Bolehkah guna pinggan mangkuk yg tidak disamak
SOALAN:
Jika
menginap di luar negara, kita akan bersarapan di hotel. Masalah-nya, kita mungkin
sukar untuk mengenal pasti makanan halal dan tidak halal, tetapi bagaimana pula
dengan pinggan mangkuk, sudu dan garpu yang digunakan? Sudah pasti tidak
disamak. Bolehkah pada ketika itu, kita berpegang kepada pandangan bahawa
memadai ('samak') dengan membasuh menggunakan sabun, dan tidak perlu guna tanah?
Jawapan:
Sikap
berhati-hati dan prihatin terhadap apa yang dimakan, diminum dan juga terhadap
peralatan-peralatan yang dignna pakai ketika makan adalah sifat terpuji yang
melambangkan keimanan,
ketakwaan dan kcwarakan seseorang kepada Allah.
Sesunggnhnya ini adalah satn sikap yang baik yang wajar wujud di dalani diri
setiap Muslim, khususnya ketika seseorang itn terpaksa bcrtngas di luar negara,
dan mungkin juga terpaksa menjamu selera di hotel-hotel yang turut
menghidangkan makanan yang tidak halal sepcrti daging babi dan arak.
Sccara
dasarnya sememangnya Islam mewajibkan pembcrsihan najis atau melakukan proses
mcnyamak terhadap bahan-bahan yang diyakini telah terkena najis, sama ada najis
berat seperti najis anjing dan babi atau-pun najis ringan. Begitu juga secara
dasarnya kita dipcrintahkan olch Allah dan rasul-Nya agar sentiasa menggnnakan
peralatan-peralatan makanan yang bersih dan suci daripada scntuhan najis, iaitu
tidak menggunakan bahan-bahan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu, yang
mungkin telah digunakan ketika memakan makanan yang dianggap sebagai najis
berat menurut syarak seperti daging babi. Inilah sikap dan penghayatan yang
perlu dihayati kliususnya apabila kita berada di negara-negara bukan Islam.
Bagaimanapun,
sekiranya kita berada di dalam suaru keadaan yang agak runiit, yang memaksa
kita menggunakan peralatan-peralatan tersebut, maka adalah harus dan dibolehkan
untuk kita menggunakannya, dengan syarat ia telah dibersihkan menurut kacdah
kebiasaannya, dengan menggunakan air dan sabun (tidak sampai ke tahap menyamak
dengan air tanah).
Ini
adalah berdasarkan sepotong hadis di mana Abu Tha'labah al-Khusyani mcnyatakan
bahawa heliau telah bertanya kepada Nabi s.a.w., "Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kita, ada ketikanya, berada di bumi para ahli kitab (daripada
kalangan Yahudi dan Nasrani), maka apakah kita dibenarkan memakan dengan
menggunakan peralatan-peralatan makanan mereka? Lain Nabi s.a.w. menjawab,
"Jangan makan dengan menggunakannya, kecuali sekiranya kamu tidak
mempunyai peralatan yang lain daripada peralatan-peralatan mereka, maka basuh
dan bersihkanlah peralatan-peralatan tersebut dan kemu-dian makanlah
dengannya." - (Hadis riwayat al-Bukhari).
Di
dalam mcngulas hadis ini, seba-hagian para ulama menyatakan, "... adapun
dalam keadaan-keadaan terde-sak, rumit dan sukar, maka syarak mengharuskan bagi
kita untuk menggunakan peralatan-peralatan makanan dan minuman orang-orang
kafir, iaitu selepas membasuhnya dengan air sehinggalah kita meyakini akan
keber-sihan dan kesueian peralatan tersebut."
Sesungguhnya
tidak dapat dinafi-kan bahawa keharusan dan kcizinan yang dibenarkan di sini
adalah sebaha-gian daripada unsur kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada
umatnya, kliususnya kepada mereka yang sering bertugas di negara-negara bukan
Islam, atau menghadiri majlis di hotel-hotel yang tidak mcmberi perhatian
kepada peraturan Islam. Q
AL
ISLAM Mei 2009