Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 December 2016

Hukum bercakap semasa khutbah Jumaat

Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat

Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat - Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda :"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu 'diam' semasa imam sedang berkhutbah pada hari jumaat maka kamu telah berkata yang lagha ( berkata perkara yang sia-sia)" ~HR.Bukhari #892 Muslim 851~



"Jika kamu berkata kepada kawanmu diam pada hari jumaat dan khatib sedang membaca khutbah maka tiada pahala jumaat baginya." (Nailul Authar dari Abu Hurairah).

Menurut mazhab imam Syafie hukumnya makruh berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali ) mengatakan haram berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan tidak mendapat pahala solat jumaat tetapi solat jumaat tetap sah.

Dibenarkan berkata-kata dalam keadaan tertentu (darurat) seperti mahu memberikan amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, solat tahiyatul masjid, mengucapkan "yarhamukallah" kepada orang yang bersin, menjawab salam dan berselawat apabila mendengar selawat.

Mengaminkan doa ketika imam khutbah jumaat tidaklah tergolong dalam kategori perkataan yang lagha (sia-sia) ia dibenarkan cuma dengan kadar suara yang perlahan. 

Terima kasih kerana membaca artikel > Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat ini .
Daripada : http://mselim3.blogspot.my