Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 September 2016

Perihal solat sunat sebelum solat jemaah: Soal Jawab Solat bersama Ustz Fadzli Al Yamani

Soal Jawab  Solat
Bersama
Ustaz Fadzli Al-Yamani



Hukum Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

Saya menunaikan solat di Masjid Jamek Pakistan di Kuala Lumpur. Setelah azan, bilal terus beriqamat tanpa menunaikan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib. Menurut rakan saya, tidak ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Mohon jelaskan permasalahan ini.

Jawapan:

Solat sunat qabliyyah Maghrib merupakan salah satu solat sunat rawatib dan seseorang akan dikurnia-kan pahala jika menunaikan-nya. Dalam mazhab Syaffi, solat sunat dua rakaat ini ada-lah sunnah ghayr mu'akkadah (sunat yang tidak diperkuatkan) berdasarkan pendapat yang benar dalam mazhab. (Al-Majmu', jili'3, him, 502)



Selain sunnah ghayr mu'akkadah, terdapat satu bahagian lagi iaitu solat'sunat rawatib mu'akkad (dituntut atau digalakkan). Solat sunat rawatib ghayr mu'akkad adalah solat sunat yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w, pada waktu-waktu tertentu, tetapi Baginda meninggalkannya pada waktu lain.

Berikut disenarikan solat sunat rawatib ghayr mu'akkad:
i.  Dua rakaat rawatib ghayr mu'akkad qabliyyah Zuhur.
ii. Dua rakaat rawatib ghayr mu'akkad ba'diyyah Zuhur.
iii. Empat rakaat rawatib ghayr mu'akkad qabliyyah Asar.
iv.  Dua rakaat rawatib ghayr mu'akkad qabliyyah Maghrib.
v.   Dua rakaat rawatib ghayr mu'akkad qabliyyah Isyak.

Mereka yang bermazhab Hanafi dan kebanyakan masjid India dan masjid Pakistan di negara ini tidak mempraktikkan solat tersebut kerana mereka berpendapat solat tersebut tidak sunat. Walaupun demikian, solat sunat qabliyyah Maghrib ada dalilnya. Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

 "Solatlah kamu sebelum solat Maghrib." Baginda bersabda pada kali yang ketiga: "Bagi sesiapa yang menghendakinya." Ini kerana khuatir manusia menjadikannya sebagai sunnah. (Riwayat al-Bukhari no. 624 dan 627, dan Muslim no. 838)

Anas bin Malik r.a. berkata: "Ketika kami di Madinah dahulu, jika muazin mengumandangkan azan untuk solat Maghrib, mereka (para sahabat) berebut ke tiang-tiang masjid kemudian mereka menunaikan solat dua rakaat. Apabila terdapat orang asing masuk ke masjid tersebut, dia menyangka solat Maghrib telah ditunaikan kerana ramainya orang yang solat dua rakaat (sunat rawatib)."

Daripada Abdullah bin Mughaffal al-Muzni, Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Antara setiap dua azan (azan dan iqamat) ada solat (sunnah)." Baginda mengucapkannya tiga kali bagi yang berkehendak. (Riwayat al-Bukhari no. 588)

Imam al-Nawawi rhm. menyatakan dalam al-Majmu' Sharh al-Muhazzab (jil 4, him. 8): "Dalam menentukan sunat solat dua rakaat sebelum Maghrib, terdapat dua pandangan yang mahsyur dalam kalangan khurasa'. Namun pendapat sahih antara kedua-duanya adalah sunat solat dua rakaat sebelum Maghrib itu."


Manakala Sheikh Nawawi al-Bantani menyatakan dalam Nihayah ai-Zayn (him. 99): Disunatkan untuk melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum Maghrib berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 'Solatlah kamu sebelum Maghrib,' dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang lain, maksudnya: 'Antara azan dengan iqamat terdapat solat/"

Walaupun tidak dituntut untuk melaksanakan solat sunat qabliyyah Maghrib dan yang seumpamanya, ia mendatangkan impak yang besar jika melakukannya. Antara impak tersebut dikurniakan pahala, persediaan untuk lebih khusyuk dalam solat fardu selepasnya dan sebagai penampung kekurangan solat fardu di akhirat kelak. Siapalah kita untuk menidakkan perkara yang telah disahihkan ulama salafussoleh. Ya Allah, kurniakan kami taufik untuk memperbanyakkan sujud ke-pada-Mu.

Ucapan Hamdalah dalam Solat

Soalan:
Bolehkah seseorang yang sedang solat mengucapkan "alhamdulillah" apabila dia bersin?

Jawapan:
Bersin merupakan salah satu nikmat Allah kepada hamba-Nya. Disyariatkan kepada sesiapa yang bersin supaya mengucapkan tahmid, termasuklah apabila dia sedang solat fardu atau sunat.

