Soalan:
Dari mana bermulanya saf dalam solat jemaah?
Jawapan:
Saf jemaah bermula
dari tengah bukan dari tepi kanan atau
kiri. Ini berdasarkan hadis, mafhumnya: “Jadikan
imam di tengah. ” (Riwayat Abu Daud)
Soalan:
Sahkah solat makmum berimamkan imam yang dibenci oleh jemaah
kerana perangainya suka buat pinjaman riba?
Jawapan:
Para ulama bersepakat
(ijmak ulama) sah solat berimamkan orang yang fasik (mengekalkan dosa kecil
atau melakukan dosa besar). Ini berdasarkan hadis, mafhumnya: “Solatlah berimamkan imam yang baik atau jahat.”
(Riwayat Abu Daud)
Namun si imam dalam bahaya
kerana solatnya memungkinkan hilang pahala solat jemaahnya. Nabi
bersabda, mafhumnya: “Tiga golongan
yang tidak terangkat solat mereka dari kepala mereka walaupun sejengkal.
Pertamanya adalah lelaki yang mengimamkan satu kaum yang bencikan imam itu ”
(Riwayat at-Tirmizi)