Fiqh An-Nisa’
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Q-Apakah kehendak atau kefahaman daripada ayat ini?
A-Difahami daripada ayat ini ialah
suami tidak harus berpisah tempat tidurnya dengan isteri dalam keadaan yang
biasa, iaitu dalam keadaan isteri tidak derhaka, kerana tidak tidur bersama itu
boleh membuatkan isteri berkecil hati dan berasa seolah olah dia tidak
diperlukan lagi.
kaitan dr soalan asal:
Manakala
di sebelah pihak isteri pula, jika enggan tidur bersama suami boleh
dikategorikan sebagai nusyuz seandainya tindakan itu tidak disukai oleh
suaminya.
Nabi
bersabda mafhumnya: “Tiga golongan
solatnya tidak melepasi telinga mereka: hamba yang lari daripada tuannya sehingga
dia kembali, wanita yang tidur dalam keadaan suaminya marah kepadanya, dan
pemimpin satu kaum pada hal mereka benci kepadanya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Jika
perbuatan itu dengan kehendak suami, maka suami itu pula dianggap tidak berbuat
baik kepada isteri yang merupakan satu daripada kewajipannya. Dia tidur
berasingan kerana suaminya enggan melayaninya, maka dia mendapat ganjaran
syurga di sisi Allah sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis mafhumnya: “Mahukan aku khabarkan kamu tentang wanita
ahli syurga? Iaitu wanita yang pengasih, melahirkan anak yang ramai. Apabila
dia marah atau disakiti atau dimarahi suaminya, dia nerkata: “Ini tanganku di
dalam tanganmu. Aku tidak memejamkan mataku sehingga engkau redha kepadaku.”
(Riwayat an-Nasa’i)
Q&A ISU #28