Bolehkah Dua Jemaah di Satu Tempat?
Q) Adakah
boleh mengqadha solat selepas setiap kali solat?
A) la tidak dituntut kecuali jika merasakan ada
'hutang' iaitu ada solat yang belum diqadhakan. Dalam mazhab Syafi'i, solat
boleh diulang satu kali. Dalilnya Sayyiduna Mu'az bin Jabal r.a. yang telah
bersolat bersama Nabi dan ketika beliau balik kampung, beliau solat fardhu
lagi.
Q) Apakah hukumnya membuat dua jemaah di tempat
yang tidak cukup menampung jumlah jemaah?
A) Dibolehkan dengan alasan tempat itu kecil,
kerana jika tidak dilaksanakan berjemaah, bermakna dia telah melewatkan atau
melengahkan satu fadhilat dalam melaksanakan solat fardu. Sekiranya dalam
keadaan sempit begitu, beberapa jemaah pun tidak mengapa.
Q) Adakah boleh perempuan menjadi imam sesama
mereka dengan menyaringkan suaranya?
A) Dibolehkan asalkan sesama mereka sahaja.
Q) Adakah sah solat yang diimamkan oleh muslimat
sedangkan ketika itu ada muslimin?
A) Disyaratkan sahnya solat berjemaah kaum
muslimat ketika tiada kaum muslimin melaksanakan solat berjemaah di tempat itu;
khususnya dengan alasan-alasan tertentu, umpamanya dikhuatirkan timbulnya
fitnah, syahwat atau keadaan atau suasana yang tidak aman. Jika ada
perkara-perkara sebegini, harus mereka solat berjemaah tanpa mengikut kaum
muslimin.
Q)
Adakah dibolehkan tidur dahulu
sebelum solat Isyak untuk bangun pada tengah malam? Dikhuatiri jika tidur
selepas solat Isyak, akan susah untuk bangun malam.
A) Jika dia yakin (pasti) boleh bangun, maka tidak
mengapa. Jika tidak yakin, maka tidak dibolehkan (tidak boleh tidur dahulu).
Dalam kitab-kitab feqah, ulama mengatakan tidur sebelum solat Isyak hukumnya
makruh berdasarkan hadis.
Q)
Adakah batal wuduk kerana keluar air mani
selepas bersama suami?
A) Suami isteri
sama-sama sampai ke puncak hubungan dan sama-sama mengeluarkan air mani. Ketika
mengerjakan solat, si suami terasa ada air meleleh dari kemaluannya. Sekiranya
air mazi, maka batal solatnya, kemaluan wajib dicuci dan tidak perlu diulang
mengangkat hadas besar (mandi wajib). Manakala, sekiranya air mani, batal
solatnya dan mandi wajib perlu diulang. Perkara yang sama harus dilakukan oleh
isteri jika berlaku keadaan yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya sewaktu
bersama suami, si isteri tidak mengeluarkan air mani tetapi selepas mandi, ada
air mani meleleh dari tempat sulitnya, dia tidak perlu mandi kembali kerana air
mani itu adalah kepunyaan suaminya.
Air mani lelaki sifatnya
kental warna seperti keputihan telur ayam, bau seperti mayang pokok tamar dan
ia keluar terasa ……. dan secara memancut.
Air mazi pula tidak kental, kekuningan, keluar ketika syahwat dan keluarnya
tidak secara tadaffu' (memancut).
Q)
Apakah air mazi?
A) Air mazi biasanya
daripada lelaki, dan perempuan biasanya disebut dengan keputihan. Kedua-duanya
keluar ketika naik syahwat. Perbezaan mazi dengan keputihan ialah keputihan itu
disebut dengan rutubah al-farj yang keluar dari lingkungan faraj. Sekiranya
rutubah al-farj keluar dari rahim, ia najis.
Diriwayatkan daripada
Sayyiduna Ali r.a.: "Aku adalah lelaki yang selalu keluar air mazi, dan
aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah kerana ada anak perempuan Baginda,
lalu aku meminta kepada Miqdad bin Aswad, lalu dia pun bertanya Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: Hendaklah dia
membasuh zakarnya dan berwuduk."
Air mazi membatalkan wuduk,
merupakan najis dan wajib dibasuh. Walau bagaimanapun, tidak wajib mengangkat
hadas besar (mandi wajib). Ada sejenis lagi cecair yang namanya air wadi, iaitu
cecair putih kental yang keluar selepas kencing yang kadang-kadang keluar
selepas mengangkat benda berat.
Q)
Apakah dibolehkan menangguhkan mandi wajib
disebabkan ketiadaan air?
A) Boleh dengan syarat tidak ada air. Jika tidak
ada air, menggunakan tayammum.
nya tidak mampu untuk bertayammum,
boleh melakukan ibadah tanpa wuduk dan
ayam mum.
Tuan
Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Sewaktu
menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir (jurusan Syariah Islamiah) beliau aktif
mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar dari Asia dan AsiaTenggara yang
menuntut di sana sehingga digelar Al-Azhar ath-Thani" (Universiti Al-Azhar
Kedua). Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar
tidak kurang daripada 50 buah karangan.
Q&A #Isu 27