Puasa
selepas 15 Syaaban
Bagaimanakah
Bentuk Larangannya?
Soal Jawab Bersama
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Marbu al- Banjari al Makki
Soalan:
Seseorang tidak pasti atau berbolak-balik niat
puasanya. Adakah sah puasanya?
Jawapan:
Puasanya
sah
Soalan:
Adakah
kita disuruh berpuasa sepanjang 10 hari awal bulan Zulhijjah?
Jawapan:
Dalam
hadis disebutkan bahawa Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Tidak ada satu
amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan
pada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah."
Para
Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, tidak juga jihad dijalan Allah ?' Nabi
menjawab: 'Tidak juga jihad dijalan Allah kecuali orang yang berangkat jihad
dengan jiwa dan hartanya, namun tidak ada yang kembali satu pun'."
(Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis
ini menunjukkan keutamaan sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah. Amal soleh
yang perlu dilakukan sepanjang sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah tidak hanya
berpuasa, termasuk juga bersedekah, membaca al-Quran dan zikir-zikir serta
semua amal kebaikan yang lain.
Soalan:
Batalkah
puasa orang yang buasir jika memasukkan semula usus yang terkeluar dari
duburnya?
Jawapan:
Tidak
batai kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan. Perumpamaannya ialah
lidah yang keluar sewaktu ceramah, lalu dimasuk kembali ke dalam mulut. Ini
kerana dia tidak memasukkan sesuatu yang luar ke dalam. la seperti menempatkan
sesuatu ke tempat asalnya.
Masalah
yang berkaitan ialah jika seseorang buang air besar, sebahagian najis masih ada
di tempat keluar najis, lalu masuk semula, maka itu membatalkan puasa.
Soalan:
Benarkah,
apabila kita tidak berpuasa pada awal Syaaban, maka kita tidak boleh berpuasa
pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban)?
Jawapan:
Tidak
benar. Nabi it bersabda, mafhumnya:
"Apabila
sudah datang setengah Syaaban (iaitu 15 Syaaban), maka janganlah kamu berpuasa
(kecuali puasa Ramadan)." (Riwayat Ashhab as-Sunan dan selain mereka)
Menurut
ulama, jika berpuasa pada sebelum Ramadan boleh mempengaruhi kemampuan
seseorang itu berpuasa Ramadan, maka dia tidak boleh berpuasa selepas 15
Syaaban. Namun bagi orang yang sentiasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis, dia
boleh berpuasa walaupun pada 15 Syaaban dan selepasnya. Larangan adalah kepada
orang yang tidak pernah berpuasa, tetapi dia berpuasa selepas 15 Syaaban, bukan
pada 15 Syaaban. Pada 15 Syaaban memang disunatkan berpuasa berdasar hadis
riwayat Ibn Majah walaupun ia dhaif:
"Apabila
sudah datang setengah Syaban (iaitu 15 Syaaban), maka bangunkanlah malamnya dan
berpuasalah pada siangnya."
Soalan:
Bolehkah
solat dengan cara duduk?
Jawapan:
Orang
yang memang tidak larat solat berdiri, sama ada solat fardhu atau solat sunat, iaitu sudah sampai kepada tahap Kesulitan yang
payah, dibolehkan untuk soiat duduk. Jika dia boleh berdiri sekejap umpamanya
untuk bertakbir, hendaklah dia berdiri dahulu, kemudian duduk. Tentang bolehnya
solat duduk, Rasulullah US bersabda, mafhumnya: "Solatlah dengan berdiri.
Maka jika kamu tidak berkuasa untuk solat berdiri, maka solatlah duduk. Maka
jika tidak berkuasa solat duduk, maka solatlah mengiring di atas rusuk."
(Riwayat Bukhari)
Begitu
juga orang yang solat di dalam kapal, jika dia berdiri akan pening dan tidak
stabil, maka dia boleh solat duduk.
Soalan:
Apakah
hukumnya mengeluarkan zakat melalui sumber nyanyian?
Jawapan
Tidak
boleh. Allah itu suci dan tidak akan menerima kecuali daripada yang suci.
Dalam
hadis menyebutkan: "Bukan pahala yang diperoleh daripada wang haram yang
disedekahkan, tetapi dosa."
Perumpamaan
dalam hal ini ialah racun yang diberikan kepada orang lain.
Soalan:
Orang
miskin perlu membayar zakat seperti juga orang kaya yang perlu membayar zakat.
la seolah-olah tidak adil. Apakah pandangan Islam tentang persoalan ini?
Jawapan:
Masing-masing,
orang kaya dan miskin mempunyai tanggungjawab berzakat mengikut keadaan
masing-masing. Orang kaya membayar zakat perniagaan atau ternakan. Orang miskin
juga berzakat mengikut kapasiti mereka. Hikmah orang miskin mengeluarkan zakat
ialah supaya mereka tidak miskin dengan kebaikan dan hasanat di akhirat. Antara
hikmah lain lagi ialah supaya tidak ada rasa tidak adil kerana orang kaya dan
orang miskin, masing-masing mengeluarkan zakat.
Soalan:
Pelajar-pelajar
yang belajar Al-Azhar Mesir contohnya, menerima zakat daripada institusi zakat
di Malaysia. Bolehkah mereka menggunakan wang zakat itu untuk diberikan kepada
fakir miskin atau peminta sedekah?
Jawapan:
Boleh,
itu urusan peribadi kita. Jika kita berhak mendapat zakat atau derma, sumbangan
dan sebagainya, maka ia adalah hak kita. Maka, boleh wang kita itu digunakan
untuk kebaikan termasuklah menderma dan bersedekah. Sayyiduna Imam Ali Zainal
Abidin pernah berkata: "Segala puji hanya bagi Allah yang mengambil
harta-hartaku ke akhirat tanpa bayaran."
Soalan:
Bolehkah
memberi zakat kepada orang yang masuk Islam kerana inginkan mendapat zakat
sahaja?
Jawapan:
Boleh,
kerana mereka termasuk dalam kalangan (hati-hati yang dijinakkan). Keyakinannya
masih lemah. Jika diberi zakat, ia menjadikan imannya lebih kuat. Tempoh zakat
kepadanya ialah sehingga Islam dan imannya sudah nampak kuat.
Soalan:
Bolehkah
melaburkan wang zakat untuk mendapat keuntungan?
Jawapan:
Wang
zakat tidak boleh dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan, kemudian diberikan
kepada asnaf. Jika wang tersebut sudah diberikan kepada fakir miskin umpamanya,
kemudian mereka memberi izin untuk dilaburkan, maka itu dibolehkan.
Soalan:
Bolehkah
diberikan duit zakat kepada asnaf yang berada di luar kawasan kutipan zakat?
Jawapan:
Duit
zakat tidak boleh diberikan kepada asnaf yang berada di luar kawasan kutipan
zakat jika masih ada mustahiq (orang yang berhak) dalam kawasan itu, mengikut
Syafiiyyah. Boleh mengikut ulama Ahnaf.