Ucapan ringkasnya ialah "alhamdulillah". Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya: "Apa bila salah seorang daripda kamu bersin, dia hendaklah mengucapkan 'alhamdulillah'." (Riwayat al-Bukhari no. 5756)

Dalam sebuah hadis, Rifa'ah bin Raff r.a. berkata: "Aku pernah solat di belakang Rasullullah s.a.w. tiba-tiba aku bersin. Lalu aku berkata:

(Maksudnya: 'Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, baik, dan diberkati dalamnya sebagaimana yang dicintai dan diredai oleh Tuhan kami').
Seusai solat, Baginda s.a.w. bertanya: 'Siapa yang bercakap ketika solat?' Tidak ada seorang pun yang menjawab. Rasullullah s.a.w. bertanya untuk kali kedua: 'Siapa yang bercakap ketika solat?' Lalu aku menjawab: 'Saya, wahai Rasullullah.' Lalu Rasullullah s.a.w. bersabda: 'Demi diriku yang berada di tangan-Nya, lebih daripada 30 malaikat telah mengelilinginya, dan antara mereka ada yang naik ke atas kerana bacaan tersebut.'" (Riwayat Abu Daud no. 747)

Daripada hadis ini dapat dipelajari bahawa tahmid setelah bersin ketika solat dibolehkan kerana Rasullullah s.a.w. tidak melarang dan tidak menegur perbuatan Rifa'ah, bahkan Baginda menyampaikan berita gembira bahawa para malaikat mencatat kalimat tersebut.

Imam al-Nawawi menyata-kan dalam kitabnya; al-Majmu' dan al-Azkar bahawa sunat hukumnya bagi orang yang bersin untuk mengucapkan alhamdulillah ketika sedang solat dan solatnya tidak batal. Namun, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah tidak mengucapkannya dengan lafaz takbiratulihram. Contoh, "Allahu alhamdulillah akbar" kerana ia boleh membatalkan solat.

Jika seseorang bertahmid ketika membaca surah al-Fatihah, wajib baginya mengulang bacaan daripada awal surah al-Fatihah, dan solatnya tidak sah jika tidak berbuat demikian. Begitu juga jika dia bertahmid di antara bacaan tasyahud dalam tasyahud akhir, hendaklah diulang bacaannya dari awal dan solatnya batal jika tidak dilakukan sedemikian. Seseorang mestilah berniat doa atau zikir ketika bertahmid.

Tashmit (Menjawab Orang Bersin) dalam Solat

Soalan:
Bagaimana pula hukum jika orang yang mendengar tahmid tersebut menjawab "yarhamukallah'?

Jawapan:
Dalam solat, seseorang tidak boleh menjawab "yarhamukallah" kepada seseorang yang bersin apabila dia mengucapkan "alhamdulillah" sebagaimana yang dilakukan di luar solat.

Rasuluilah s.a.w. mengingkari perbuatan Mu'awiyah bin al-Hakam r.a. ketika beliau mengucapkan "yarhamukallah" ketika mendengar ada orang bersin dalam soiat.

Ini sebagaimana yang terdapat dalam riwayat berikut: "Daripada Mu'awiyah bin al-Hakam al-Sulamiy, beliau berkata: 'Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasullullah s.a.w., tiba-tiba ada seorang leiaki bersin. Lalu aku mengucapkan yarhamukallah', dan orang ramai memandang ke arahku. Aku berkata: 'Celaka, apa yang membuat kalian memandangku?' Mereka menepukkan tangan ke paha mereka. Tatkala itu aku melihat mereka mengisyaratkan kepadaku agar diam, lalu aku pun diam.

Setelah Rasuluilah s.a.w. selesai solat, aku tidak mendapati seorang pendidik sebelum dan sesudahnya yang lebih baik cara didikan-nya daripada Baginda s.a.w. Baginda langsung tidak melarangku, atau bermasam muka kepadaku, memukul-ku atau mencelaku, malah Baginda bersabda: 'Sesung-guhnya, solat ini tidak boleh (dicelahi) sesuatu pun daripada perkataan manusia, sesungguhnya solat itu berupa tasbih, takbir dan pembacaan al-Quran."" (Riwayat Muslim no. 537, al-Nasa'i no. 1218 dan al-Darimi no. 1502)

Dalam mazhab Syaffi perlu dipisahkan ucapan tashmit. Apabila tashmit menggunakan khitab mukhatab (ii) seperti (semoga Allah menyayangi kamu) atau
(semoga Allah menyayangi kalian), maka ia tidak dibolehkan dan solatnya batal. Jika tashmit selain khitab mukhatab seperti "yarhamullah"(semoga Allah sayang) dan "yarhamunallah" (semoga Allah sayangi kami), ia dibolehkan dalam solat . serta tidak membatalkan solat dengan syarat niat sebagai doa atau zikir.

Sanggul Bonggol Unta

Soalan:
Wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung, sudah digemari ramai wanita Islam. Dalam kalangan ustaz pun terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini.

Jawapan:
Merujuk kaedah fiqah "hukum asal sesuatu perkara adalah harus", maka harus selagi tiada unsur yang bertentangan dengan syariat dilakukan. Trend sanggul tinggi ini mula digemari masyarakat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan Islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada Muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi mana sekalipun, tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram dan wanita atau di tempat tertutup yang tiada lelaki ajnabi.

Mafhum sabda Baginda s.a.w.: "Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh." (Riwayat Muslim no. 2128)

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim, makna "kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta" ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban, kain-kain lilitan yang lain atau seumpa-manya.

Jika meninggikan rambut dengan membuat sanggul di kepala walaupun bertudung dengan tujuan berhias dan menarik perhatian lelaki ajnabi, maka hukumnya haram. Lelaki akan tertarik dengan sanggul yang tinggi itu. Apatah lagi ini satu kelainan dan mengundang lelaki ajnabi untuk terus memerhatikan wanita tersebut Sehubungan dengan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas di sebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dlpotong sedikit agar kurang panjangnya.

Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya.

Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian Muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakaian terkini, yang menutup aurat tetapi masih menarik perhatian lelaki ajnabi,

Wanita Muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah. Tahniah buat  muslimah sejati.

SOLUSI ISU 44