Kenapa Mekah Istimewa
Laporan Khas
Oleh: Norimanah Seman
RAMAI
yang memberi pelbagai alasan kenapa mereka mengunjungi Mekah. Bagi yang baru
pertama kali hendak melangkahkan kaki ke sana, sudah tentulah ia menjadi satu
tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Apa pun mengunjungi
Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam
Islam.
Pun
begitu, bukan itu yang hendak dibincangkan. Sebaliknya Al Islam untuk keluaran
khas ibadat haji ini akan mengupas pelbagai rahsia, di sebalik ibadat haji dan
kenapa ia mesti dilakukan di Mekah, yang tidak pernah dibicarakan di dalam
kursus haji sekali pun. Apa istimewanya setiap rukun haji dan larangan yang
dikenakan semasa di dalam ihram? Dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat
seluruh umat Islam di muka bumi ini?
Jika
didedahkan rahsia itu nescaya kita akan rasa, bertuahnya diri kerana dipilih
menjadi Islam. Rahsia itu semua akan menyebabkan kita rasa betapa agungnya
tuhan, indahnya Islam, dan takut kepada-Nya.
Marilah
kita rungkaikan satu persatu rahsianya yang telah dibuktikan dengan sains.
Setiap sesuatu yang Allah jadikan ada penerangannya dari segi sains yang
menyebabkan kita semakin kuat dan dekat pada Nya.
Sebagaimana
yang dinyatakan di dalam al-Quran surah Faatir, ayat
28 bermaksud,
".. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah
) Allah dari kalangan hamba-hamba Nya hanyalah orang-orang yang berilmu."
Justeru,
sebelum melangkah ke bumi suci Allah, ambillah apa yang ingin disampaikan ini
sebagi penam-bah atau pemangkin keyakinan serta iman di dada. Diperintahkan
ibadat haji ke Mekah bukan sekadar menjadi rukun Islam tetapi wujud kesannya
pada spiritual, kesihatan dan kehidup-an seharian.
KENAPA MEKAH?
Ada
sesuatu yang menarik perlu dikongsi bersama iaitu,
mengapa Mekah dan Kaabah itu menjadi kiblat. Sebenarnya ia bukan
sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi
lebih dari-pada itu.
Ia
menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam
al-Quran menerusi surah Al-Maa'idah, ayat 97
bermaksud,
"Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat
tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan soal-soal hidup), demikian juga
bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang
korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa
sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Jelas,
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam
urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu semua orang
ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada piring
para bola untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk
mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah kiblat atau
Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda
menghadap ke mana?
Kenapa
begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau
tidak jawapan-nya sudah ditemui sejak kali pertama Neil Armstrong menjejakkan
kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al
Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan
Mesir mengulas, angkasawan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat
bumi.
Katanya
ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan
ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari
bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan
mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya
mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari
Kaabah.
"Yang
paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila
Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi
itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya
inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan
anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah
adalah zon keseimbangan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah.
Kalau hendak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati,
jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme
sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan
umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa
darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda
berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan
secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,"
jelasnya.
Ujarnya
lagi, tidak hairanlah kalau seorang tua yang tidak boleh berjalan menjadi sihat
dan boleh melakukan ibadat haji dengan sempurna walaupun berasak-asak dengan
jemaah lain. Keadaan semula jadi Mekah yang menjadi pusat bumi itu telah
memberikan tenaga luar biasa kepada manusia yang mengerjakan haji. Ketika tawaf
mengelilingi Kaabah, tenaga seperti dicas semula dan mendapat kekuatan yang
luar biasa. Ini kerana anda berada di tempat yang tidak ada tekanan magnetik.
Sudah
jelas bukan, Mekah adalah tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab
itulah air telaga zam-zam tidak akan kering dan akan sentiasa membuak-buak
keluar. Kalau dikira dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh
membekalkan air untuk berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji setiap tahun.
Hanya tekanan graviti yang kuat saja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.
Kerana
itu dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu meng-hadap ke kiblat.
Misalnya menyembelih haiwan ternakan pun mengarah ke kiblat, kematian dan
banyak lagi perbuatan seharian yang mengarah ke sana. Hanya satu saja yang
tidak boleh menghadap kiblat iaitu tandas atau ketika buang air.
