Tanggapan bergantung
pada sikap agamawan, tuan mufti
01-09-2016
ULASAN Saya
dengan segala hormatnya ingin merujuk kenyataan Tan Sri Harussani supaya ahli
politik dan pihak berkenaan menghentikan desakan supaya mufti, ulama dan
agamawan memberi pandangan tentang isu berkaitan 1MDB dan kenyataan Jabatan
Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.
Saya
juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mufti-mufti tidak
akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.
Sebenarnya
kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, para ulama dan
agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam
masyarakat Islam khususnya hari ini.
Untuk
terus dihormati, institusi institusi tersebut perlulah memainkan peranan
sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang boleh menjejaskan sebuah
kerajaan yang diterajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendukung sikap
wasatiah.
Itulah
harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan ke hadapan memberi pandangan
bernas supaya memelihara nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.
Isu
ini sudah lama bergema bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dan
hanya yang pekak dan buta tidak mengetahui tentangnya dan yang bisu sahaja
tidak pernah bercakap tentang masalah 1MDB.
Ini
isu semasa yang amat relevan. Bukan hanya DOJ mengeluarkan kenyataan tetapi
juga kerajaan Singapura, Switzerland, Hong Kong dan Abu Dhabi.
Jabatan
Peguam Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) parlimen Malaysia
juga pernah menjalankan siasatan dan dihentikan setelah ketuanya ditukar dan
diberhentikan.
Majlis
raja pun rujuk pakar
Berasakan
fakta-fakta di atas susahlah hendak dikatakan isu kontroversi 1MDB berasakan
semata mata prejudis, prasangka dan fitnah.
Kalau
Tan Sri Harussani menyatakan para agamawan tidak mempunyai maklumat, ilmu dan kepakaran
dalam isu berkenaan itu bukan alasan yang boleh di terima kerana ulama terkenal
antarabangsa seperti Dr Yusof Qardhawi dan ulama tempatan almarhum Datuk Nik
Aziz Nik Mat pernah mengulas isu semasa dan mereka disanjung tinggi masyarakat.
Majlis
raja-raja Melayu pun merujuk kepada pakar tertentu sebelum membuat kenyataan
tentang 1MDB.
Kepakaran
luar boleh dicari dan dirujuk jika ada kemahuan yang bersungguh sungguh.
Ada
fakta-fakta yang jelas dari rekod rasmi parlimen yang cukup untuk digunakan sebagai
asas untuk komen dari aspek
agama.Apabila saya menyoal di parlimen, timbalan menteri kewangan mengakui
kerajaan telah memindah berbilion ringgit wang 1MDB untuk pelaburan ke
kepulauan Caymen, iaitu pusat terkenal pengubalan wang haram, judi dan dadah
sedunia!
Wang ini juga kemudian dipindah kembali ke Malaysia.
Wang ini juga kemudian dipindah kembali ke Malaysia.
Kita juga diberi tahu
oleh kerajaan bahawa 1MDB menaja jemaah haji ke Mekah.
Bukankah
ini isu yang patut menimbulkan kecurigaan para agamawan? Ini hanya satu contoh
sahaja.
Tindakan 'kerajaan Islam' Abu
Dhabi
Kalau
laporan DOJ dari negara bukan Islam, dikatakan mencurigakan, tindakan kerajaan
Islam Abu Dhabi yang menangkap rakyatnya sendiri Khadem Al Qubaisi atas tuduhan
menggunakan lebih RM,400 juta untuk membeli dua Kelab Malam di Las Vegas patut
dipandang berat.
Ia
bukan semata-mata isu kewangan tetapi menyentuh isu pokok hukum hakam serta
halal haram dalam Islam. Pandangan umum terhadap para agamawan dan badan agama
Islam bergantung atas sikap dan tindak tanduk pihak berkenaan.
Jika
mereka mengakui tokoh dalam bidang agama, mereka hendaklah memainkan peranan
yang sepatutnya bagi meyakinkan rakyat mereka pembela Islam dan terus menjadi
relevan.|
Kami menggesa dan menegur kerana sayang dan ingin mahu melihat institusi agama terus dihormati dan disanjung.
Kami menggesa dan menegur kerana sayang dan ingin mahu melihat institusi agama terus dihormati dan disanjung.
Datuk
Asri Zainul Abidin, mufti Perlis, yang berani memberi pandangan diserang oleh
pihak tertentu kerana pandangan beliau tidak sama dengan pemerintah. Beliau
diminta di pecat. tiada pihak agamawan kerajaan membela beliau.
Apabila
mufti Pahang mengeluarkan kenyataan kontroversi yangg disenangi pemerintah
tentang golongan khafir harbi, ada ramai pula pihak yang memberi justifikasi
kenyataan tersebut.
Kepada
Tan Sri Harussani kami ingin menyatakan, kami berhak meminta para mufti, ulama
dan agamawan memberi pandangan dalam isu 1MDB kerana ia melibatkan perkara
pokok hukum hakam serta halal haram dalam Islam.
Kepakaran
ekonomi berkaitan boleh diperoleh dari ahli dalam bidang bidang berkenaan.
Bukankah golongan agamawanlah yang paling layak dalam hal ini?
Bukankah golongan agamawanlah yang paling layak dalam hal ini?
Kalau
kami tidak meminta pandangan mereka, dari siapa lagi ? Apakah yang menjadi
kegelisahan Tan Sri Harussani dalam menjalankan tanggungjawap ini?
Majlis
Raja-raja Melayu bersama ahli politik Malaysia, negara negara asing
antarabangsa, anak-anak muda serta paderi Kristian Malaysia semalam meminta
masalah 1MDB diselesaikan Kerajaan.
Anehnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani, melarang supaya jangan suruh para ulama, mufti dan agamawan bagi pandangan tentang 1MDB!
Anehnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani, melarang supaya jangan suruh para ulama, mufti dan agamawan bagi pandangan tentang 1MDB!
Bukankah
Islam menuntut para ulama dan agamawan berkata benar di hadapan pemerintah yang
zalim walaupun betapa pahit kenyataan tersebut?
RAJA KAMARUL BAHRIN
SHAH RAJA AHMAD
Anggota Parlimen Kuala Terengganu.
Salin & tempek dari: http://www.malaysiakini.com/news/354302
Artikel berkaitan: