Soalan:
Bila bermula waktu solat
Witir? Adakah boleh dilakukan selepas
solat Isyak yang ditunaikan dalam waktu Maghrib kerana jamak takdim?
Jawapan:
Solat Witir bermula
selepas ditunaikan solat Isyak. Tidak
sah sekiranya dilakukan sebelum ditunaikan solat Isyak walaupun dalam waktu
Isyak. Sah dilakukan selepas solat
Isyak yang dilakukan waktu Maghrib
kerana jamak takdim.
Dalilnya hadis Nabi mafhumnya: “Solat witir waktunya di antara
solat Isyak sehingga masuk subuh.”
Soalan:
Seorang yang takbir masuk
solat semasa imam sudah rukuk, adakah
dikira rakaat tersebut?
Jawapan:
Dikira dapat rakaat tersebut sekiranya sempat tamakninah (sekadar
subhanallah) rukuk bersama rukuk imam. Ini berdasarkan hadis Nabi, mafhumnya: “Sesiapa yang dapat rukuk bersama imam
sebelum imam bangun maka dia telah dapat rakaat. ” (Riwayat Addaru
Qutni)