Satu
contoh terbaik yang boleh diberikan. Kenapa menyembelih binatang ternakan perlu
disunatkan menghadap ke kiblat? Menurut kajian yang dijalankan darah yang
keluar akan membawa sekali toksid, racun dan kolestrol. Hasilnya, daging
tersebut menjadi manis dan sihat. Berbanding penyembelihan yang dilakukan
tanpa mengambil kira arah kiblat yang akan menyebabkan daging menjadi lebam dan
tidak sedap. Apa yang pasti, sedangkan urusan duniawi yang melibatkan hiburan
pun perlu menghala ke Kaabah inikan pula hal yang melibat-kan kerohanian.
MENGUKUR KETEPATAN
PUSAT BUMI
Pada
tahun 1978, sekali lagi kajian dilakukan oleh Dr. Husain Kamaluddin yang pada
mula menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar
di dunia. Dia menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk mencari kedudukan
yang tepat. Namun akhirnya di dalam pencarian itu dia berjaya membuktikan,
memang benar Mekah adalah pusat bumi.
Pengamatannya
mendapati kedudukan Mekah di tengah-tengah antara tujuh benua dan jaraknya
memang jelas. Hasil penyelidikannya itu disiarkan di dalam The Egyptian
Scholars of The Sun and Space Research Center. Beliau menggunakan perkiraan
matematik dan kaedah spherical tringle, untuk menentukan kedudukan Mekah yang
berada di tengah-tengah daratan bumi.
Itu
bukti saintifik yang kedua berjaya dirakamkan, kemudian pada sekitar tahun
90-an, apabila teknologi angkasa lepas semakin canggih. Kedudukan Mekah lebih
mudah dibuktikan sebagai pusat bumi apabila gambar-gambar satelit dirakamkan
memberikan keputusan yang sama. ©
Haji hanya sekali
MUSIM
haji datang lagi. Berangkat ke tanah suci menyambut panggilan Ilahi. Bukan
senang untuk mendapat jemputan itu, yang miskin menghimpun duit bertahun-tahun
dengan matlamat yang satu. Menunaikan haji sebelum menutup mata, yang
disyariatkan sekali seumur hidup. Lain pula yang berduit, haji ibaratnya pergi
melancong dan makan angin. Setiap tahun pergi ke Mekah untuk menunaikan haji
sedangkan masih ada lagi saudara mara yang tidak mampu untuk menunaikannya.
Sudah
menjadi trend masyarakat Islam sekarang berebut-rebut untuk mengerjakan haji,
untuk kali yang ke berapa pun sudah tidak terkira. Namun yang diwajibkan hanya
sekali saja seumur hidup, yang pertama itulah yang sepatutnya diambil
perhatian. Walaupun banyak kali pergi hukumnya tetap sunat juga. Apa kata, ada
duit lebih berikan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji.
Ganjarannya yang diterima tetap sama seperti mereka yang menunaikan haji.
Sedangkan
Nabi Muhammad s.a.w pun menunaikan haji hanya sekali saja sepanjang hayatnya.
Walaupun baginda berpeluang untuk melakukannya lebih daripada itu tetapi tetap
memilih sekali saja iaitu yang wajib. Hadis dari Bukhari dan Muslim yang antara
lain maksudnya, dari Qatadah,
"Aku
bertanya kepada Anas bin Malik. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan
umrah? Anas menjawab: Empat kali iaitu pertama, umrah Hudaibiyah (6 hijrah)
pada bulan Zulkaedah, kedua, umrah yang dilakukan pada 7 hijrah pada bulan
Zulkaedah; ketiga, umrah Ji'ranah di saat pembahagian harta rampasan perang
(Ghanimah) Hunain dan umrah bersama hajinya. Aku bertanya lagi: Berapa kali
Nabi menunaikan haji? Anas menjawab: Satu kali."
Pendapat
dari Imam besar Masjid Istiqal, Jakarta, Ali Mustafa Yakub, mencuri perhatian
dan menyentuh hati. Katanya Nabi Muhammad tidak mendahulukan ibadat sunat
individu (ibadah qashirah) sebaliknya memberi keutamaan kepada ibadat-ibadat
sosial atau ibadat muta'addiyah. Nabi lebih pentingkan jihad fisabilillah.
