Kenapa Mekah Istimewa
Laporan Khas
Oleh: Norimanah Seman
RAMAI
yang memberi pelbagai alasan kenapa mereka mengunjungi Mekah. Bagi yang baru
pertama kali hendak melangkahkan kaki ke sana, sudah tentulah ia menjadi satu
tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Apa pun mengunjungi
Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam
Islam.
Pun
begitu, bukan itu yang hendak dibincangkan. Sebaliknya Al Islam untuk keluaran
khas ibadat haji ini akan mengupas pelbagai rahsia, di sebalik ibadat haji dan
kenapa ia mesti dilakukan di Mekah, yang tidak pernah dibicarakan di dalam
kursus haji sekali pun. Apa istimewanya setiap rukun haji dan larangan yang
dikenakan semasa di dalam ihram? Dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat
seluruh umat Islam di muka bumi ini?