Makanan syubhah cacatkan keimanan
SOALAN:
Dalam
keadaan-keadaan tertentu, bolehkah kita memakan satu sajian yang bercampur
dengan bahan bukan halal (tetapi bukan najis berat seperti babi). Contohnya,
sup yang mengandungi ayam yang tidak disembelih, tetapi kita hanya makan bahan bahan lain di dalam sup,
bukan daging ayam yang tidak disembelih itu. Sayabertanya kerana sekarang
timbul banyak keraguan mengenai status halal ayam yang berada di pasaran.
Jawapan:
Pertama sekali ingin
dijelaskan kepada para pembaca bahawa pemilihan pemakanan yang berstatus
halal dan tiada unsur-unsur subhah (iaitu sebarang unsur yang boleh mencacatkan nilai kehalalan sesuatu makanan) adalah antara perkara besar dan teras yang perlu diberikan perhatian serius oleh setiap Muslim yang mementingkan kesihatan jasmani dan pembangunan rohaninya.
halal dan tiada unsur-unsur subhah (iaitu sebarang unsur yang boleh mencacatkan nilai kehalalan sesuatu makanan) adalah antara perkara besar dan teras yang perlu diberikan perhatian serius oleh setiap Muslim yang mementingkan kesihatan jasmani dan pembangunan rohaninya.
Islam amat menitik beratkan pemakanan yang
merangkumkan kualiti halalan tayy'iban atau halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana
Allah menegaskan maksudnya;
"Wahai sekalian manusia, makanlah
daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..."
(surah al-Baqarah: 168).
Menurut para ulama,
setiap makanan atau minuman yang masuk ke dalam perut akan memberi kesan
secara langsung terhadap perkembangan dan pembangunan jasmani dan rohani
seseorang. Makanan tersebut mampu untuk menyuburkan keimanan seseorang kepada
Allah, atau melemahkan serta mencacatkan keimanannya.
Kerana itu pemilihan
makanan yang mempunyai unsur-unsur syubhah amat perlu dielakkan oleh umat Islam
pada hari ini demi memelihara keutuhan dan kesuburan keimanan yang telah
dibajai selama ini.
Di
dalam menjelaskan kesan pemakanan terhadap hati, Imam al-Ghazali di dalam
karya tersohor beliau, al-Arba`in fi Usul al-Din menyatakan, "Ketahuilah bahawa makanan yang halal
itu memiliki 'khasiat yang cukup besar' di dalam membersihkan hati nurani,
melimpahkan 'mir' ke dalam hati, dan memperkukuhkan persediaan hati untuk
menerima cahaya-cahaya makrifat..."
Kerana
itu secara prinsipnya, sekiranya kita merasai syak wasangka dan waswas
terhadap status atau nilai kehalalan sesuatu makanan atau minuman, maka kita
hendaklah menghindarinya kerana Allah, walaupun mungkin tindakan kita
menyebabkan kita terlepas untuk menikmati beberapa nikmatyang lazat dalam
kehidupan yang sementara ini. Ini kerana, sebagai seorang Muslim yang hidup dan
matinya kerana Allah, pemeliharaan keimanan adalah lebih penting untuk diutamakan
berbanding dengan sikap menurut hawa nafsu bagi menikmati pelbagai nikmat
makanan yang masih diragui kehalalannya.
Inilah hakikat yang
dipesankan oleh Nabi s.a.w. kepada umatnya melalui sabda baginda yang
bermaksud,
"Tinggalkanlah (hindarilah) apa-apa yang meragukan engkau kepada yang tidak meragukan engkau."
Berbalik kepada
soalan di atas, apabila sesuatu masakan yang disediakan (dimasak atau direbus)
digabungkan dengan bahan-bahan yang tidak halal seperti ayam yang tidak
disembelih menurut syarak atau terdapatnya binatang-binatang lain yang tidak
halal dimakan, atau terdapatnya sedikit minuman arak yang dicampur sekali, maka
adalah jelas kita tidak dibenarkan memakan masakan tersebut; walaupun mungkin
bahagian yang dimakan adalah daripada bahagian yang halal seperti
sayur-sayuran, buah atau kuah-nya. Ini kerana apabila sesuatu bahan yang tidak
halal digabungkan ke dalam bahan yang halal, ketika memasak atau merebusnya,
sudah pasti bahagian-bahagian tertentu (mungkin minyak atau patinya) daripada
bahan yang tidak halal turut menyerap masuk dan tercampur ke dalam masakan
tersebut. Justeru, kita wajib menghindarinya.©
AL ISLAM Mei 2009