Tambahnya
lagi, sebab itulah nabi tidak pernah walau sekali pun mengerjakan ibadat haji
sunat dan tidak pernah melakukan umrah pada bulan Ramadan. Peliknya umat Islam
hari ini ingin menunaikan haji setiap tahun, mengerjakan umrah setiap bulan
kalau boleh setiap minggu. Sedangkan masih ramai lagi umat Islam yang hidup
melarat dan perlukan bantuan.
Ali
menyatakan semua itu di dalam khutbah Arafah setelah selesai solat zohor semasa
musim haji tahun lalu di Padang Arafah. Menariknya, dia memasukkan statistik
dari Foods and Agriculture Organization (FAO), mengenai 830 juta penduduk dunia
berada di bawah paras kemiskinan. Daripada jumlah itu 700 juta adalah orang
Islam. Betapa masih ramai lagi orang Islam yang miskin. Sekiranya puluhan juta
ringgit yang dibelanjakan untuk ibadat yang tidak wajib dan tidak pernah
dilakukan oleh nabi, dimanfaatkan untuk membantu orang miskin, percayalah suatu
hari nanti tidak akan ada lagi orang Islam yang miskin. Justeru,
renung-renungkanlah...
Pembongkaran Sains
Tentang Kaabah dan Rukun haji
BAGI
orang yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah
akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam
agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin
dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan.
Prof.
Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang
kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang
mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di
dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami
kekacauan dan mala petaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.
"Itulah
kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan
selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak
keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian
yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
"Suatu
masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika
itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai
kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan
lempeng bumi di tanah Arab dan
menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah," katanya.
Prof.
Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung
kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala
serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi
lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin.
Pengaruh
graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak
di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan
apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan
bertenaga.
Apabila
graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab
itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa
serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada
sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Ketika
berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang,
sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari
tekanan graviti yang tinggi.
Meskipun
ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak
akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi
tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke
Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak
boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih
sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu
mencipta sesuatu sehebat itu.
Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah
kerana tekanan graviti yang tinggi.
"Tempat
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi
mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan
graviti tinggi itu," terangnya.
DI SEBALIK RUKUN DAN
WAJIB HAJI
Selama
ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya,
perkara yang dilarang semasa ihram dan penjagaan kesihatan ketika di Mekah.
Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di
sebalik rukun haji itu.
Hikmah-hikmah
yang selalu di-laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji
dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi,
persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan,
kesucian rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan
terlalu subjektif.
Justeru,
Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan
rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains.
Ia
sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada
keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali
pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham,
apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya
sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air.
Akuinya,
memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang
mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang
tujuan mendapatkan haji yang mabrur.
Katanya
ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai
hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada
rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput
satu kampung.
"Niat
ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenarnya Kaabah sudah
boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan
diimbas semasa di sana nanti.
"Kita
pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran
Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan
kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu,
ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada
kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi," ujarnya.
Tambahnya
lagi, Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang
ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat
yang paling dirahmati.
BERMALAM DI MINA
Mengapa
bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum
melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah
menurunkan perintah-nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan
mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum kembali semula ke
Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.
"Tidur
dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga ke tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk
menentukan kedudukan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah
sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab
itulah diwajibkan bermalam.
"Semasa
tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak
tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru
untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi," jelasnya.
Manakala mengenai tawaf pula memang banyak
keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan
tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi
itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang
mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa.
Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili-hat,
dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Prof
Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh
pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukles, molekul
protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di
dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet
semuanya berputar mengikut hukum yang sama.
Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam
badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang
yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
"Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan
tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya," terang Prof Norhisham.
Manakala
di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti
tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh
disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan
memakai pakaian bersarung yang berjahit- khususnya bagi lelaki.
Semua
larangan itu ada penerangannya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga muka dan
tangan mempunyai fungsi yang sama. Sebab itulah selepas melakukan haji rasa
seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
Selepas
selesai semua itu baru-lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah
untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya
gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sambungnya
lagi, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan
persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut
Prof Norhisham adalah simbolk tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah
unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau memantulkan
semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini
memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan,"
jelas. O
AL
ISLAM September 2010