setiap huruf. Segala ilmu mengenai Islam, tentang tauhid, sembahyang, berpuasa, rukun iman, semuanya Shikin baca.

"Saya terbaca bab ujian dan dugaan. Setelah membaca penerangan yang di-berikan, barulah saya faham, apa yang berlaku terhadap diri saya adalah satu ujian.
"Sebagai seorang manusia, inilah ujian saya. Sudah tentu ia berbeza dengan ujian orang lain. Apa yang penting, adakah saya sabar atau tidak menerimanya?" ujar Shikin

Setiap malam Shikin membaca buku tersebut. Sampailah pada suatu hari, hatinya mula berbisik, "Aku mahu sembahyang." Lalu, tanpa bertangguh, Shikin pun menunaikan sembahyang, mungkin yang pertama kali setelah be-berapa belas tahun. Selepas menunaikan sembahyang dengan sepenuh hati, buat pertama kali dalam hidupnya, tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir laju. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Dia duduk bersimpuh di atas sejadah sambil menangis teresak-esak.

"Buat pertama kalinya, saya merasa-kan ada satu ketenangan yang hadir di dalam jiwa. Jiwa yang kusut, fikiran yang serabut, hilang dengan rasa ketenangan yang diperoleh setelah saya selesai menunaikan sembahyang.

"Beransur-ansur, keyakinan saya mula pulih. Kemudian, saya teruskan bersolat. Saya memohon ampun kepada Tuhan atas sikap saya bersangka buruk terhadap-Nya," ujar Shikin sambil tersenyum.

Kata Shikin, kini setelah hampir dua tahun bergelar ibu tunggal, dia menjalani kehidupan dengan lebih yakin, tenang dan sentiasa bersemangat.

"Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Jika tidak, sudah lama saya memeluk agama lain. Tentang status saya, memang ia masih mengganggu fikiran, tapi tidak seperti dulu.

"Siapa tidak tertekan bila mendapat tahu dirinya anak haram, anak tak sah taraf, anak pungut. Malu. Marah. Kerana tekanan itulah saya hampir bunuh diri, murtad dan jadi freethinker.

"Kepada mereka yang senasib, janganlah kita menyalahkan takdir.

"Terima takdir itu dan berusaha melakukan yang terbaik. Paling penting,ikut ajaran agama kerana di situlah nanti kita akan temui kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dalam hidup ini," kata Shikin di hujung
perbualan kami. - Wan Molid. Hafiz Wan Hamzah.       

MASTIKA Disember 2006